B A B 3 1

4.6K 304 61
                                    

10 december 2020
— dipersilakan saudara saudari meninggalkan komen anda mengenai buku ini di mb saya ye :3

Aku berjalan menyelusuri lorong menuju ke bilik yang berada di hujung sana. Kedudukan bilik itu agak tersorok. Mungkin kerana inginkan privasi.

Pintu diketuk dua kali sebelum perlahan daun pintu ditolak. Terpampang di hadapan aku satu meja kayu yang besar, beberapa rak buku yang tersusun rapi fail-fail pejabat dan satu set sofa di bahagian kiri bilik.

Bilik kerja Haikal.

Ini kali kedua aku melangkah ke sini. Maklum la tiada benda yang menarik dekat sini. Ini aku datang pun sebab aku terlalu bosan duduk sorang-sorang di tingkat atas.

Kedatangan aku menganggu konsentrasi Haikal yang tengah duduk di satu kerusi menghadap komputer riba dia. Dia mengangkat kening bertanya kedatangan aku ke bilik dia.

"No, saja je." Aku mengeleng-geleng kepala sambil tersengih. Dia kemudian mengangguk sebelum kembali menyambung kerjanya.

Haikal ni gila kerja betul. Hari ini hari Ahad kut. Cuti pun nak buat kerja. Dia tak tahu ke aku ni dah macam orang gila merayau-rayau akibat terlalu bosan.

Kalau ikutkan hati nak je aku keluar jalan-jalan tapi dah tahu Haikal ni macam mana. Lambat lagi dia izinkan kalau aku pergi sorang-sorang.

Habis tu nak tunggu dia ajak aku keluar memang kiamat dulu la. Tak habis dengan kerja dia. Nak ajak orang lain semua busy.

Aku melangkah menuju ke rak yang menempatkan pelbagai jenis fail dan juga buku. Satu buku di tarik keluar.

"Secrets of Building Multi-Million Dollar Businesses."

Heh! Haikal sangat. So boring... Takde ke buku Harry Potter ke novel-novel ke. Boleh aku baca.

Aku melangkah pula ke arah meja kerja Haikal. Kertas yang tersusun rapi aku belek-belek tanpa rasa berminat. Jam pasir yang berada di hujung meja aku balik-balikkan. Pen di dalam bekas aku ambil sebelum main buka tutup penutupnya.

Takde kerja kan? Haa macam tu la.

"What are you doing actually? Tell me, Rissa nak apa-apa ke?" Haikal seperti tahu aku yang kebosanan dan sengaja menganggu dia.

Dia dah pun berhenti menulis. Pen di tangan diletakkan di atas meja sebelum menatap muka aku.

"Abang banyak kerja lagi ke?" Ragu-ragu aku bertanya.

"Hm boleh lah. Kenape?"

"Takpe la. Sambung la kerja abang."

Aku menukar langkah ke arah satu almari kaca yang berada di tepi meja kerja tersebut. Beberapa bingkai gambar menarik perhatian aku. Sebelum ni aku tak pernah perasan mungkin kerana kedudukan dia yang terlindung dari pandangan aku.

Mata menatap satu persatu gambar di dalam almari tersebut. Gambar Mama, Papa dan Haikal bercuti di luar negara. Gambar family besar Haikal mungkin belah Papa sebab aku nampak muka ada yang iras-iras papa.

Mata aku terhenti pada satu bingkai. Berada di hujung sekali. Gambar yang terpampang membuatkan aku agak terkedu. Gambar... aku!

I didn't expect that. Gambar ketika di hotel tahun lepas. Semuanya candid. Bukan sekeping, malah berkeping-keping. Aku kembali menegakkan badan usai menilik semua gambar.

Sebaik aku berdiri tegak, aku agak terkejut melihat pantulan Haikal di dalam cermin kaca di hadapan aku. Bila masa dia berdiri dekat belakang aku pun tak perasan.

HEY MR PHOTOGRAPHER ©Where stories live. Discover now