BAB 25 HERO PUJAAN HATI

233 8 0
                                    

Majlis pernikahan kedua-dua pasangan berjalan lancar dan majlis resepsi di diadakan pada esoknya di dewan besar.Hanis membelek jarinya berinai merah dan tersarung cincin dengan sekali lafaz pagi tadi dia sah menjadi isteri Kasyah.Kasyah membuka pintu bilik isterinya."Assalamualaikum buat apa?"tanya Kasyah sambil duduk disebelah Hanis."Walaikumusalam Saya macam tak percaya dah jadi isteri awak"kata Hanis sambil menunjukkan cincin.Kasyah mengenggam tangan Hanis."Saya bersyukur sangat dapat kenal dan jatuh cinta isteri saya. Saya akan jaga awak sekiranya saya lalai akan tanggungjawab saya,saya nak awak tegur saya"kata Kasyah."Saya pun"kata Hanis pada Kasyah."Kalau camtu cium saya"kata Kasyah."Mana boleh"kata Hanis malu."Aik tadi abang cameraman suruh cium awak buat"kata Kasyah."Tadi saya buat demi sekeping gambar"kata Hanis.Kasyah menarik hidung Hanis.

*******
Setelah selesai menunaikan solat zohor,Kasyah membaringkan badannya."Awak tak nak makan?"tanya Hanis."Kejap lagilah kenyang lagi.Meh sini baring sebelah saya kita rehatkan badan"kata Kasyah sambil menepuk katil.Hanis malu-malu baring disebelah Kasyah."Awak kalau saya panggil awak abang boleh"tanya Hanis."Kenapa Abang kalau boleh panggil sayang?"tanya Kasyah."Sayang pastu awak nak panggil saya ayang camtu"kata Hanis."Boleh ayang"sebut Kasyah."Erm awak rasa..."kata-kata Hanis terberhenti bila dengar Kasyah senyap.Hanis menoleh melihat Kasyah dah lena sebab penat.Baru Hanis nak suruh buka baju melayu nikah tadi rupanya Kasyah dah buka diganti T-shirt hitam.Hanis memegang hidung Kasyah sambil menahan ketawa."Ya Allah kau jadikan rumah tangga ku ini sebagai rahmat yang penuh kasih sayang yang melimpah ruah"doa Hanis.Tangan dirangkul pada pinggang Kasyah dan dia turut merehatkan matanya.
         Aimi membawa air kepada Aryan yang sedang duduk merehatkan diri selepas melayan saudara-maranya yang tak putus datang."Nah ni saya buatkan air untuk awak"kata Aimi pada Aryan. "Terima kasih isteri abang"kata Aryan membahasakan dirinya "abang" pada Aimi."Sama-sama Abang sayang,penat layan tetamu"kata Aimi."Bolehlah sekali seumur hidup takpe saya tak kisah"kata Aryan."Oh esok lagi ramailah dekat dewan kan"kata Aimi."Tahu takpe lagipun esok ada vvip"kata Aryan pada Aimi.
         "Jom masuk kita rehat dekat dalam sejuk sikit luar panas lagipun tukar baju tu nanti kotor"kata Aimi."Sejuk kat dalam"nakal muka Aryan."Dah jom jangan nak mengada sangat muka tu"kata Aimi terus berlari masuk ke dalam rumah.

*********
       Kasyah tersedar dari lena. Hanis masih dalam dakapan Kasyah.Dia merenung wajah mulus isterinya buat pertama kali tanpa mekap pun masih cantik.Hidung di usik Kasyah membuatkan Hanis tersedar terus Kasyah melelapkan mata semula.Hanis bangun dan mengikat rambutnya.Baru Hanis mahu turun dia menjerit kecil kerana terkejut dengan rangkulan Kasyah."Ya Allah nasib tak kena pukul terkejut tau"kata Hanis.Kasyah gelak tengok respon Hanis."Nak pergi mana?"tanya Kasyah pada isterinya."Nak cuci muka lepastu nak keluar tengok ada apa nak buat"kata Hanis."Okay ayang pergi dulu Sayang pun nak pergi tolong Ayah cuci periuk belanga"kata Kasyah."Bagus suami ayang dah bangun"kata Hanis.
        

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now