4 (guardian?)

491 50 11
                                    

Sowon mengayun-ayunkan buaian sendirinya dengan kadar perlahan. Dia berfikir, apa sebenarnya ni? Dengar degupan jantung? Apa selama ni pembunuh itu bukanlah manusia? Zombie? Monster? Jin?

Sowon : mwoji?

Sedang dia menyepak nyepak daun daun kering di kakinya kerana frust tak dapat berfikir, dia melihat Taeyong keluar dari laman rumah dan berjalan entah ke mana. Dengan tak tahu malu, dia bangun dan tanpa berfikir lanjut, dia mengekori Taeyong.

Dia mengekori sedikit jauh, nampaknya namja itu tak tahu dia sedang diekori. Disebabkan Taeyong terlalu pelik, jadi Sowon nak tahu banyak benda pasal namja itu.

Sowon : Lah hujung tu kan jalan mati? (Bisiknya sendiri, dari jauh lagi dah nampak situ jalan mati)

Tetapi Taeyong tetap berjalan dengan laju. Kemudian namja itu berhenti tiba tiba.

Taeyong : nak apa ikut aku?
Sowon : Eh? Kau tahu ke...
Taeyong : Suka hati kau lah.
Sowon : Boleh eh aku ikut?
Taeyong : hm.

Sowon melangkah kakinya mendekat tapi tiba tiba pinggangnya ditarik daripada belakang dengan kuat membuatkan badannya terundur dengan sendirinya.

Sowon : Eh Tae-

Yeoja ini menoleh ke depan. Taeyong yang tadi dia ekori itu, tiada. Ini ialah Taeyong yang sebenar, Taeyong yang menariknya agar tak ikut makhluk yang menyamar jadi dirinya itu.

Taeyong : Jangan buat benda macam ni sesuka hati.

Namja ini melepaskan pinggang Sowon yang tetap dirangkulnya tadi. Sowon terkejut, dia hampir sahaja ikut makhluk itu, dan mungkin sahaja dia boleh mati nanti. Mujur Taeyong datang.

Taeyong berlalu pergi, tapi dia sedar yang sowon masih berdiri beku disitu membuatkan dia berpatah balik dan menarik lengan yeoja itu ikut pergi bersamanya. Betul lah orang cakap, waktu matahari terbenam, langit bewarna oren kekuningan, macam macam benda jadi. Contoh, begini.

Macam situasi dimana dia dikejar anjing haritu, Taeyong menolaknya masuk ke halaman rumahnya dan menutup pagar rumah Sowon.

Taeyong : Jangan. Keluar.

Taeyong : Ingat, semua benda ialah palsu. Jangan mudah percaya.

Taeyong berlalu pergi, pulang ke rumahnya.

Sowon : tapi Taeyong kenapa kau selalu selamatkan aku? Macam mana kau tahu?

Sowon : Huft, baik aku masuk dalam sekarang. Gila kau Sowonnn. Makin lama makin teruk.

Selama ni aku tak pernah nampak hantu. Hijab aku terbuka? Jigeum? Kalau aku minta appa untuk pindah, memang tak akan terjadi. Kalau aku ceritakan semua ni, semestinya mereka tak percaya.

Sowon hanya bermain dengan makan malamnya membuatkan omma dan appa saling tatap, hairan denga sikap anaknya hari ini.

Omma : Sowon, waegurae? Makan lah. Penat omma masak tau.
Sowon : Ehm..
Appa : Kamu ada masalah ke?
Omma : Atau kamu penat bekerja? Kalau penat, tak perlu lah bekerja. Macamlah appa dan omma tak bagi duit untuk kamu.
Sowon : Ani omma, Sowon cuma pelik.
Omma : Pelik kenapa?
Sowon : Omma dengan appa tak--

Ucapannya tergantung selepas melihat bayang bayang unik lalu di tingkap dengan laju.

Omma dan appa menatap ke arah pandangan Sowon.

Appa : Kenapa ni?
Omma : Omma lebih pelik dengan kamu lagi sowon.
Sowon : Ani ani. Omma.. tak nampak? Omma dan appa malam malam tidur ada jadi apa apa?
Omma : eum, tak pula. Kenapa? Kamu mimpi buruk lagi ke?
Sowon : Ani ommaaa. Huft, tak ada apalah..

Neighbour [✔]Where stories live. Discover now