Part 54 🍒

17.9K 336 35
                                    


Melaka.

"Papa! jom lah kita mandi sama ii!" ajak Firdaus menarik tangan kasar Eddy.Lelaki itu tersenyum melihat kecomelan si kecil itu manakala Nufa hanya memerhati gelagat anaknya dengan lelaki itu.Baru sahaja beberapa hari kenal dah rapat macam kenal bertahun tahun.Dia tak kisah pon asalkan anaknya gembira.

"Fir, jangan main jauh sangat..ikut papa" pesan Nufa dengan lembut.Rambut Firdaus dibelai kasih.

"Okey mama.." akur Firdaus.Eddy mendukung tubuh anak kecil itu menuju ke pantai.Nufa tersenyum melihat keakraban Eddy dan anaknya bermain air pantai itu.

"Kalau lah Abang dan Kakak masih hidup..mesti lengkap dan Firdaus pon mesti happy..." omelnya sendiri.Ya.Dia rindukan Abang dan kakak iparnya.Semoga tenang roh mereka diatas sana.Itu yg Nufa harapkan.

Sedang asyik dia mengelamun , datang seorang lelaki yg tidak dikenali menegur dirinya.Nufa menoleh memandang lelaki tersebut.Senyuman kekok dilontarkan.Lelaki itu hanya berdiri disebelahnya membuat Nufa tidak selesa.Eddy yg sedang bermain dengan Firdaus melihat ke arah gadis itu.Hairan dia pabila ada seorang lelaki disamping Nufa.

'Who the heck is he?..' bisik hatinya memerhati lelaki itu.Firdaus menarik tangan Eddy berjalan keluar dari air laut itu.

"Papa , siapa kat sebelah mama tu?" tanya Firdaus turut memandang lelaki yg tak dikenali mereka itu.Eddy tidak menjawab sebaliknya mendukung anak kecil itu berjalan kearah Nufa.

"Sayang~..jom makan..Fir dah merengek lapar tadi.." kata Eddy sambil mengenyit matanya kepada Nufa.Jelas gadis itu malu dengan panggilan Eddy kepadanya tadi.Lelaki yg berada disebelah gadis itu merengus dan berlalu pergi.

"Fir lapar?" tanya Nufa kepada anaknya.Firdaus mengangguk dia memang tengah lapar sekarang.Eddy hanya memerhati lelaki tadi berlalu meninggalkan mereka dan menuju kearah satu kumpulan lelaki.

"Huh! budak ii hingusan.." perlahan Eddy menutur.Menyampah melihat perangai sekumpulan lelaki yg tak semenggah itu.Membuat pertaruhan nak mengorat gadis ii yg berada di pantai ini.Childish.Stupid.

"Awak..makan.." ajak Nufa lembut sambil tangannya menghulur sepinggan mee goreng kepadanya.Eddy menyambut huluran itu lalu duduk bersama mereka.Seperti satu keluarga kecil.Eddy akui , dia amat menyukai suasana begini.

"Nufa.." panggil Eddy dengan suara garaunya.Nufa menoleh kearah lelaki itu.Keningnya terangkat melihat muka serius Eddy.

"Ye?.." sahut Nufa menyuap mee goreng ke mulut Firdaus.Eddy memejam mata seketika sebelum dibuka kembali.Menatap wajah gadis itu dengan serius.

"Aku nak kita kahwin."

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

9:32 p.m

Yalina sedang membaca novel kegemarannya di dalam bilik sementara menunggu kedua dua abangnya.Asyik sekali dia membaca dan sekali sekala dia tersenyum lalu ketawa.Novel yg dibacanya menghiburkan.

Tiba ii dia terdengar sesuatu di tingkat bawah.Yalina mengerut dahinya.Abang iinya sudah balik ke?.Gadis itu turun dari katil lalu memulas tombol pintu melangkah keluar dari bilik tidurnya.Tudung sarung sempat dipakai walaupon dia tahu yg hanya dia dan dua abangnya sahaja duduk di rumah.

Anak tangga dijejak.Kakinya melangkah menuruni anak tangga rumahnya.Yalina melihat ruang tamu namun tiada sesiapa.Dia hairan.

"Abang Qin?..Abang Zan?.." panggil Yalina tapi tiada sahutan.Sampai di anak tangga yg terakhir, Yalina melangkah kearah pintu utama lalu dibuka pintu itu.Dia melihat sekeliling.Kereta kedua abangnya tidak kelihatan.

Married To Mafia BossOnde as histórias ganham vida. Descobre agora