TK(BC)

379 55 5
                                    

Kesemua rakan Bangchan sedang berjalan untuk pulang ke rumah masing masing. Suasana antara mereka kelihatan surama. Tiada seorang pon yang berani untuk bercakap. Lino berdehem sedikit.

"Korang nak pergi ke?" Soal Lino. Memandangkan sekarang seperti hanya dia sahaja yang berpihak kepada Bangchan.

"Aku x tau lh hyung" Kata Han seperti pasrah. Lagipun Bangchan banyak membantu dia. Dan dia juga adalah orang pertama yang dibantu oleh Bangchan.

"Aku pergi kot" Kata Felix sambil menundukkan kepalanya. Muram sahaja wajahnya. Memang dia terkilan lepas dengar apa yang dikatakan oleh Shownu. Namun Bangchan tetap dianggap sebagai abang oleh dirinya.

Lino memandang ke arah Changbin dan Hyunjin. Hanya mereka berdua sahaja yang seperti tidak dapat menerima semua ini.

"Disebabkan ramai yang pergi, so aku pergi" Kata Hyunjin. Dia akan pergi kerana tidak mahu putuskan persahabatan. Lagipon dia tidak pernah lupa akan bantuan yang pernah diberi oleh Bangchan.

"Aku tak pasti" Kata Changbin sambil memandang ke arah lain. Mereka yang lain memandang Changbin. Lino memberikan pandangan yang lain terhadap Changbin. Sebuah pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

"Aku tak kisah kau nak pergi ke tak. Tapi ingat pesan Chan hyung" Kata Lino sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka memandangkan rumahnya di jalan lain membuatkan merek berpecah. Changbin termenung sedikit lama.

"Hyung taknak balik ke?" Soal Seungmin. Changbin terus tersedar dari lamunannya.

"Korang balik lah dulu" Kata Changbin. Mereka hanya mengangguk dan berlalu pulang ke rumah masing masing.

Changbin berjalan ke arah bertentangan. Dia berjalan sambil menyepak batu batu kecil yang berada di hadapannya. Changbin duduk di perhentian bas yang berhampiran. Dia hanya termenung.

"Aku tak kisah kau nak pergi ke tak. Tapi ingat pesan Chan hyung"

Kata kata yang Lino berikan bermain dalam fikirannya. Changbin mengeluh perlahan. Fikirannya kini merawang ke zaman persekolahan.

Changbin ialah seorang pembuli. Ramai yang sudah menjadi mangsa bulinya. Semuanya kerana dia mempunyai harta. Sudah tentulah dirinya dipandang tinggi. Dia juga lah yang telah membuli Han dan juga Lino.

Suatu hari, Changbin berjalan ke kantin sekolah seorang diri. Itulah diri Changbin. Dia sukar untuk bergaul dengan orang lain. Sepanjang dia membuli orang, dia hanya seorang diri. Malas untuk mencari kawan. Kerana baginya, mereka hanya ingin mengambil kesempatan atas kesenangan dirinya.

Sedang dia berjalan, dirinya tiba tiba dihampiri seseorang. Changbin memandang wajah tersebut sebelum merengus.

"Kau nak apa? Aku dah tak kacau budak kau kan" Kata Changbin malas. Lelaki di hadapannya itu tersenyum nipis.

"Aku nak kau jadi kawan aku" Kata lelaki itu. Changbin berdecit sambil melihat wajah lelaki itu.

"Kau gila ke..." Kata kata Changbin terhenti seketika. Dia memandang tanda nama lelaki tersebut.

"Mr Bang Chan?" Soal Changbin dengan sinis. Nama lelaki itu disebut satu persatu seperti mengejek. Namun, Bangchanmasih lagi tersenyum nipis.

"Yes aku gila" Kata Bangchan seperti bergurau. Changbin menayangkan wajah tidak puas hati. Dia berdecit sebelum berlalu pergi.

"Aku nak kau lindungi kawan aku" Kata Bangchan membuatkan langkah Changbin terhenti. Changbin masih lagi berdiri membelakangkan Bangchan. Dia berdecit perlahan lalu tersengih sinis.

"Aku tau kau boleh protect diorang waktu aku takde nanti" Kata Bangchan. Changbin memusingkan badannya memandang ke arah Bangchan. Rakan rakan Bangchan yang lain dipandang oleh Changbin. Terus tertunduk kepala masing masing terutamanya Han dan juga Lino. Changbin tersengih sinis.

"Kalau aku taknak?" Soal Changbin sambil menaikkan kening sebelah kanannya. Bangchan tersenyum senget.

"Aku akan bagitau perangai kau yang sebenar pada pengetua" Ugut Bangchan. Changbin tertawa sinis seperti tidak terkesan dengan ugutan Bangchan.

"Kau takde bukti"

"Tapi aku ada saksi dan mangsa" Pintas Bangchan. Laju sahaja ayat itu kekuar dari mulutnya. Changbin membuat muka berang. Pipinya ditolak menggunakan lidah.

"Kau yakin ke aku boleh lindungi diorang?" Soal Changbin. Bangchan tersenyum. Macam ada harapan. Perlahan Bangchan mengangguk.

"Aku tau kau boleh lindungi mereka kalau aku tiada" Kata Bangchan sambil menghampiri Changbin. Changbin diam memandang Bangchan.

"Kalau kau nak aku merayu aku sanggup" Kata Bangchan. Changbin berdecit perlahan. Baru sahaja Bangchan ingin melutut, Changbin segera menarik Bangchan untuk berdiri.

"Kau nak buat apa ni?" Soal Changbin bengang. Bangchan hanya diam. Rakan rakannya yang lain kelihatan hendak menitiskan air mata apabila melihat Bangchan berbuat sedemikian. Changbin mengeluh.

"Ok fine. Aku join korang" Kata Changbin. Bangchan mengangkat kepalanya memandang Changbin sambil tersenyum gembira. Dia terus memeluk tubuh Changbin. Rakan rakannya yang lain tersenyum gembira. Mereka terus mendekari Bangchan dan Changbin. Tubuh Changbin dipeluk beramai ramai. Changbin terkejut namun dalam pada masa yang sama dia gembira kerana sudah mempunyai kawan.

Sejak dari itu,Bangchan banyak mengubah diri Changbin. Changbin yang dahulunya kejam dan suka bersendirian sudah berubah. Berubah ke arah kebaikan. Semuanya kerana Bangchan.

"Hyung. Sekarang aku tau apa maksud kau dengan 'lindungi mereka kalau aku tiada'. Aku dah faham hyung. Aku janji aku akan jaga mereka demi kau" Kata Changbin. Dia mengeluh perlahan sebelum pulang ke rumah. Air matanya yang mengalir tanpa disedari segera dikesat. Dia sudah membuat keputusan.

___

Actually kn...a/n tak tau nak buat ending dia camne. Nak buat sad korang nangis pulak. Nak buat happy macam tak syiok😂

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now