B A B 2 0

2.8K 326 35
                                    

  Jari yang sejuk seperti ais itu dikepal sekuat hati untuk menenangkan hati yang tengah berkocak hebat. Sedar tak sedar lagi beberapa minit aku bakal jadi isteri orang. Huaa takutnya!

Majlis akad nikah diadakan kecil-kecilan dirumah pengantin perempuan. Hanya dihadiri keluarga terdekat aku dan keluarga terdekat Haikal. Meriah jugak lah.

Aku hanya mengenakan baju kurung moden berwarna purple muda yang mempunyai manik-manik dan sulaman di hujung lengan dan di dada. Muka dimekap sedikit untuk menaikkan seri pengantin.

Sepatutnya majlis resepsi bakal diadakan besok tetapi Mama dengan Papa terpaksa bertolak petang ni jugak ke UK. Katanya urgent sangat, tak dapat dielakkan. Entah bila pulak akan diadakan majlis tu.

Ketukan dimuka pintu mengejutkan aku dari lamunan. Terjengah muka 3 orang sahabat aku. Hanya mereka sahaja yang aku ajak. Sebab aku tak nak hebohkan lagi perihal ni.

Teringat lagi macam mana reaksi mereka masa aku bagitahu minggu lepas.

"OMG!! Serious la Rissa. Jangan main-main." - Izzah

"See. Aku dah kata dia ada hati dekat kau. Aku rasa dah boleh jadi ahli nujum." - Feeza

"Yeay tak sabarnya aku nak tengok kau kawin. Excited beb." - Nadia

Bermacam-macam reaksi sampai aku hanya mampu geleng kepala.

"Woi pengantin! Berangan apa pulak?" Sergah Feeza membuatkan aku terkejut. Kurang gula punya kawan.

"Cantiknya kawan aku harini." Nadia yang dari tadi menilik aku akhirnya melontarkan apa yang ada dimindanya.

"Rissa. Mr Photographer tu dah sampai dekat bawah. Gila super duper hensem wei. Aku pulak yang tergugat huhu." Kata-kata Izzah membuatkan aku kembali berdebar.

"Aku takut wei!! Macam mana ni?" Aku genggam tangan Feeza yang berada depan aku.

"Wo wo. Sejuknya tangan. Chill Rissa. Jangan pengsan sudah. Aku on jer ganti tempat kau. Tapi takut Mr Photographer tu je tak nak." Feeza cuba menenangkan dengan lawak bodoh dia, malangnya aku tetap berdebar.

"Jom lah turun. Kau kena ada masa akad nikah ni Rissa. Dah selawat banyak-banyak. Tenangkan hati tu."

Aku bangun perlahan-lahan menuruti langkah mereka. Sewaktu menuruni tangga, aku perasan semua mata memandang kearah aku. Buatkan aku rasa segan gila nak berjalan.

Aku duduk bersimpuh di tempat yang disediakan untuk pengantin perempuan. Sempat aku jeling Haikal yang dah sedia depan Abi. Dia segak dengan baju melayu berwarna setona dengan aku. Dengan songkok hitam diatas kepala. Nampak sangat kacak.

Pergh sempat lagi kau memuji bakal suami kan Rissa? Mungkin rasa diri diperhatikan dia angkat kepala pandang aku. Dia senyum manis menyebabkan aku rasa malu tiba-tiba. Terus tundukkan kepala.

Kemudian kedengaran suara Abi menyerahkan aku kepada Haikal. Bila dengar je sah dari mulut para saksi, aku rasa sebak tiba-tiba. Mungkin memikirkan yang aku bakal berpisah dengan Umi dan Abi nanti. Manja betul.

Bila nampak Haikal bangun dan berjalan kearah aku untuk sesi pembatalan air sembahyang, jantung kembali berdetak kuat. Kalau boleh dengar ni aku rasa mungkin satu rumah ni boleh dengar bunyi jantung aku.

Dia duduk berlutut didepan aku.

"Assalamualaikum sayang." Dapat aku rasa muka aku yang dah merah bila dengar dia cakap macam tu. Lagi-lagi bila dengar suara kawan-kawan aku yang mengusik.

Dia ambil tangan aku dan sarungkan sebentuk cincin platinum yang bertatahkan sebutir berlian dan berlian yang lebih kecil ditepinya. Cantiknya!

Kemudian giliran aku pulak menyarungkan cincin dijari Haikal. Nasib dah kurang menggigil tangan ni. Kalau tak aku rasa dah sembah bumi cincin tu.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©حيث تعيش القصص. اكتشف الآن