B A B 2 4

2.7K 321 38
                                    

Mata dibuka perlahan-lahan sambil otak cuba mengingati kembali apa yang sudah terjadi. Bila nampak keadaan sekeliling yang agak familiar baru lah dia ingat yang dia pengsan sebentar tadi.

Jam di dinding dikerling sekilas. Baru pukul 3 pagi. Badan yang ingin diangkat dari sofa terbantut apabila terpandang susuk tubuh yang sedang tidur ditepi sofa. Betul-betul ditepi muka dia.

Badan dipusing perlahan-lahan menghadap pemandangan indah di depan mata. Bibir tanpa disedari mengukir senyuman indah apabila menatap wajah yang sedang lena tersebut.

Tangan diangkat menyebak rambut lurus hitam pekatnya yang menutupi muka. Lalu diselit ditepi telinga. Jari kemudian dibawa menyentuh mata cantik yang terpejam erat.

Mata inilah yang membuat dia jatuh cinta pandang pertama. Ye masa pertemuan pertama mereka di lobby hotel. Sejak situ dia mula menyukai isterinya tanpa dia sendiri sedari. Tidak disangka takdir menemukan mereka selalu.

Mata ini juga yang membuatkan tidur dia tak lena malam-malam apabila memikirkan gadis ini bakal menjadi hak milik orang lain. Sebabtu dia tanpa ragu meminang isterinya.

Mata ini juga yang membuatkankan dia mampu move on dari kisah silam dia. Betul lah orang kata, being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.

Tangannya beralih kepada bibir isteri dia. Dia tak tahu kenapa tapi dia suka senyuman isterinya. Manis dan menenangkan. Hati yang tengah marah pun jadi sejuk. Dan... berdebar.

Tipu la kalau dia cakap sepanjang perkahwinan mereka, iman nya tak tergugat bila bersama isterinya. Tapi dia tidak akan paksa sampai isterinya bersedia.

Tiba-tiba Arissa bergerak membuatkan dia cepat-cepat menarik tangan dia. Aku buat dia tersedar ke?

Dia mengosok-gosok mata nya. Walaupun hanya satu lampu yang terpasang, tu pun agak malap tapi dia still boleh nampak muka mamai isterinya. Adoi ni satu hal lagi dia tak leh, comel sangat!

"Eh abang dah bangun?" Sel-sel otak baru berfungsi kot. Nak perasan aku dah bangun pun dekat 1 minute haha.

Aku cuma anggukkan kepala sambil mulut tersenyum lucu. Kemudian isteri dia tiba-tiba berdiri. Berkerut kening dia pandang. Apasal pulak ni?

"Kalau macam tu jom lah kita naik tidur atas. Rissa ngantuk..." rengeknya sambil buat muka mengantuk. Satu yang dia pasti tentang isterinya. Suka tidur. Memang tak boleh pisah!

Aku menarik tangan dia menyebabkan dia jatuh terduduk di atas sofa. Terjerit kecil isterinya kerana terkejut. Namun tak pula dia bangun kembali.

Aku menolak badan dia supaya tidur di atas lengan aku sambil tangan satu lagi menarik selimut menutupi badannya. Dia nampak terpinga-pinga.

"Kenapa nak tidur sini? Katil kan ada?" Tanya Arissa sambil buat muka pelik. Dan cuba menutupi debaran di dada.

"Abang suka tidur tempat sempit. Boleh peluk sayang." Terus dia melingkarkan tangan dia ke pinggang isterinya. Dapat dia rasakan badan isterinya agak mengeras sedikit mungkin terkejut.

"Err tak nak la. Rissa nak tidur dalam bilik." Nampak isterinya cuba mengelak.

"Tapi abang tak larat nak jalan ke tingkat atas." Tipunya untuk memancing simpati isterinya.

"Ye lah..." Terbentuk satu senyuman dibibirnya bila mendengar balasan isterinya.

Tangan kemudian diangkat mengusap pipi mulus isterinya. Nampak muka isterinya yang dah berubah merah. Mata pun dah pandang arah lain.

"Sayang." Panggilnya cuba memancing perhatian isterinya. Namun dia masih tidak memalingkan muka.

"Pandang lah abang." Perlahan-lahan dia alihkan wajah memandang suaminya.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora