TK (BC)

547 63 2
                                    

Bangchan berjalan sendirian ke kafe setelah kelasnya tamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bangchan berjalan sendirian ke kafe setelah kelasnya tamat. Lebih baik dia terus ke kafe menunggu Eunbi yang masih lagi mempunyai kelas. Sambil berjalan Bangchan memandang ke arah langit sekali sekala.

Hidup kita terkadang di atas dan terkadang di bawah. Tapi bila kita di bumi kita semua sama sahaja di bawah. Mengapa darjat itu penting? Mengapa harta itu penting? Hanya disebabkan harta pelbagai perkara boleh berlaku. Hanya disebabkan harta dan darjat penyeksaan berlaku. Dan kenapa semuanya berlaku pada aku? Apa silap yang pernah aku buat sebelum ini? Appa,omma,hanna,lucas. Chan janji akan balas dendam terhadap kematian korang dan mungkin selepas semuanya terbalas Chan akan serah diri. Kalau Chan dapat hukuman gantung sekalipon sekurang kurangnya Chan dapat ikut korang.

Langkah Chan berhenti betul betul di hadapan kafe. Dapat dia lihat dari luar Lino sedang menghantar minuman kepada pelajar di University itu dengan senyuman gembira.

Mengapa sukar untuk aku lukiskan senyuman seperti itu di wajah aku sendiri? Tidak layakkah aku untuk gembira?

"Eo hyung? Kenapa tak masuk?" Soal Felix yang berada di sebelahnya. Bangchan terus tersedar dari lamunannya. Dia memandang ke arah Felix lalu tersengih.

"Felix dah habis kelas ke?" Soal Bangchan sengaja ingin menukar topik. Felix hanya mengangguk.

"Dah tapi petang ni ada extra class" Kata Felix. Dia terus terlupa tentang soalannya tadi apabila Bangchan menukar soalan.

Bangchan dan Felix melangkah masuk ke dalam kafe. Mereka terlihat Lino yang sedang sibuk menghantar makanan dan minuman.

"Busy betul kawan kita sorang ni" Ejek Bangchan. Felix yang terdengar hanya ketawa.

"Ouh korang ada eh? Sorry tak perasan" Kata Lino apabila ternampak Bangchan dan Felix di kafe keluarganya.

"It's okay hyung. Takpe teruskan je kerja tu. Kitorang okay je" Kata Felix. Lino hanya mengangguk sebelum meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

"So hyung. Macam mana dengan Eunbi?" Soal Felix.

"Dia ajak hyung jumpa dekat kafe" Kata Bangchan. Felix memandang Bangchan dengan senyuman mengejek.

"Elelele ada pasangan bercinta bakal masuk kafe ni" Kata Felix. Bangchan memberi pandangan maut ke arah Felix.

"Mana ada kitorang bercinta. Kawan je lah" Bantah Bangchan. Felix memuncungkan bibirnya.

"Ye lah tu. Ala nanti bercinta jugak" Kata Felix. Keadaan sunyi seketika sebelum Felix memulakan soalan.

"Hyung takde perasaan ke dekat Eunbi tu?" Soal Felix. Bangchan mengangkat bahunya tidak tahu.

"Entah lah Felix. Kalau ada pon buat apa. Mestilah hyung bertepuk sebelah tangan. Baik tak payah" Kata Bangchan. Felix berdecit perlahan.

"Hyung ni. Belum cuba belum tahu" Kata Lino yang sedang membawa air menuju ke arah mereka. Tempat di sebelah Felix di ambil. Felix hanya mengangguk mendengar kata kata Lino.

"Hyung malas lah nak fikir pasal ni. Biar je lah. Hyung bukannya suka dia pon" Kata Bangchan.

"Ala. Habis tu kenapa semalam hyung pandang Eun-" Lino segera menutup mulut Felix sebelum sempat Felix menghabiskan ayatnya. Bangchan memandang Felix dan Lino lama.

"Korang perhatikan hyung ke semalam?" Soal Bangchan. Lino terus melepaskan mulut Felix sebelum mengangguk perlahan. Bangchan mengeluh.

"Korang ni- haih" Keluh Bangchan sebelum menyedut minuman di hadapannya perlahan.

"Sorry hyung" Kata Lino dan Felix perlahan.

"Siapa lagi yang ikut?" Soal Bangchan.

"Kitorang" Bangchan segera memandang ke tepi. Kesemua mereka ada di situ sedang menundukkan kepalanya.

"Dah duduk. Tak payah lah nak buat muka bersalah. Semalam tak rasa bersalah" Kata Bangchan seperti marah. Mereka hanya menundukkan kepala.

"Hyung marah ke?" Soal Jeongin. Bangchan tersenyun sedikit.

"Dah lah. Benda dah lepas. Tak payah nak sedih sangat. Ingat lepasni jangan buat macam tu lagi. Faham?" Soal Bangchan selepas memberi arahan kepada mereka. Mereka semua hanya mengangguk mendengar arahan Bangchan. Keadaan kembali seperti sediakala.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now