B A B 5

3.3K 452 147
                                    

Selepas game 'Do you love me?' tadi aku rasa semua orang pandang mengusik dekat aku and Haziq. Ape benda lah diorang ni. Malas aku nak layan.

Aku rasa game tu dibuat sebab nak uji kepekaan seseorang dan nak tahu diorang tu fokus tak. Ni dia buat game tu untuk meluahkan perasaan pulak. Apa nak jadi lah dengan budak-budak jaman now ni. Macam lah aku ni budak-budak jaman dulu haha.

Aku berjalan ke meja yang disediakan di belakang dewan. Kami semua tidak dibenarkan main phone semasa kem. Masa nak tidur nanti je boleh. Sebab tu lah dia bagi beg untuk simpan phone dan juga dompet sebagainya.

Aku suka letak beg aku paling hujung dan tersorok sikit. Senang nk cari lepastu takde lah tertukar dengan orang lain. Maklum lah beg semua sama je. Mana nak cam kan.

Sampai-sampai je aku nampak ada sticky note tertampal dekat beg aku. Aik... siapa pulak nak tinggalkan pesan-pesan macam ni. Terus aku ambil dan baca.

Don't forget to eat this time. If you sick and die we couldn't marry in the future. Understood, little girl? I'm watching you. Remember that.

Huh! Tak perlu tanya siapa sebab aku dah tahu siapa. Aku terus pusing keliling aku. Kemudian aku nampak dia berdiri di suatu sudut.

Mata kelabu dia dah sedia nak sambut mata aku. Dia angkat sebelah kening dia dekat aku. Haish mamat ni. Aku buat muka menyampah dekat dia.

"Kau tengok apa Ana?" Kepala aku terpusing kesebelah kanan aku. Entah datang dari mana Nadia ni, tiba-tiba datang tanya aku. Dia turut memandang kearah yang aku pandang tadi.

Tapi bila aku pusing balik. Dia dah takde. Cepatnya. Dia ni ada kuasa teleportasi ke apa? Tapi nasib baik lah dia dah hilang kalau tak mampus aku kena ejek dengan Nadia.

"Takde pape pun. Jom ah pergi makan. Nanti aku kena bunuh dengan raksasa kalau aku tak makan kali ni. Haha." Sempat aku bergurau walaupun Nadia blur je. Aku terus tarik tangan dia.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

"Guys guys! Untunglah orang tu ada orang minat kat dia. Siap luahkan perasaan depan orang ramai lagi. Wuu~~" Kata-kata Feeza buat aku rasa nak cucuk je garfu ni dekat mata dia.

"Kenapa kau cakap 'no' tadi Ana. Kalau aku dah lama cakap 'yes'. Ye la bukan selalu lelaki kacak luah perasaan kan. Huhuu." sampuk Nadia pulak.

"Apa benda lah korang merepek ni? Aku tak suka lah benda-benda macam ni. Kalau korang nak, ambil je la mamat tu." Sengaja aku malas melayan sebab aku dah malas nak terlibat dengan benda-benda macam ni. Dah serik lah katakan.

"Eleh kau. Boleh lah kau cakap macam tu sebab dah ada mamat hensem tadi kan? Mesti dah tak pandang si Haziq tu. Tinggi jugak taste kau kan." Usik Izzah. Kenapa la Izzah ni bangkitkan balik pasal mamat photographer tu.

"Kalau korang nak tahu photographer yang ambil gambar kita masa aktiviti tadi tu lah mamat hensem yang selamatkan Ana masa jatuh pagi tadi." Siap terangkat kening Izzah bercerita dekat yang lain. Aku dah malas nak layan. Suka hati diorang lah baik aku makan.

"Siyes ah weh.. oemgi! Heaven nya jadi kau Ana. Dah la Mr Photographer tu hensem gila, dengan messy hair dia tu fuh cair doo aku. Aku sure 100% mr photographer tu jatuh hati kat kau. Ya la selalu dalam drama macam tu lah."

Gedik betul aku dengar suara Feeza ni. Aku tepuk dahi. Penat aku dapat kawan-kawan yang macam ni.

"Kau dah melalut sampai mana dah ni Feeza oii. Gila ke mr photographer tu nak jatuh cinta dengan aku. Lambat lagi weh. Dalam mimpi lah." Aku dah putuskan awal-awal angan-angan diorang ni.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now