TK(BC)

423 53 1
                                    

Bangchan memandang Eunbi yang kelihatan berselera dengan makanannya. Tersenyum Bangchan dibuatnya melihat Eunbi kelihatan seperti budak kecil ketika makan.

Dalam diam Bangchan mengambil tisu dari poket seluarnya. Tisu itu digunakan untuk mengelap kesan kotoran di hujung bibir Eunbi. Perbuatan Eunbi terus terhenti apabila Bangchan membersihkan kotoran tersebut. Keadaan menjadi kekok semula. Bangchan kelihatan teragak agak untuk menarik semula tisu tadi.

"Mian" Kata Bangchan lalu menundukkan kepalanya. Eunbi hanya memandang Bangchan lama sebelum kembali makan makanan di hadapannya itu. Mereka berdua makan dalam keadaan suasana yang agak kekok. Bangchan cuba mencari idea untuk mengubah suasana.

"Ermm Chan" "Eunbi"

Kedua mereka memanggil sesama sendiri secara serentak. Mereka tergelak kecil.

"Awak cakaplah dulu" Kata Eunbi. Bangchan menggeleng perlahan.

"Ani it's okay. Lady's first" Kata Bangchan lalu tersenyum kecil.

"Awak cakap lah. Takpe. Saya dah lupa nak cakap apa" Kata Eunbi. Bangchan mengangguk perlahan mendengar balasan Eunbi.

"Apa perasaan awak bila dapat tahu diri saya yang sebenar?" Soal Bangchan. Eunbi menyengetkan kepalanya sedikit sambil memandang Bangchan.

"What do you mean?" Soal Eunbi. Bangchan bermain dengan makanan yang berada di hadapannya.

"Ani. Like ermm macam mana ek. Yeah my true self. Yang bukan macam awak nampak sekarang" Kata Bangchan sambil menunduk memandang makanannya. Eunbi tersengih kecil.

"I don't know. Tapi walau siapa pon diri awak saya terima. Sebab itu diri awak" Kata Eunbi sambil memandang Bangchan. Bangchan mengangguk sedikit.

"Kalau awak dapat tahu saya pembunuh?" Soal Bangchan. Eunbi kelihatan terkejut mendengar soalan Bangchan.

"Saya tak tahu" Kata Eunbi. Bangchan yang tadinya memandang Eunbi terus menundukkan kepalanya semula.

"But Chan. Walau siapapon diri awak yang sebenar mungkin saya akan terima. Yang penting tak cederakan saya sudah lah" Kata Eunbi membuatkan Bangchan tergelak kecil. Eunbi tersenyum melihat Bangchan yang tadinya kelihatan sedih kini ceria kembali. Mungkin.

"Saya tahu awak banyak rahsia Chan. But it's okay. Saya takkan tanya. Because i know itu rahsia awak right? It's your privacy" Kata Eunbi. Bangchan mengangguk lalu memandang Eunbi.

"Yeah. And satu hari nanti awak akan tahu juga siapa saya sebenarnya" Kata Bangchan lalu tersenyum kecil. Eunbi mengangguk.

"Eh makan lah. Saya tengok tak luak pon makanan tu" Kata Eunbi. Bangchan tergelak kecil sambil mengangguk. Mereka berdua makan dengan senang. Akhirnya keadaan janggal itu telah hilang. Eunbi memandang Bangchan sambil tersenyum.

Setiap orang mempunyai cerita dan rahsia masing masing. Mungkin ada yang manis dan ada yang pahit. Yang manis kita boleh kongsikan tetapi yang pahit sungguh sukar. Untuk berkongsi cerita yang pahit memerlukan seorang pendengar yang boleh dipercayai jika kita sudah tidak mampu untuk memendam.

Tetapi lain pula Bangchan. Dia sudah biasa memendamnya sejak dia kecil. Iaitu selepas kematian keluarganya. Semuanya disimpan rapi tanpa diketahui sesiapa. Mengapa tidak diluahkan? Kerana orang seperti dia beranggapan semua orang tidak boleh dipercayai. Kemalangan tragis yang berlaku pada keluarganya membuatkan dia berfikir semua orang di dunia ini jahat.

Namun dia lupa tak semua orang jahat. Walaupon dia berhadapam dengan orang yang baik seperti rakan rakannya dia tetap beranggapan semua orang jahat. Mengapa? Kerana perasaan itu telah menghapus setiap kebaikan yang orang lain lakukan kepadanya. Semuanya disebabkan sebuah trauma dan phobia.

🔪🔪🔪

Bangchan duduk di sofa hadapan tv sambil memeluk lutut. Dia hanya termenung memikirkan pelbagai benda. Apa yang akan berlaku bila mereka dapat tahu perangai sebenar dia? Adakah dia akan dihukum mati? Adakah mereka akan bantu mengurangkan hukumannya? Pelbagai soalan berada di kepala Bangchan.

"Tak semua orang baik dan tak semua orang jahat" Bangchan menyebut ayat itu. Ayat yang pernah dikatakan oleh ommanya. Dulu dia percaya dengan ayat tersebut. Tetapi selepas sahaja kemalangan yang berlaku dalam keluarganya dia menganggap semua orang jahat.

"Tak layak ke aku untuk bahagia?" Soal Bangchan pada dirinya. Namun soalan itu hanya ada jawapan pada dirinya. Hanya dirinya sahaja yang dapat membuatkan dirinya samada bahagia ataupon sebaliknya.

"Tak layak ke untuk aku hidup macam manusia biasa?" Soal Bangchan lagi. Soalannya tidak berjawap membiarkan angin membawa soalan tersebut pergi jauh darinya.

"Boleh ke mereka terima aku bila dapat tahu diri aku yang sebenar?" Soal Bangchan pada dirinya.

"Kalau betul mereka sayangkan kau. Ya mereka akan terima" Kata seseorang kepada Bangchan. Segera Bangchan menoleh ke belakang melihat siapakah gerangan tersebut.

"Hyung" Kata Bangchan dengan perlahan. Shownu tersenyum lembut memandang Bangchan. Tempat di sebelah Bangchan di ambil. Makanan pada tangannya diletakkan di atas meja hadapan mereka. Bahu Bangchan dipeluk.

"Kalau betul diorang sayangkan kau. Diorang akan terima kau seadanya" Kata Shownu lalu tersenyum memandang Bangchan. Bangchan memandang wajah Shownu sebelum kembali menundukkan kepalanya.

"Tapi aku pembunuh hyung. Siapa je nak berkawan dengan pembunuh?" Soal Bangchan lemah. Shownu tersenyum. Kepala Bangchan diusap lembut.

"Percaya cakap hyung. Kalau diorang sayangkan kau. Diorang akan terima kau seadanya" Kata Shownu cuba memujuk Bangchan. Bangchan hanya diam memikirkan kata kata Shownu.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now