12 (sowon hilang)

395 51 4
                                    

Taeyong pulang dengan wajah mengantuk. Elok sahaja dah pukul 7 pagi. Dah siang.

Ahjumma Soo : Taeyong kemana dengan Sowon seharian?
Taeyong : Tak kemana.
Ahjumma Soo : Habis mana Sowonnya?

Ahjumma Soo nampak risau, dia takut peristiwa 3 tahun lalu berulang kembali dimana anak kecilnya dibunuh Taeyong kerana namja itu hilang kawalan. Dia takut kali ini Sowon yang jadi mangsa keadaan.

Taeyong : dia tak balik omma? Sepatutnya dia balik dulu dari Tae.
Ahjumma Soo : dari semalam dia keluar dengan kamu sampai harini dia belum balik..
Taeyong : Aish..

Flashback

Sowon berjalan dengan memeluk Meonji dengan santai. Lagipun ini dah di kawasan perumahan mereka jadi biarlah jalan slow slow pun, nanti sampai juga. Dah tak jauh.

Sebuah kereta bewarna merah berhenti di sebelah Sowon. Tingkap yang gelap itu tak mampu untuk Sowon melihat pemandunya. Namun, dia sendiri yang keluar lalu menghampiri Sowon

Sowon : Joshua?
Joshua : We need to talk.

Sowon mengangguk kecil. Tiba tiba Joshua spray sesuatu dengan pantas di dahi Sowon. Sekelip mata, yeoja itu pengsan dan jatuh ke tubuh Joshua. Namja itu membawanya masuk ke dalam kereta sedangkan Meonji dibiarkan di situ. Menyalak tanpa henti dengan kuatnya pada Joshua.

Kereta namja itu berlalu pergi dengan pantas.

Flashback end.

Sowon mengerjap matanya, keluhan yang perlahan terdengar. Kepalanya sedikit pening, penglihatannya yang kabur mulai jelas.

Dia berada di bilik bercat putih yang kosong. Hanya dirinya yang sedang terduduk di atas sofa di tengah tengah ruangan ini, diikat dengan tali tebal. Di atas penjuru bilik, terdapat CCTV yang sedang aktif merekod pergerakannya.

Sowon : aku kena culik ke?

Dia coba melepaskan diri tapi itu seperti membazir tenaganya sahaja. Pintu bilik dibuka. Susuk yang dia kenal sedang tersenyum lebar disitu sebelum dia melangkah mendekati Sowon.
Sowon hanya menatapnya tanpa perasaan. Tidak takut, tidak gembira, tidak menyampah, tidak juga benci.

 Tidak takut, tidak gembira, tidak menyampah, tidak juga benci

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Neighbour [✔]Where stories live. Discover now