B A B 2 8

2.2K 255 16
                                    

;; actually nak update semalam tapi mcm lewat sngt so aku update hrini. kalau dah lupa boleh baca balik chapter sebelum ni huhu

"Oh my god..." Aku menekup mulut tak percaya.

Kaki terus berlari ke arah meja kecil yang berada di tepi katil. Laci di tarik dan sebuah buku nota dikeluarkan. Tangan laju menyelak helaian demi helaian muka surat sehingga terhenti di satu muka surat.

Sama! Sah tak perlu kata apa-apa!

"Macam mana dia tahu?" Aku kembali meneliti baju yang berada dalam kotak dengan lukisan yang berada di dalam buku nota aku.

Sebijik! Cuma di upgradekan sedikit jadi lebih kemas dan cantik. Sulaman manik nampak lebih details berbanding yang dalam buku. Ini baju yang aku lukis dulu. Konon-kononnya baju kawin lah kan. Zaman berhingus dulu tak berapa matang sikit otak huhu.

Cuma aku terkejut macam mana Haikal boleh tahu pasal benda ni? Dan paling penting bila dia tempah baju ni? Aku takleh tahan diri aku dari menjerit kegembiraan.

Ingin sahaja aku menelefon dia sekarang tapi aku takut menganggu dia yang tengah kerja. Lagipun malam ni jumpa jugak. Aku tak sabar nak ucapkan terima kasih dekat Haikal.

________

Aku menilik sekali lagi pantulan diri di cermin. Dress labuh yang separa kembang aku betul-betulkan. Warna favourite aku, navy blue. Dan ada sedikit bunga-bunga kecil berwarna merah di bahagian dada dan lengan.

Satu tali halus di pinggang aku ikat menjadi reben. Shawl satin berkilat yang turut berwarna navy blue aku kemaskan. Muka dimekap ringkas sekadar menaikkan seri muka. Tak perlu berlebihan nanti menyusahkan diri nak kena cuci balik.

Setelah memastikan segalanya sempurna, aku mengambil clutch bag dan heels 4 inci yang terdampar di atas katil sebelum melangkah turun ke tingkat bawah. Sebaik turun, sebuah kereta BMW X3 telah sampai di depan rumah aku.

Aku melangkah masuk setelah Arsyad, iaitu PA Haikal membukakan pintu kereta untuk aku. Haikal memberitahu aku bahawa dia akan tunggu di Hotel Del Cielo, hotel dia sendiri. Aku segera masuk sebelum kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

Arsyad ni aku tak kenal sangat. Pendiam orangnya. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, dia nampak rapat dengan Haikal. Dimana ada Haikal disitu ada Arsyad. Jangan risau aku tak jealous.

Kereta yang berhenti menghentikan segala monolog dalaman aku. Pintu kereta yang tiba-tiba terbuka mengejutkan aku. Satu tangan muncul sebelum aku mengangkat muka untuk melihat siapakah gerangan yang sudi membantu dinda.

Haikal! Terus berubah muka aku. Satu senyuman yang manis aku hadiahkan kepadanya. Tangannya yang menghulur sebagai bantuan, aku sambut dan keluar dari kereta.

"You looks stunning tonight! Really beautiful!" Dia mencium tangan aku sekali menyebabkan muka aku panas.

"Lebih-lebih lak abang ni." Aku berpura-pura marah padahal nak cover malu.

"When I tell you that you're beautiful, I don't just mean your appearance. I mean all of you, who and what you are, is beautiful."

As always he never fails to make me speechless. Aku hanya senyum membalas senyuman manis dia.

"Seronok dia puji orang. Dia tu tak perasan dia terlebih hensem malam ni." Aku kembali menyakat dia. Dia ketawa perlahan mendengar kata-kata aku.

" Well, I already know that." Dia berkata bangga sebelum tersenyum senget. Aku cuma membuat muka menyampah. Menyesal aku puji walaupun itu kemyataan.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now