BAB 3 HERO PUJAAN HATI

241 12 0
                                    

      Jam sudah menunjukkan 6.30 petang Hanis bergegas menuju ke Honda City miliknya.Aimi yang lalu menegur Hanis."Hanis nak cepat pergi mana?"tanya Aimi."Takdelah nak pergi beli barang sikit "kata Hanis.Barang keperluan peribadinya dah habis jadi dia membuat keputusan pergi ke Watson ataupun Guardian.
      Kasyah berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah.Puan Safiyya ada berpesan untuk beli ubat Abahnya.Selalu yang membeli Aryan atau Umi.Tapi sebab keadaan dia yang kena membeli.
      Kasyah memasuki Guardian membelek ubat yang dicari.Ubat ditangannya dipegang belum sempat sampai di kaunter pembayaran dia dilanggar oleh satu tubuh sedikit rendah."Sorry Encik saya tak sengaja" kata Hanis sambil mengutip kotak ubat yang jatuh dan menghulurkan pada lelaki dihadapannya dengan menunduk."It's okay thanks"balas Kasyah.Hanis terus menutup mukanya malu ke bahagian belakang rak.
      Dari belakang Hanis melihat susuk tubuh lelaki yang dilanggar tadi mempunyai badan yang tegap sesuai dengan ketinggian."Hensem jenis type yang aku suka"katanya sambil tersengih. Kasyah membayar ubat yang dibeli sebelum keluar dari kedai.Hanis membelek produk muka kesukaannya Hada Labo Premium Whitening.
      "Semuanya RM 175.69 cik"kata adik juruwang.Hanis menepuk dahinya memang tak sah kalau tak habis banyak dekat kedai puaka macam ni.Hanis mengeluarkan not RM 200 dan membayar.

****
      Kasyah membawa pakaian dan makanan yang dibeli tadi kepada Uminya."Salam Umi ni ada baju dengan makanan sikit"kata Kasyah."Terima kasih Kasyah susahkan kamu je penat-penat datang hospital"kata Puan Safiyya."Takpe Umi lagipun Umi dengan Abah tanggungjawab Kasyah"katanya."Ialah kamu tak kerja ke esok"tanya Puan Safiyya.
      "Petang Umi.Dahlah Umi pergi mandi biar Kasyah tengok Abah"kata Kasyah."Yelah Umi pergi bersihkan diri"kata Puan Safiyya keluar dari wad.
      Hanis menyusun pinggan untuk makan malam bersama keluarganya.Lauk asam pedas daging tetel Puan Husna menarik hidung Hanis sejak balik dari sekolah.Badannya ditolak lembut oleh adik lelakinya."Hoi! tak sabar sangat tu"kata Qalaf."Kurang ajar betul kau kan"kata Hanis sambil mengejek adiknya.
      Encik Hisyam mencelah."Apa yang bergaduh depan rezeki ni tak baik "kata Ayah."Macam abang tak kenal anak-anak Abang ni ada je akalnya walaupun dah besar panjang"kata Puan Husna sambil menuang air ke dalam cawan."Ayah masa nilah ayah nak bising nanti kalau anak-anak Ayah dah kahwin Ayah gaduh dengan Ibu jelah kan"kata Hanis sambil tangannya mencedok nasi ke dalam pinggan."Betul tu Ayah lagipun gaduh-gaduh manja je dengan si sengal ni"kata Qalaf."Sudah-sudah baca doa Qalaf"kata Encik Hisyam.

******

       Kasyaf membuka lampu biliknya badannya terasa sangat letih kerana tidak berehat harini.Dia masuk ke bilik air membasuh kaki dan muka sebelum membaringkan diri diatas katil.Mesej masuk dalam telefonnya.Matanya terbuka luas melihat isi mesej tersebut."Reunion?"sepatah sahaja keluar dari mulutnya.
       Bekas ketua darjah tahun 88 memberitahu akan ada majlis reunion batch 89-93 diadakan dalam masa terdekat jadi semua akan berkumpul.Setahu Kasyaf dia hanya sempat sekolah di situ sampai tingkatan 3 sebelum berpindah ke Akademi Tentera Udara (ATU) ipoh.
       "What!! "Menjerit kecil Hanis.Apa yang dia tahu sekarang bagai mimpi indah.Dia menekup mukanya pada bantal dan menjerit."Jadi aku akan jumpa dengan senior favourite aku Kasyah selepas 15 tahun Wow"katanya sambil menampar pipinya.
       Kegembiraan itu turut dikongsi kepada sepupunya Aimi malangnya Aimi tak baca mesejnya.Jam menunjukkan pukul 11 malam   patutlah sepupunya itu tidak balas dah belayar jauh dalam alam mimpi.

******

      Hanis tersenyum memikirkan yang dia bakal berjumpa semula dengan senior favouritenya itu tak lama lagi.Tapi dia ingat lagi ke budak hingusan macam aku dulu?. Lagipun dulu aku tak pakai tudung?.Kasyaf berfikir patut ke dia tak perlu pergi bukan penting pun.
     

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now