B A B 2 5

2.8K 316 67
                                    

"Stop it!"

Satu jeritan yang nyaring menghentikan gerak tangan aku. Dah kenapa suami aku ni. Muka di angkat pandang belakang.

"Put it down. Now!" Tegas. Jelas tiada kompromi.

"What do you mean?" Agak marah suara aku bertanya.

"Abang kata letak pisau tu!" Laju kaki dia melangkah ke arah aku. Pisau diambil dari tangan aku dengan kelajuan maksima. Okey hiperbola lebih.

"Kenapa pulak? Rissa nak masak kan ni?" Berkerut kening aku. Nak marah je rasa eii.

"No. It's dangerous. Rissa mana pernah potong bawang sebelum ni. Kalau terkerat jari tu macam mana?" Dia geleng-geleng kepala mungkin membayangkan hal itu terjadi.

Pfft tibe aku rasa loser gila jadi kaum hawa ni. Tapi potong bawang pun hampeh. Erm malu kaum betul.

Tapi... at least aku tahu beza kangkung dengan bayam. Tak macam author kita ni buat malu je. (WOI SEDAP KAU KUTUK AKU)

"Rissa tengah belajar lah ni. Kalau tak belajar macam mana nak pandai?" Aku kemukakan hujah aku.

"Belajar perlukan cikgu. Lagi-lagi memasak. So lets this handsome man being your teacher today." Pergh berlagak nak mampos. Dia siap angkat kening lagi. Ni yang buat aku menyampah ni,

"Haa cepat lah. Nak ajar sangat kan, abang hensem." Perkataan 'abang hensem' aku tekankan sedikit. Berbaur sedikit annoying. Siap juling mata keatas.

"Okey first thing first, pakai lah apron sayang nanti baju kotor camne?" Dia membebel sambil tangan capai satu apron dan pakaikannya ke badan aku.

Dipusingnya badan aku macam anak patung Annabell. Kurang asam! Kemudian dia capai lagi satu apron untuk dirinya.

"Okey jom start!" Pergh excited bhai suara cikgu pun. Hadeh! Kami kembali ke papan pemotong yang tersadai bawang yang dah separuh hancur akibat dianiayai oleh manusia yang tak reti memasak.

Aku mencapai pisau dan mengenggamnya erat. Menunggu arahan dari member sebelah.

"Ish ish ish... pegang pisau pun salah." Grr nape aku rasa nak marah bila dia kutuk aku padahal dia cuma nyatakan fakta.

"Lepastu nak pegang macam mana?"

"Macam ni sayang." Dia bergerak ke belakang aku kemudian memegang tangan aku yang sedang pegang pisau. Rasa macam dia tengah peluk aku dari belakang.

Dup dap dup dap. Sabar hati sabar! Jangan kalut sangat. Fuh!

Dia ajar aku step by step pegang pisau sekaligus cara potong bawang supaya tak hancur. Dia nampak tenang je. Aku ni yang over sampai berpeluh aku sebab terlalu gementar dengan kedudukan kami yang rapat.

"Asal berpeluh semacam je ni Rissa? Tak sihat ke?" Dia tunduk pandang muka aku. Alamak dia perasan pulak dah.

"Biasalah selalu kan orang potong bawang mesti berpeluh kan?" Selalu aku dengar orang cakap macam tu. Ke aku salah?

"Erm selalu orang potong bawang keluar air mata bukan berpeluh sayang. Kut ya pun nak cover tu jangan nampak sangat." Dia gelakkan aku. Aku pulak rasa nak letak muka dalam singki je.

Bongok punya Rissa! Itu lah padahnya. Nampak sangat kau ni bengap bab-bab masak ni. Takpe kita buat chill je. Tak yah gelabah.

"Ke Rissa sebenarnya berdebar dekat-dekat dengan abang?" Ketara sangat ke air muka aku ni sampai dia boleh tembak.

"Eleh takde maknanya. Tak rasa pape pun." Aku juihkan bibir ke bawah.

Tiba-tiba badan aku diangkat kemudian diletakkan di atas meja makan. Terjerit kecil aku kerana terlalu terkejut.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now