B A B 1 3

2.5K 352 20
                                    

Lepas kem tu berakhir itu adalah kali terakhir aku jumpa Haikal. Entah kenapa aku rasa sedih lah jugak. Ye la bila ingat-ingat balik kenangan kami dekat hotel tu.

Aku tebalkan muka aku dan kuatkan iman untuk tanya abang aku pasal dia. Dan macam yang aku agak dia usik aku sampai naik merah muka aku. Aku rasa nak pergi tikam je dia.

Aku terpaksa tanya sebab aku risau something happen to him. Ye la dah tiba-tiba menyepi. Abang aku cakap dia tengah busy sekarang tengah uruskan apa entah. Tak paham.

Pejam celik pejam celik dah nak SPM dah aku. Lagi 2 minggu beb. Sebab tu sekarang ni aku lawa sikit je daripada Kak Limah. Kesibukan belajar buat aku lupa sekejap pasal Haikal.

Oh lupa! Korang ingat tak dulu yang pengetua pernah cakap nak buat kem yang macam haritu dekat hotel yang sama kan? Tapi... dibatalkan. Aku bukan main eksaited nak pergi. Mana tahu dapat jumpa Hakal eh. Tapi hm hampeh.

Jadi macam ni lah kehidupan aku. Hanya pikir pasal SPM je. Aku nak result gempak beb. Sesekali aku keluar belajar diluar untuk hilangkan stress. Macam harini.

Untuk kali yang keberapa entah aku jejakkan kaki ke Dee's Cafe. Sampai semua pekerja dah kenal aku hoho. Okey actually alasan belajar tu cuma alasan sampingan sahaja. Aku datang sini sebab.. yes. Aku nak jumpa dia.

Tapi aku tak pernah nampak dia walaupun dah berpuluh kali aku datang cafe ni. Agak pedih tapi tak mengapa. I is redho. So aku dah tak nak berharap.

Mungkin aku jer yang terlebih pikirkan dia. Dia entah ingat entah tak aku ni. Haha. Sedihnya camni. Betul la orang kata 'don't expect too much, because it's can hurt you so much' huhu.

Sedang aku ralit menjawab soalan Addmath, Kak Tiya datang bawak satu slice cheese cake. Terangkat kening aku. Sejak bila aku order ni. Memang lah favourite aku tapi aku tak pernah bagitahu Kak Tiya pun.

"Ada orang bagi ni... dan ni." Kak Tiya letakkan piring kek tu bersama... satu tangkai bunga ros? Lagi pelik aku dibuatnya. Agak-agak la wey, aku budak sekolah lagi kut ya pun ada orang nak mengurat.

"Sape bagi Kak Tiya?" Aku dongak pandang muka dia minta jawapan. Tapi dia cuma senyum.

"Your future husband maybe."

Kemudian muncul suara lain yang menyampuk dari belakang aku. Membuatkan aku terkedu. Sumpah aku tak sangka. Suara yang aku rindui selama ni. Suara yang aku tunggu selama ni. Oke jap over dah aku ni.

Aku terus pusing belakang. Dia tersenyum manis dekat aku. Ya Allah, I really miss those sweet smile. Cover Rissa cover. Jangan tunjuk sangat keterujaan kau tu.

Kak Tiya berlalu meningggalkan kami berdua. Kemudian dia berjalan dan duduk berhadapan dengan aku. Aku cuma pandang dia tak percaya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Rindu ke?" Dia senyum senget dekat aku.

"Eleh takde maknanya. Saya ingatkan awak dah pupus dari muka bumi ni." Aku buang pandang ke arah lain. Agak terasa hati bila aku je yang ingat dia. Dan konon-konon tak mengaku rindu.

"See. Kau cari aku. That's mean you miss me sweetheart. But don't worry... I miss you too. Damn much." Aku pandang muka dia tak percaya. Macam tu je dia cakap. Selamba gila. Tak malu ke. Aku pulak yang malu sekarang ni.

"Kenapa bagi ni dan ni?" Aku tunjuk cheese cake and bunga rose atas meja. Saja tukar topik. Mata dia turut pandang 2 benda diatas meja tu.

"This sebab kau nampak stress." Dia tolak piring cheese cake tu dekat dengan aku.

"And this... tanda mintak maaf." Dia hulurkan bunga rose tu dekat aku. Teragak-agak aku sambut.

"Minta maaf kenapa?"

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now