TK (BC)

714 81 0
                                    

Siren polis, bomba dan ambulan kedengaran di tempat kejadian. Polis menyiasat apa yang berlaku. Bomba mencari punca kebakaran. Dan ambulan menunggu jika terdapat jasad yang terbakar di dalam kebakaran itu. Ramai manusia berkumpul ingin menyaksikan apa yang telah berlaku. Disebalik kesesakan itu seseorang melihatnya dengan senyuman sinis sebelum berlalu pergi.

🔪🔪🔪

File yang berada di tangan dicampak ke atas meja. Wajahnya diraup dan kepalanya diurut kerana tertekan dengan masalah yang baru sahaja berlaku.

"Macam mana boleh berkalu kes pembunuhan sedangkan selama ini negara Seoul aman?" Soal ketua pegawai polis sambil memandang ke arah pegawai pegawai yang berada di dalam bilik tersebut.

"Kami pon tidak pasti tuan. Perkara ini berlaku secara mengejut" Kata salah seorang pegawai di situ.

"Kamu semua dah dapat kenal pasti siapa mangsa tersebut?" Soal ketua pegawai polis itu lagi.

"Sudah tuan. Mangsa tersebut bernama Nancy. Seorang pelajar di sebuah University di Seoul" Beritahu pegawai tersebut.

"Adakah kamu sudah periksa cctv di situ?" Soal ketua pegawai polis itu sambil memandang ke arah pegawai yang menyiasat kes ini.

"Sudah tuan. Tetapi kami hanya dapat melihat seorang budak perempuan iaitu Nancy sedang duduk di situ sebelum cctv tersebut terpadam" Terang pegawai tersebut. Sekali lagi ketua pegawai polis itu mengurut kepalanya sebelum mengeluh dengan agak kuat.

"Inspector Woojin" Panggil ketua pegawai polis itu. Woojin segera berdiri lalu mentabik hormat.

"Ya tuan" Kata Inspector Woojin.

"Saya nak kamu jalankan siasatan terhadap kes ini memandangkan kamu yang bertugas di kawasan ini" Arah ketua pegawai polis tersebut.

"Baik tuan" Kata Inspector Woojin sambil mengangguk.

"Pastikan kamu semua berhati hati sebab saya tahu pembunuh kalini pasti sangat licik" Ketua pegawai polis tersebut memberi ingatan kepada pegawai polis yang lain.

"Baiklah tuan!!" Pegawai pegawai tersebut bangun dan memberi tabik hormat sebelum bersurai.

🔪🔪🔪

Kini, satu U sudah tahu tentang kematian Nancy. Bangchan hanya duduk sahaja di kafe sambil meniknati minuman yang dipesannya tadi. Minho atau dikenali sebagai Lino keluar dari dapur kafe. Dia membawa minumannya sendiri dan menuju ke arah Bangchan. Memandangkan kafe ini diuruskan oleh keluarganya jadi mudah untuk dia keluar masuk membawa minuman atau makanannya sendiri tanpa bayar.

"Hyung dah tau cerita ke?" Soal Lino. Bangchan yang sedang bermain telephone terus memandang ke arah Lino.

"Cerita apa?" Soal Bangchan berpura pura tidak tahu dengan soalan Lino.

"About Nancy" Kata Lino. Minumannya disedut perlahan.

"Dah" Kata Bangchan selamba. Lino hanya mengangguk.

"Tapi macam mana hyung tahu?" Soal Lino. Bangchan Lino dengan pandangan 'seriously?'

"Satu kampus dah tahu. Siap tanya hyung lagi" Kata Bangchan dengan tenang. Lino memandang Bangchan.

"Tanya? Tanya apa?" Soal Lino dengan pelik.

"Ye lah. Semalam kan kecoh yang Nancy cakap aku ni bakal tunang dia. So tak pelik lah orang tanya macam macam" Kata Bangchan sambil menekankan perkataan 'bakal tunang'

"Ye tak ye jugak" Kata Lino. Mereka kembali berbual bual kosong. Tiba tiba pintu cafe ditolak seseorang iaitu Felix. Seorang lagi ahli Bangchan yang ketiga muda.

"Tin tin. Majalah baru" Kata Felix sambil mengedarkan majalah kepada pelajar di dalam kafe tersebut. Beberapa keping majalah diserahkan kepada Lino.

"Nah hyung. Untuk kafe ni" Kata Felix sambil menyerahkan majalah untuk diletakkan di kafe. Mungkin risau akan ada pelajar yang tidak akan mendapat majalah tersebut.

"Hyung okay?" Soal Felix.

TBC❤

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now