TK(BC)

353 52 3
                                    

Bangchan membawa Mr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bangchan membawa Mr. Kwon yang sudah pengsan akibat dipukul dengan kayu oleh Bangchan. Dia membawa Mr. Kwon ke sebuah rumah kosong yang berhampiran. Sebenarnya lebih kepada seret sahaja. Tidak larat untuk mengangkat lelaki tua itu.

"Berat gila orang tua ni" Kata Bangchan lalu mengeluh kasar. Dia meletakkan Mr. Kwon disebuah kerusi lalu diikat dengan ketat. Hembusan lega dilepaskan.

Bangchan keluar mencari air untuk membangunkan Mr. Kwon. Tersenyum Bangchan apabila ternampak sebuah botol mineral yang masih lagi berisi minuman. Dia mengambil botol tersebut lalu masuk ke dalam kembali.

Penutup botol mineral itu dibuka. Air disimbah ke muka Mr. Kwon. Terus terjaga dari pengsan Mr. Kwon dibuatnya akibat terkejut.

"Aku kat mana ni? Kau siapa?" Soal Mr. Kwon. Bangchan tersengih sinis.

"Dekat mana tu tak penting. Tapi aku rasa kau kenal aku siapa" Kata Bangchan disebalik topeng mulutnya itu. Mr. Kwon memejamkan matanya sedikit apabila terasa pedih di bahagian kepala dan badannya.

"Kau siapa? Aku tak kenal kau lah!!" Jerit Mr. Kwon. Bangchan mengambil pisau lipat di dalam kasutnya. Dia membuka pisau tersebut lalu membuka topeng mulutnya itu.

"Takkan kau tak kenal. Christopher Bang. Anak kepada Mr. Bang" Kata Bangchan sambil tersenyum sinis melihat Mr. Kwon. Wajah terkejut ditayangkan oleh Mr. Kwon. Dia menggerak gerakkan badannya agar dapat melepaskan ikatan. Namun itu hanyalah mimpi kerana Bangchan mengikatnya dengan sangat ketat.

"Kenapa? Takut? Takut aku bunuh kau macam kau bunuh keluarga aku?" Soal Bangchan sinis. Pisau lipat itu ditujukan betul betul di hadapan wajah Mr. Kwon. Lelaki tua itu hanya mampu memejamkan matanya. Risau pisau itu akan tembus ke wajahnya.

"Wow wow. Rilek lah. Aku taknak bunuh kau cepat sangat" Kata Bangchan sambil tersengih sinis.

"Apa yang kau nak dari aku?" Soal Mr. Kwon kasar walhal jantungnya sudah berdegup laju melihat pisau pada tangan Bangchan.

"Apa yang aku nak dari kau?" Soal Bangchan sambil melihat wajah Mr. Kwon. Pisau itu diletakkan pada bahu sebelah kiri Mr. Kwon.

"Aku nak kau mati" Kata Bangchan lalu menikam bahu Mr. Kwon. Pisau itu menembusi kulit Mr. Kwon perlahan lahan. Terjerit Mr. Kwon di situ. Namun tiada siapa dapat membantunya kerana kawasan itu merupakan kawasan yang sudah lama ditinggalkan. Tiada penghuni di kawasan tersebut.

Bangchan menarik semula pisau tersebut. Darah mengalir dengan banyak akibat luka yang sangat dalam.

"Oppss. Sorry tak sengaja" Kata Bangchan sinis. Mr. Kwon hanya mampu meraung menahan rasa sakit pada bahunya.

"Itu sebab kau suruh orang suruhan kau pukul aku sampai aku lemah" Kata Bangchan lalu mengeluarkan pistol kalis bunyi. Pistol itu dihalakan ke arah kaki Mr. Kwon sebelah kiri.

"Ini sebab kau bunuh omma aku" Kata Bangchan lalu melepaskan tembakan. Tiada sebarang bunyi tembakan dapat didengari kecuali bunyi raungan Mr. Kwon yang kesakitan. Bangchan berdecit perlahan. Pistol itu dihalakan ke arah kaki sebelah kanan pula.

"Ini sebab kau bunuh adik lelaki aku" Kata Bangchan lalu melepaskan tembakan. Semakin kuat raungan Mr. Kwon. Bangchan hanya memerhati Mr. Kwon tanpa reaksi.

Pistol ditangannya kini dibawa ke arah bahu  sebelah kanan.

"Ini sebab kau mempergunakan anak kau untuk dapatkan harta" Kata Bangchan lalu melepaskan tembakan. Terjerit Mr. Kwon dibuatnya.

"Arghhh!!! Mm...macam mana kau tau?" Soal Mr. Kwon. Bangchan tersengih sinis.

"Well you know anak kau lawa-"

"Kau jangan apa apa kan anak aku" Kata Mr. Kwon memintas percakapan Bangchan. Bangchan memandang Mr. Kwon lama sebelum berdecit.

"Heyy orang tua. Kau dengar sini eh. Anak kau sendiri yang mengadu dekat aku about this. Emmm actually aku yang paksa" Kata Bangchan lalu tergelak kecil.

Tak ni cerita killer ke psycho??

Ok back to the story

"You know what? Aku yang bunuh bakal menantu kau tu" Kata Bangchan sambil menekankan perkataan 'bakal'. Mr. Kwon merengus geram.

"Asal? Marah?" Soal Bangchan lalu tersengih sinis. Mr. Kwon cuba untuk bangun tetapi badannya terjatuh semula akibat tali yang mengikat badannya itu. Bangchan tergelak kecil melihat Mr. Kwon berusaha untuk bangun.

"Well aku rasa anak kau suka dekat aku. And aku pon suka dekat dia" Kata Bangchan lalu tersenyum senget.

"Kau jangan dekat dengan anak aku. Aku takkan restu hubungan korang!!" Jerit Mr. Kwon. Bangchan tergelak kecil.

"Macam mana kau nak restu atau tak kalau lepasni kau akan...

...Mati" Kata Bangchan sambil memperlahankan ayat 'mati' itu. Wajah Mr. Kwon kelihatan cuak.

"Actually kan. Aku nak bunuh semua keluarga kau. Tapi aku sayangkan Eunbi. And aku nak tengok family kau merana disebabkan syarikat kau takde siapa nak jaga. Then family kau muflis. Bankrup" Kata Bangchan. Dia mencangkung di hadapan Mr. Kwon.

"Pelik kan. Kenapa orang kejar sangat harta. Bukannya bawak mati pon. Ni kau dah nak mati. Duit kau tolong tak?" Soal Bangchan sinis. Mr. Kwon hanya diam memandang Bangchan yang berada di bawahnya.

"Takde balasan. Ok takpe. Aku pon dah malas nak tunggu. So ada kata kata terakhir?" Soal Bangchan.

"Kau sepatutnya berayukur aku bagi kau peluang untuk bercakap. Macam aku dulu kau tak bagi peluang. Hmm sedihnya" Kata Bangchan berpura pura sedih.

"Tolonglah lepaskan aku. Siapa yang nak jaga anak bini aku nanti?" Soal Mr. Kwon mengalah. Egonya terpaksa direndahkan demi keselamatannya.

"Aku ada. Aku boleh jaga diorang" Kata Bangchan lalu tergelak sinis.

"Jangan harap lah aku nak lepaskan kau. Sebab kau dah nampak muka aku. Jadi mesti kau akan buat laporan polis. Sebab.." Bangchan terus bergerak ke belakang Mr. Kwon. Telephone pada tangannya dirampas

"Aku tahu telephone ni ada pada kau. Aku sengaja biarkan" Kata Bangchan lalu mencampakkan telephone tersebut ke lantai lalu dipijaknya sehingga hancur.

"Now say bye to the world" Kata Bangchan.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now