Special Chapter

448 58 4
                                    

Bangchan berdiri di bilik pejabatnya sambil memandang kota raya. melihat jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan. Langit yang masih lagi membiru. Bangchan tersenyum nipis.

Tiba tiba pinggangnya dipeluk seseorang. Bangchan terus menoleh.

"Heyy. Buat apa dekat sini?" Soal Bangchan sambil tersenyum nipis. Pipi gerangan yang memeluknya tadi ditekup dengan kedua belah tapak tangannya.

"Saja je. Nak ajak lunch" Kata si dia. Bangchan mencium dahi gerangan tersebut.

"Kenapa tak tunggu je dekat rumah. Saya boleh je balik demi makan makanan air tangan sang isteri tercinta" Kata Bangchan sambil tersengih. Tak semena mena dada Bangchan dipukul lembut.

"Mr. Bangchan. Isteri awak ni nak makan lunch dengan awak dekat luar. Sambil tu boleh juga tengok. Mana tau awak ada perempuan lain belakang saya" Kata si dia yang merupakan isteri kepada Bangchan.  Pipinya terus dicubit lembut oleh Bangchan.

"Mrs. Eunbi. Suami awak ni seorang yang setia tau. Tak baik tuduh macam tu" Kata Bangchan pada isterinya.

Ya, Eunbi dan Bangchan sudah berkahwin selepas sahaja mendapat berita bahawa ibu Eunbi sakit tenat. Lagipon Bangchan risau jika kebajikan Eunbi tidak terjaga.

Puas dia memujuk ibu Eunbi untuk merestui hubungan mereka. Akhirnya hubungan mereka direstui dengan syarat Bangchan tidak akan melukakan hati Eunbi dan menjaga Eunbi sebaik mungkin.

Dan kini perkahwinan mereka sudah hampir mencecah setahun dan Eunbi didapati mengandung anak mereka yang pertama. Dan sudah mencecah 5 bulan.

"Hey awak. Termenung pula dia. Jom lah lunch. Baby nam makan ni" Bangchan mencubit pipi Eunbi perlahan.

"Baby yang nak makan ke. Mummy dia yang nak makan? ha??" Terus terletus tawa Bangchan apabila dapat mengenakan Eunbi. Eunbi terus memukul bahu Bangchan.

"Dah lah. Nak merajuk dengan awak" Kata Eunbi lalu berjalan terlebih dahulu. Bangchan hanya tertawa kecil.

'Setiap manusia sentiasa berharap agar pengakhiran hidupnya di akhiri dengan kegembiraan. Berharap selepas derita akan gembira. Dan aku bersyukur. Apa yang aku harapkan menjadi kenyataan. Dendam yang selama ini menghantui diri ini perlahan lahan hilang. Dan aku bersyukur semua orang dapat terima diri yang tak sempurna ini. Bersyukur orang sekeliling aku dapat menerima kisah silam aku yang pahit'

"Tengok tu!! Dia termenung lagi. Cepat lah awak!!" Jerit Eunbi tanpa menghiraukan pandangan para pekerja.

"Ya ya. I'm coming!!" Laung Bangchan lalu berlari mendekati Eunbi yang sudah jauh ke hadapan. Para pekerja yang melihat hanya tersneyum melihat pasangan yang bahagia itu.

the end
~The Killer~
By : SquirrelD

Yeayy happy ending. Esok a/n akan publish new story. So...stay tuned >.<

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now