15 ( hospital)

362 41 7
                                    

Sowon berjalan dengan tiada perasaan. Sepatutnya semalam dia disuruh hantar pesanan dari omma kepada Taeyong tetapi dia hanya terperap dalam bilik.

Dia perlu segera beri ini kerana barang yang dibeli omma dari Jepun merupakan makanan. Takut nanti cepat rosak.

Sowon mengetuk pintu rumah Ahjumma Soo. Ketuk berkali kali dan semakin kencang namun tiada sahutan dari dalam. Yeoja ini berjalan menghampiri tingkap. Di intainya disitu, tiada orang. Sunyi.
Dia mengeluh penat. Sia sia berjalan, tiada orang rupanya. Nak tinggal di sini, nanti sampai pada tuan dalam rupa lain pula.

Kakinya bergerak menjauh dari rumah ini dengan malas

_____

Mereka masuk di dalam gereja ini. Sunyi, maklum sahaja ini gereja lama, kecil yang dah tak ramai guna.

Taeyong : Akh-

Taeyong hampir jatuh, entah organ di dalam yang mana, tetapi dia rasa sangat sakit seperti ditusuk lembing.
Ahjumma Soo segera memapah anak kesayangannya. Dia rasa seperti tidak yakin sahaja. Dia takut dia kehilangan Taeyong..

"Bawa dia ke dalam" muncul seorang lelaki tua linkungan 70-an yang terluhat masih kuat dan bertenaga. Ahjumma soo tanpa perlu berfikir siapa namja itu, terus dia memapah Taeyong ke sana.

Taeyong duduk di atas kerusi dengan kulitnya sudah mengeluarkan peluh seperti baru sudah marathon.

Ahjumma Soo : Chogiyo, tuan yang nak rawat anak saya ke?
Ah Choi : Nae, saya Ah Choi, jauh merantau dari China.
Ahjumma Soo : Tolong ye tuan..

Ah Choi tersenyum ramah dan mengangguk. Ahjumma Soo mengundur beberapa langkah memberi ruang buat Ah Choi melakukan kerjanya. Ahjumma Soo menggenggam kedua tangannya, berdoa di dalam hati agar Taeyong tidak kenapa napa.

Baru Ah Choi ingin menyembur air suci pada Taeyong, namja itu mencegatnya.

Taeyong : sebelum tu, saya ada permintaan..
Ah Choi : Nae, apa permintaan mu?
Taeyong : To-tolong tanyakan pada dia.. si-siapa yang culik Sowon.. nae?

Ah Choi mengangguk mengerti.
Air suci di sembur tepat pada wajah Taeyong, sekelip mata namja itu pengsan.

Ah Choi : Hoi bangun.

Krap krap!
Daun daun kering entah daun apa, diikat sekali lalu diketuk ketuk di kepala dan kedua bahu Taeyong.
Namja itu membuka matanya. Kedua matanya hitam. Tiada bola mata bewarna putih. Kulitnya memucat dan mengeluarkan urat urat bewarna biru.
Tubuh Taeyong kini dikawal jin itu.

Ah Choi : Apa nama kau?

Ah Choi : AKU TANYA APA NAMA KAU?!
Charles : Char-charles!
Ah Choi : Dah berapa lama kau dalam badan dia?
Charles : Kira lah sendiri HAHA
Ah Choi : Jawab baik baik

Ah Choi menghalakan tangkai azimat di depan wajah Charles, tepatnya wajah Taeyong. Jin itu hanya ketawa, tidak takut. Maklum sahaja dia dah lama di badan Taeyong jadi dia tak merasakan apa apa setakat tangkai kecil itu.

Splash!
Ah Choi berubah menyembur air suci, barulah Charles meraung sakit.

Ah Choi : berapa lama?!
Charles : TIGA TAHUN LAH BODOH!

Charles : Sial punya orang tua. Kau tu nak mampus sibuk berjuang nak bunuh kaum aku! Kau sial!

Ah Choi hanya menghiraukan Charles dan sibuk menyapu minyak yang bukan minyak biasa pada kedua tangan Taeyong (Charles).

Neighbour [✔]Where stories live. Discover now