BAB 5 HERO PUJAAN HATI

214 8 0
                                    

      Hari reunion yang dinanti sudah tiba, Kasyah mengenakan t-shirt putih dikenakan dengan blazer kelabu.Rambut disikat kemas dan perfume SG Men disembur.Semerbak haruman memenuhi ruang biliknya.Jam jenama Rolex di pakai dipergelangan tangan.
      "Okay rasanya tak perlu nak over sangat"katanya sambil membelek rambutnya lagi.
      Kasyah menuruni tangga terserempak dengan Abah dan Umi diruang tamu."Kasyah dah siap nak pergi"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah."Aha Abah gerak awal sikit kejap lagi sampai sana ngam-ngam magrib boleh terus solat "kata Kasyah."Betul tu kalau lepas magrib nanti takut sesak jalan"kata Puan Safiyya."Kasyah pergi dulu"katanya sebelum keluar.

****
      "Aduh kenapa aku nervous ni macam nak nikah padahal pergi reunion je"katanya sambil cuba menenangkan dirinya.Dia asyik membelek wajahnya pada cermin."Kak kalau cermin tu boleh bercakap dia dah halau kau tau "kata Qalaf yang bersandar pada pintu biliknya."Kau ni kan bukan nak bagi kata semangat lagi buat orang nervous"kata Hanis."Wei cepatlah kau suruh aku hantar tapi kau kat bilik lagi"kata Qalaf.Memang Hanis mengupahnya untuk menghantar dia dan Aimi sebab malas nak cari parking dekat hotel nanti."Yelah jom kang lupa pulak Aimi"katanya mengambil tas tangan.
      Puan Husna tercengang melihat anak daranya punya penampilan selalu Hanis hanya memakai mekap yang nipis malam ni lain."Amboi anak Ibu lawa malam ni jangan lupa pergi reunion cari calon suami mana tahu melekat sorang"kata Puan Husna.Hanis sudah tersedu dek kerana kata-kata Ibunya.Hanis hanya tersenyum.
      Dalam kereta Aimi asyik berbual dengan Qalaf tapi dia hanya diam saja kerana macam-macam perasaan bercampur baur rasa datang tanpa diundang."Hanis kau okay.Dari tadi diam je sakit ke"kata Aimi.Qalaf mengerling memandang kakaknya."Bukan Aimi dia ni nervous katanya sebab tu dia diam"kata Qalaf."Lah kau sendiri cakap tak sabar nak pergi reunion ni nak jumpa someone"kata Aimi."Memanglah tapi aku rasa macam nak membuang pun ada"kata Hanis."Kau ni kan tak senonoh betul lah tu cuma perasaan kau je"kata Aimi sambil menepuk bahu Hanis.

*****
       Selesai menunaikan solat magrib Kasyah berjalan ke arah lif lobby untuk ke tingkat 9 dewan majlis tersebut."Kasyah!"panggil seseorang dari arah belakang.Kasyah menoleh melihat lelaki yang memanggilnya tadi."Takkan tak ingat aku Eidlan ketua kadet remaja sekolah" lelaki itu memperkenalkan dirinya."Oh Eid Sorry aku tak cam sebab kau pakai spek mata"kata Kasyah sambil bersalaman dengan Eidlan ."Baru sampai ke?"tanya Eidlan."Awal tadi pergi magrib dekat surau hotel ni baru nak naik atas"katanya.
       Hanis membetulkan jalannya sebab susah sikit pakai kasut tumit tinggi ni dengan kain ketat nak melangkah bukan main susah."Hanis agak kau dah ramai belum"kata Aimi sambil tangannya membetulkan mekap."Entahlah yang kau ni tebal-tebal buat apa kau jangan lupa Aryan pulak"kata Hanis."Don't worry Darling Aryan still my number one"kata Aimi.Hanis tergelak dengan kelakuan Aimi.

*****
      Ballroom Kenanga sudah dipenuhi tetamu  Hanis mendaftarkan dirinya sebelum masuk ke dalam dewan."Jom Hanis kita cari tempat duduk"kata Aimi sambil memegang tangan sepupunya itu.Dalam cahaya lampu ballroom Hanis nampak setiap bekas pelajar sekolahnya dari setiap sudut tetapi matanya mencari seseorang yang sudah lama dicari."Hanis kita duduk sini"kata Aimi memilih tempat duduk di ruang tengah."Aimi kau ada nampak dia tak?"tanya Hanis."Aku rasa dia dekat..."kata-kata Aimi terhenti seketika sambil jarinya menunjuk ke arah sebelah Hanis.
      "Kau kenapa ni"kata Hanis sambil menepuk tangan Aimi."Kasyah duduk sini jelah"satu suara menyebut nama Kasyah membuatkan Hanis berpaling ke sebelah.Lelaki itu tenang duduk di sebelahnya."Oh my yai" kata Hanis.Hanis memandang Aimi dengan rasa seronoknya.Aimi menepuk bahunya supaya menjaga tatatertib.
      "Sekarang kau kerja apa lepas pindah sekolah tak dengar citer"kata Eidlan."Oh aku juruterbang TUDM dekat Pangkalan Udara Subang"kata Kasyah.Hanis yang berada disebelahnya menadah telinga."Oh pilot dah masyuk woi,Aku arkitek bina-bina bangunan"kata Eidlan.
      Hanis berfikir macamana dia nak tegur Kasyah ni."Hai Saya Hanis Qalesya "kata Hanis sambil menghulurkan tangannya pada Kasyah.Aimi yang tengok tepuk dahi betullah sepupunya tak pandai bab cintan cintun ni.Kasyah terkejut dengan teguran gadis disebelahnya."Hai saya Arfan Kasyah"katanya sambil menghulurkan tangan bersalaman."Awak ingat tak saya pernah tolong bancuh air sirap masa pertandingan kawad kaki dulu"kata Hanis.Kasyah terpinga dengan kata-kata yang terpacul keluar dari mulut gadis itu.Eidlan sudah tergelak.
      Aimi cepat menutup mulut Hanis sebelum macam-macam keluar."Sorry Kasyah sebab dia ni peramah terlebih jadi jangan kisah sangat apa yang dia cakap okay"kata Aimi pada Kasyah.
    
******

Kasyah hanya menangguk sebelum menyambung bercakap dengan Eidlan."Kau ni apa pergi cerita pasal bancuh air"kata Aimi."Habis aku nak cakap apa"kata Hanis sambil berbisik pada Aimi."Kau cakaplah lama tak jumpa pastu kau tanyalah dia dah kahwin ke ni kau terjah dia dengan bancuh air"kata Aimi."Masalah dia tengah borak dengan budak Eidlan tu"kata Hanis pada Aimi."Takpe kejap lagi dia sorang kau masuk daun borak dengan dia dan sekarang kita makan dulu"kata Aimi menasihatinya.
      

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now