14 (He's back)

374 51 1
                                    

Sebaik sahaja Sowon membuka matanya, benda pertama yang dilihat ialah Taeyong. Namja itu duduk di kerusi sebelah katil dan merenungnya membuatkan Sowon berkedip berkali kali.

Sowon : ekhem.

Barulah Taeyong berkedip, mengelamun rupanya dia. Sekarang juga terlihat sudah siang.

Taeyong : Oh, kau dah bangun?
Sowon : Eum..
Taeyong : aku ada banyak benda nak tanya kau tapi kau mandi lepastu makanlah dulu.

Taeyong bangun dan mengambil tuala biru milik Sowon. Dia menyerahkan pada yeoja itu namun tiba tiba Sowon bereaksi terkejut macam Taeyong serahkan ular padanya. Padahal hanya tuala yang setiap hari dia guna.
Namja ini merenungnya hairan. Namun dengan serta merta Sowon merampas tuala itu dari tangan Taeyong.

Kakinya yang terlunjur di atas katil, dibawa turun menginjak lantai bilik.

Sowon bangun, Taeyong hanya melihat dan menunggunya masuk ke dalam bilik air kerana dia mahu membantu yeoja ini mengemas tempat tidurnya.
Elok Sowon dah menjauh dari katil, dia terus mengemasnya. Namun, dia menoleh ke kanan, melihat Sowon yang masih belum masuk ke dalam bilik air. Pelik.

Taeyong : Kaki kau kenapa?

Sowon menggeleng perlahan tanpa menatap Taeyong, dia masuk ke dalam bilik air dan menutup pintu rapat. Taeyong hairan melihat yeoja itu jalan tercapit-capit macam kaki sebelah kena langgar kereta.










.
.
.

Kerana Sowon tak kunjung turun makan, Ahjumma Soo yang pergi membawa makanan pada Sowon. Dia tahu Sowon kena culik semalam, diculik siapa dia taktahu kerana jin yang ambil alih tubuh taeyong semalam tidak memberitahu dengan detail. Dan harini Taeyong yang sebenar tidak ingat apa apa. Malah Sowon diam membisu.

Sowon mendongak melihat Ahjumma Soo melabuhkan punggungnya di atas katil sebelah Sowon.

Ahjumma Soo : Sowon okay?

Anggukan kecil diterima Ahjumma Soo membuatkan yeoja paruh baya itu tersenyum manis. Lega.

Ahjumma Soo : Ahjumma ada bawa kamu makanan, makanlah nae?, dan ni, ahjumma dapatkan kamu air akar kayu. Berkhasiat tau.
Sowon : Eum, gomawo.
Ahjumma Soo : Sowon nak ahjumma suap?
Sowon : Ani-ani, gwencanha.
Ahjumma Soo : geurae, ahjumma ada kerja dekat bawah, nanti dah siap makan Sowon letak ke sini.

Sowon hanya senyum sebagai balasan, ahjumma Soo menjauh.
Dia melihat makanan di atas ribanya ini tanpa selera

 Dia melihat makanan di atas ribanya ini tanpa selera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia memasukkan sesuap nasi ke dalam mulutnya. Jika bukan kerana jasa ahjumma soo dan mengingat bagaimana ahjumma soo melayaninya dengan sangat baik, dia tidak akan makan.

Taeyong masuk, terlebih dahulu dia ketuk pintunya agar Sowon tak terperanjat dia masuk tiba tiba. Malah, mana tahu yeoja itu sedang berganti pakaian atau semacam dengannya.

Neighbour [✔]Where stories live. Discover now