30 (married)

463 39 22
                                    

Hari demi hari, minggu demi minggu
berlalu..

Sowon : Tallyeo.

Appa hanya tersenyum melihat Sowon yang gementar. Namja disampingnya itu mengiring Sowon ke podium, tepatnya ke arah Dowoon dan paderi untuk melafazkan resmi nikah.

Tangan Sowon kini digenggam manis oleh Dowoon dan berdiri di sebelah namja itu

Appa : Semoga kamu berdua bahagia selamanya..
Dowoon : Gomawo appa.

Kesemua nampak serius, tersenyum, berdebar dan terharu. Ommalah insan yang paling bahagia saat ini, hingga dia menitiskan air mata bahagia. Mengingat, macam mana dia membesarkan Sowon yang kecil, hinggalah sekarang. Seronok melihat anaknya dah besar dengan baik hasil jagaan dia dan suaminya.

Omma Dowoon, ibu tunggal yang bekerja di New York sebagai fashion designer dengan semangatnya bergegas ke Korea. Malah, baju sepasang pengantin ini juga di reka khas darinya.

Rakan rakan guru dan anak murid turut hadir. Malah, Nayoung, Johyun, ahjumma Soo, Jhonny juga dijemput datang.
Sama seperti Taeyong dan Joshua tapi mereka tak menampakkan batang hidung pun

Selesai adegan adegan melafazkan kata rasmi dan skinship, aktiviti membaling bunga, kelopak bunga dan coklat diadakan dengan meriahnya di dewan yang disewa khas oleh Dowoon.

Pelbagai jenis makanan mengikut selera masing masing. Kalau tak suka makanan western, boleh makan makanan tradisi.

Team photographer, catering, juru acara dan team persembahan turut diupah bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Semua menikmati makanan masing masing termasuk dowoon dan sowon. Tapi mereka berdua hanya makan beberapa suap, saling menyuap, itupun untuk sesi potret buat kenangan masa hadapan.

Dowoon sedang sibuk berbual dengan rakannya dan Sowon berdiri menyapa tetamu.

Nayoung : Yow!
Sowon : Nayoung!
Nayoung : woahh yeouppudaaaa! Akkkk
Sowon : aigoo, make up tebal je ni
Nayoung : Eish, kau tak make up pun cantik.
Sowon : Ada ada je kau ni, mana tunang kau? Kata nak ajak dia sekali?
Nayoung : hm.. dah ajak, tapi dia ada penerbangan hari ini. Erm..
Sowon : ah~ gwencanha.. nanti free boleh keluar sama sama, double date? Haha
Nayoung : joha joha.
Sowon : Eh kau dah makan?
Nayoung : belom! Lapar nii
Sowon : Ha makan makan..
Nayoung : kau dah makan?
Sowon : aku nanti pun boleh. Lagipun, nanti makan banyak banyak. Tak muat baju ni
Nayoung : sembang lah kau.

Sowon ketawa kecil, Nayoung hanya senyum kemudian dia berlalu pergi untuk menjamu seleranya.

Sowon tersenyum melihat satu bulatan meja di hujung sana penuh dengan ahli keluarga Sowon dan Dowoon yang berborak ramah. Syukur family mereka sama sama bahagia di hari yang bermakna ini. Bukan senang nak cari keluarga mertua yang baik begitu.

Pinggang Sowon dirangkul membuatkan yeoja itu menoleh ke kanan dengan laju.

Dowoon : Tak penat ke?
Sowon : Ani, joha~
Dowoon : Jom saya kenalkan awak dengan kawan kawan saya.
Sowon : oh geurae, jom.

Baru nak pergi, nama mereka berdua dipanggil.

Sowon : Ah Taeyong.. nawasseo.
Taeyong : eum, maaf lambat, jalan sesak.
Dowoon : gwencanha, asalkan kau dah datang, itu dah cukup bagus.

Taeyong mengangguk pelan.

Taeyong : Chulkae~

Taeyong menyodorkan dua kotak hadiah buat mereka berdua.

Sowon : Gomawo~

Tiba tiba Taeyong memeluk Sowon erat. Yeoja itu semestinya tersentak seketika. Dia melihat Dowoon yang hanya tersenyum manis menanggapinya.

Neighbour [✔]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu