B A B 9

2.5K 381 27
                                    

Aktiviti pada malam tu diteruskan macam biasa selepas solat isyak. Malam tu hanya ada 2 aktiviti sahaja. Kasut Wangi dan Menara Belon. Aku pun tak pernah dengar nama aktiviti ni. Pelik-pelik betul.

Aktiviti kasut wangi tu aku ingatkan kena pergi basuh kasut ke apa. Rupanya diorang suruh tanggalkan kasut sebelah dan jalan dalam bulatan. Stop je lagu, kena tanggalkan kasut sebelah lagi and then pakai kasut orang lain yang ada depan mata.

Stop je lagu kali kedua fuh ni yang penat ni. Kena cari balik kasut sendiri. What de cushion gais? Buat penat je aku nak pi cari kasut gua dalam banyak-banyak orang tu.

Paling aku sakit hati macam mana aku boleh pakai kasut minah langsuir tu. Huh siapa lagi kalau bukan Tasya. Ex bestfriend aku. Perampas.

Bukan main menyampah lagi muka dia bila tengok aku pakai kasut dia. Eleh.. aku pun tak teringin lah brader. Nasib aku cepat jumpa kasut aku boleh duduk cepat-cepat.

Sementara tunggu orang lain cari kasut mata aku meliar-liar ke seluruh dewan. Hm cuba teka cari siapa. Ehek.

Oh wait wait gais. I bukan cari Mr photographer okey. I cari bapak I. Abi tak datang ke malam ni. Sedih aku macam ni. Sampai hati dah la aku hampir accident tadi takde orang pun kesah. Sob sob.

Ehem. Takde orang kesah apa. Siap ber-flirt dengan Mr photographer dalam bilik rawatan tu mende Rissa. Ish.. sikit-sikit Haikal. Blah lah.

Haa tengok panjang umur. Duk seru seru dalam hati kan dah muncul hero idaman malaya tu. Nampak dia berjalan dengan penuh gaya masuk ke dalam dewan.

Setiap langkah dia mencuri perhatian setiap anak gadis. Ya la sape tak nak cuci mata malam-malam macam ni beb. Dah lah dia hensem kot malam ni. Dengan T-shirt hitam lengan panjang yang dilipat ke siku dan juga seluar jeans hitam. Stylo habis doo.

Rambut pulak macam biasa lah messy habis. Kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak dia memang tak sikat rambut eh. Nampak berserabut je. Berserabut berserabut pun beratur anak dara nak em.

Mungkin rasa diri diperhati dia turut memandang ke arah aku. Kemudian dia kenyit mata nakal. What! Siyes ah mamat ni. Aku terus tunduk pura-pura ikat tali kasut.

Aku juga nampak yang orang lain turut tengok dia kenyit mata tapi semua tak tahu dia kenyit mata dekat siapa. Semua kepala dah terpusing-pusing cari gerangan yang bertuah sangat tu.

Mesti semua dah syak yang Haikal ni gila. Tak pun saiko sebab kenyit mata dekat entah siapa-siapa haha. Padan muka. Aku angkat muka nak tengok reaksi dia macam mana.

Tapi dia dah takde. Aik, mana pulak dia pergi. Kepala pusing kiri kanan takde. Kemudian ada suara menyampuk dekat belakang aku. Hampir jatuh kerusi aku dibuatnya.

"Cari siapa? Seronok kenakan orang hah?" Sindir dia perlahan. Tapi aku tak berani nak pusing belakang takut orang syak apa-apa nanti. Aku buat tak perasan je kewujudan dia disitu.

"Kau tunggu aku kenakan kau balik ya little girl." Aku telan liur. Haa sudah dia nak buat apa dekat aku ni. Mampus aku. Umi... menyesal.

Kemudian dia beredar. Fuh baru boleh bernafas. Akhirnya semua orang jumpa kasut masing-masing dengan selamat. Takde lah aku ni jadi macam orang gila tunggu dekat belakang ni.

Beralih ke aktiviti yang seterusnya adalah Menara Belon. Rasanya semua orang dah boleh agak macam mana game dia kan? Senang je sapa buat menara belon paling tinggi dan stabil dia menang.

Senang je tengkorak hang. Susah jugak doo. Nak buat paling tinggi lagi lepas tu nak stabilkan lagi. Dahlah belon pun sikit je dia bagi eee.

Masa aku tengah khusyuk ikat belon. Masa tu jugak mamat photographer tu nak pedajalkan aku. Dia datang belakang aku senyap-senyap. Kemudian dia letopkan belon betul-betul dekat belakang aku.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now