B A B 8

2.9K 400 83
                                    

Argh benci betul aku. Kenapa dia nak sambung balik hubungan kami masa aku dah tawar hati. Jujur aku cakap, walaupun hati aku masih tak dapat lupakan dia, tapi aku tetap tak dapat terima apa yang dia dah buat dekat aku.

Bila ingat balik rasa air mata bertakung. Rasa sangat kecewa, sedih, marah, benci, rasa nak bunuh orang pun ada. Cepat-cepat aku kesat air mata yang dah menitik takut ada orang nampak tak ke malu aku.

Baru je kaki aku nak melangkah ke dalam dewan tiba-tiba ada orang tarik tangan aku. Terkejut habis aku. Nasib tak keluar silat gayung.

Kepala aku terus terpusing kepada gerangan yang sesedak rasa je nak pegang tangan aku. Nampak Haikal dengan muka serius dia.

"Ikut aku." Tak sempat aku nak tanya apa apa dia dah heret tangan aku untuk ikut dia. Haih dia ni aku baling dengan kasut baru tahu. Nasib baik tempat dia pegang tu berlapik.

Mana pulak la Mr photographer ni nak bawak aku. Kaki kami melangkah ke arah satu lorong yang dihujungnya ada satu pintu. Haih takut pulak aku. Macam mana kalau dia nak apa-apa kan aku.

Tapi yang anehnya kaki aku tetap mengikut dia. Tak mungkin lah Haikal nak buat benda tak senonoh dekat aku kan? Think positive Rissa!

Buka je pintu aku terpegun. Wah! Bilik musik ke ni. Banyak gila alat musik. Semua ada. Piano pun ada. Ni yang eksaited ni. Haikal pandai main alat musik juga ke?

Tapi Haikal tidak berhenti di sini saja. Dia terus jalan kearah langsir dan terus menyelaknya ketepi. Cahaya matahari berlumba-lumba masuk menerangi bilik itu selepas Haikal buka pintu gelangsar.

Kaki aku automatic melangkah ke arah balkoni tersebut. Wow! Sumpah aku cakap view dari atas ni cantik gile. Sampai terbuka mulut aku sebab cantik sangat.

Dari atas sini aku dapat lihat jalan raya dan juga kenderaan yang kelihatan kecil je dekat bawah sana. Angin petang pun bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sesuai lah untuk melayan hati yang rawan dekat sini.

Haikal berjalan mendekati aku dan berdiri ditepi aku. Tak lah terlalu rapat dan juga tak terlalu jauh. Aku nampak dia pun melebarkan pandangan dia kearah langit yang biru.

"Kenapa awak bawak saya datang sini?" Tanya aku untuk dapatkan kepastian. Ya lah tiba tiba je dia heret aku.

"Aku nak kau rasa apa yang aku rasa bila datang sini." Balas dia selamba.

"Rasa apa?" Berkerut kening aku.

"Ketenangan. Bila hati aku tengah sedih, aku akan datang sini. Tempat ni je yang mampu buat aku lebih tenang." Dia alih pandangan dia kearah aku.

Tersentak aku dengar ayat dia. Adakah dia tahu yang hati aku tengah sakit tadi? Dia nampak ke? Macam mana dia tahu? Tapi aku cuma senyap dan alihkan pandangan aku.

"I'm really bad with words, but I'm good in reading eyes. So kau tak perlu nak sorok apa-apa dari aku. Kalau kau nak cerita dekat aku pun, aku sudi dengar. Remember, I'm a good listener."

Nampak mata dia betul-betul ikhlas. Aku mengeluh. Bukan aku tak nak cerita tapi aku takut kalau aku cerita nanti banjir pulak aku depan dia. Dahlah tadi banjir dah ni nak banjir pulak buat malu je.

"I hate getting flashbacks, from things I don't wanna remember." Balas aku.

"Sampai bila kau nak pendam sorang-sorang. At least lepas kau dah luah ni kau dah tak rasa terbeban. Sorang-sorang." Sempat aku dengar dia tekankan perkataan 'sorang-sorang' tu.

"Saya.. saya tak tahu nak mulakan dari mana. Apa kata awak tanya and saya akan jawab." cadang aku.

"Siapa dia tu tadi?" Dia? Siapa dia? Aiman ke?

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum