TK (BC)

491 63 7
                                    

Bangchan berjalan tanpa hala tuju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bangchan berjalan tanpa hala tuju. Telephone ditangannya digenggam. Tidak sangka selama ini dia berkawan dengan anak musuhnya sendiri. Langkah Bangchan semakin perlahan. Kakinya berhenti betul betul di hadapan sebuah kedai makan. Dia melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

🔪🔪🔪

Seungmin dan Felix sedang memapah Bangchan keluar dari kedai makan tersebut.

"Hyung ni mimpi apa sampai mabuk hah?" Soal Felix tidak puas hati. Sudahlah dia pon terlibat sekali.

"Tu lah. Tak pasal pasal tuan kedai tu telephone aku erghh" Marah Seungmin. Disebabkan tiada teman lah dia mengajak Felix. Bangchan yang tersedar sedikit terus menolak Felix dan Seungmin. Dia berjalan meninggalkan Felix dan Seungmin.

"Eh hyung nak pergi mana?" Soal Seungmin. Bangchan hanya mengabaikan mereka berdua. Jalannya terhuyung hayang kerana mabuk.

"Eh orang tua ni. Kita penat penat papah dia bukannya nak cakap terima kasih" Bebel Seungmin. Felix di sebelah hanya menggelengkan kepala.

"Dah lah tu. Assignment tak siap lagi kan? Dah jom balik" Felix terus mengheret Seungmin untuk balik ke rumahnya. Sepanjang perjalanan Felix hanya menadah telinga mendengar bebelan dari Seungmin.


"Haha... Kenapa orang yang aku hik sayang jadi anak kepada musuh aku? Wae? Hahaha" Bangchan masih lagi berjalan dengan tidak betul. Kepalanya terasa berat namun digagahkan juga.

"Kenapa manusia sanggup hik berbunuhan hanya kerana hik dendam? Why? Why?!! Jawablah!! Hahaha" Emosi Bangchan menjadi tidak betul. Sekejap marah sekejap ketawa. Tiba tiba dia ternampak seorang lelaki berhenti di hadapannya. Bangchan memandang sambil tersengih sinis. Kolar baju lelaki itu ditarik.

"Heyy ahjussi. Boleh tak saya nak tanya soalan? Tapi kalau ahjussi tak dapat jawab saya akan" Pisau di kocek belakang Bangchan segera dikeluarkan.

"Bunuh ahjussi" Kata Bangchan. Lelaki itu kelihatan takut sebelum mengangguk.

"Kenapa...manusia sanggup hik berbunuhan hanya kerana dendam? Hik" Kata Bangchan. Dia tersedu kerana mabuk. Lelaki di hadapannya hanya senyap. Bangchan tersengih.

"Hehe mesti ahjussi tak dapat jawab kan? So ahjussi akan dapat punishment" Kata Bangchan. Pisau lipat itu diletakkan di bawah leher lelaki itu. Bangchan memandang sekeliling. Tempat yang sama pembunuhan pernah berlaku dan cctv masih lagi belum dibetulkan.

"Ada kata kata terakhir?" Soal Bangchan. Lelaki itu sudah menggigil ketakutan.

"Tolonglah lepaskan ahjussi. Ahjussi ada anak" Kata lelaki itu. Bangchan tergelak kecil.

"Hehehe mana boleh saya hik lepaskan ahjussi. Kan ahjussi hik dah tengok muka saya" Kata Bangchan. Lelaki itu terus merayu sehinggalah Bangchan mula rimas. Pisau itu ditarik membelah leher lelaki itu. Darah memercik keluar. Bangchan terus menolak lelaki itu jauh darinya.

"Alaa kotor baju. Bodoh punya orang tua" Maki Bangchan. Dia menundukkan badannya. Baju lelaki itu dikoyakkan di bahagian perut. Darah yang mengalir digunakan untuk menulis perkataan 'Chris' di atas perut lelaki itu.. Bangchan tertawa sinis sebelum melangkah pergi untuk pulang ke rumahnya.

🔪🔪🔪

Bangchan duduk membiarkan air mengalir di seluruh tubuhnya. Air yang berwarna putih mengalir menjadi warna merah disebabkan darah pada bajunya. Dia memeluk lutut memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi. Tangannya memegang kepala lalu menangis.

"Apa aku dah buat tadi?" Soal Bangchan pada dirinya sendiri. Air matanya tidak kelihatan kerana air pancut yang mengalir dari atas.

"Kenapa kau bunuh orang yang tak bersalah?" Soal Bangchan. Kepalanya diketuk sekuat hati. Untung sahaja semasa dirinya dipapah dia tidak membunuh kawan kawannya itu. Dia bangun memandang pantulan dirinya di hadapan cermin. Tangannya terus menumbuk cermin tersebut.

"Arghhh!!!!!"

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now