B A B 1 8

2.7K 329 30
                                    

Aku tak percaya... betul ke ni bukan mimpi. Lagi sebulan aku akan kahwin. Betul ke? Kalau ni mimpi, adakah dikategorikan mimpi indah atau mimpi ngeri? Tolong kejutkan aku sorang!!

Perbualan aku dengan keluarga Haikal 2 hari lepas terngiang-ngiang di telinga.

"Rissa. Mama dengan Papa kalau boleh nak percepatkan perkahwinan ni sebab nanti kami kena pergi ke UK untuk uruskan hal dekat sana."

Bagitahu mama. Masa tu kami semua sedang minum petang di meja makan. Aku yang mendengar shock seminit. Tak tahu nak balas apa. Lepastu aku hanya angguk terpaksa. Kemudian pura-pura minum air sebab nak cover muka.

"Apa kata kita buat bulan depan nak?"

Uhuk!! Terus tersedak air yang aku minum. Nasib tak tersembur je. Kalau tak mandi free lah kau Haikal. Sapa suruh duduk depan aku.

Terbatuk-batuk aku menahan perit di tekak. Sampai merah muka. What the cushion? Bulan depan? Siyes la? Cepat sangat tu mama. Aku pandang muka mama tak percaya.

"Rissa okey tak? Jangan gelojoh minum tu. Arwah nanti dah tak boleh kawin." Amboi mama nak sangat aku mati awal ke apa?

"Okey mama. Tapi tak cepat sangat ke bulan depan tu?" Masih tak boleh terima. Nak bangkang depan-depan kang, aku tak berapa berani.

"Cepat tu memang lah cepat tapi nak buat macam mana lagi. Mama dengan papa kena pergi UK pulak lepastu. Entah bila pulak balik Malaysia. Sebab tu kena buat awal-awal."

Jelas mama lagi. Aku pulak cuba memerah otak cari alasan lain nak bangkang.

"Tapi sempat ke nak buat preparation tu semua? Bukan senang nak buat." Nasib jumpa idea. Nampak tak betapa tak mau nya aku kawin cepat.

"Itu Rissa jangan risau. Biar mama, papa, umi dengan abi Rissa je yang buat persiapan kahwin tu. Rissa hanya perlu sediakan diri Rissa je. Kami pun dah excited ni. Kan abang?" Bukan main mama siap tepuk lengan papa lagi.

Papa pulak angguk sekadar melayan.

"Awak tu apa je yang tak excited. Cuba cakap? Jangan layan sangat mama ni Rissa. Macam budak-budak je." Kutuk papa selamba. Sekarang aku dah tahu mana Haikal dapat perangai selamba dia tu. Kutuk orang tak pandang kiri kanan.

Masam muka mama. Dia siap hadiahkan sepit ketam lagi dekat tangan papa. Aku dengan Haikal tertawa kecil melihat gelagat mereka.

Ketukan dimuka pintu bilik aku menghentikan lamunan 2 hari lepas. Amirul Fahmi. Adik bongsu aku melangkah masuk bilik, bila aku mengizinkan.

"Akak.. Abang Haikal dah sampai." Bagitahu Fahmi. Aku dah boleh agak sebenarnya.

Harini kami merancang untuk pergi ke butik kawan mama untuk try baju pengantin. Lagi 3 minggu gais. Debar dia lain macam. Lebih daripada debar nak SPM.

Aku bangun betul-betulkan baju blouse yang tersarung di tubuh. Mata menilik cermin buat kali terakhir untuk pastikan tudung terbentuk elok. Perfect. Sling beg diambil dan disangkut dibahu.

"Jom turun, baby boy." Aku memaut bahu dia. Aku memang suka manjakan adik aku yang sorang ni. Sebab dia baik dengan aku HAHA. Maksudnya sentiasa menurut perintah kakak lah hoho.

Sampai je kat tangga paling bawah, aku dah nampak susuk tubuh Haikal yang tengah berbual dengan Umi dan Abi. Selepas bersalaman kami beriringan ke kereta.

Bila nak sampai dekat kereta, cepat-cepat dia melajukan langkah meninggalkan aku dekat belakang. Kenapa dia ni? Kena kejar dengan hantu ke?

Aku pusing belakang untuk tengok kalau-kalau ada hantu sungguh kejar dia. Aku pun nak lari sekali. Sebab nak pergi hempuk dia yang sanggup tinggal aku.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ