BAB 19 HERO PUJAAN HATI

213 6 0
                                    

Pagi lagi Kasyah berdiri di depan rumah Hanis.Dia bersandar pada kereta sementara menunggu Hanis keluar.Bukan keluarga Hanis tidak menjemputnya masuk tapi dia hanya mahu berjumpa Hanis sekejap. Hanis hanya menyarungkan selendang biasa.

         "Assalamualaikum bila awak balik?"kata Hanis sambil memandang Kasyah."Walaikumusalam perli saya ke?"kata Kasyah sambil memeluk tubuh.Hanis hanya diam sahaja."Awak ada apa-apa cakap dengan saya sekarang saya dengar semuanya"kata Kasyah."Saya nak tahu status kita macam mana "kata Hanis."Bukan ni yang awak nak kahwin dengan saya.Awak sendiri cakap sanggup buat apa saja untuk dekat dengan saya"kata Kasyah dengan nada serius.
          "Tapi bukan ni saya mahu,saya dah buat keputusan nak  batalkan perkahwinan ni kalau awak tak sedia saya terima dengan hati terbuka sebab saya tak nak hancurkan masa depan awak"kata Hanis dengan nada bergetar.
          Kasyah hanya diam saja seketika."Aku tahu aku bukan macam Aryan boleh beri apa yang kau nak tapi kalau tu keputusan kau nak buat macamana"kata Kasyah membahasakan 'Aku' dan 'Kau'.Hanis tidak dapat menahan airmatanya."Awak jangan risau kalau Umi tanya saya akan jawab"kata Hanis terus masuk ke dalam rumah sambil mengelap airmatanya.Kasyah mengeluh depan rumah Hanis.
          Hanis menutup pintu biliknya.Mulutnya ditutup takut ada yang mendengar dia menangis.Kecewanya hatinya dengan Kasyah.Cincin di jari cuba di cabut tapi dia masih cintakan Kasyah lagi.Kasyah meninggalkan rumah Hanis.Sepasang mata memerhati setiap adegan di depan rumah Hanis.Dia kena bertindak untuk membalas dendam sebelum polis mencarinya.
        
******
      Hanis memeriksa matanya risau kalau Ibunya tanya nanti."Kau kena start fresh Hanis dapatkan balik senyuman kau, positive vibe kau"kata Hanis.Hanis berjanji dengan Aimi nak ajak dia keluar harini.Tudung diperiksa untuk kali terakhir.Tapi hatinya tak berasa sedap dari bangun tidur tapi dia tak tahu mungkin perasaan saja."Hanis nak keluar dengan Aimi pergi mana? "tanya Puan Husna."Erm...tak tahu lagi sebab tak plan"kata Hanis."Bawa kereta elok-elok"kata Puan Husna.Hanis bersalaman dengan ibunya dan memeluk ibunya.
      "Abang mana tidur lagi?"tanya Mejar Jeneral Mohd Talhah."Ye kot letih belum hilang"kata Aryan.Bukan dia tak tahu Abangya pergi rumah Hanis semalam balik-balik terus senyap nak bercakap dengannya pun tak."Umi nak ajak Aimi dengan Hanis fitting baju esok"kata Puan Safiyya."Ok Umi nanti Aryan bagitahu"kata Aryan sambil menyuap roti ke dalam mulutnya.
      Hanis memandu ke rumah Aimi tiba-tiba keretanya berhenti di tepi jalan."Alamak apa masalah pulak"kata Hanis membuka pintu keluar dari keretanya.Dia membelek tayar semua dalam keadaan baik."Minyak habis ke? "tanya Hanis sambil memeriksa meter minyak."Ada saja"kata Hanis.Baru dia nak menoleh kepalanya diketuk dengan objek keras yang membuatnya jatuh ke jalan.Senyuman bahagia terukir dibibirnya.Hanis dibawa masuk ke dalam keretanya.Minyak tanah disimbah pada kereta Hanis sebelum api dihidupkan dan dicampak menyebabkan kereta Hanis terbakar.

*******
             Aimi berlegar dihadapan rumah dah lebih satu jam sedangkan rumahnya dekat saja."Mana Hanis ni call tak jawab"kata Aimi.Aimi mendail nombor Puan Husna."Hello Mak Ngah Hanis belum gerak lagi ke? "tanya Aimi sambil mengipas mukanya."Aimi Hanis dah keluar satu Jam tadi takkan tak sampai"kata Puan Husna."Benar ke ni Mak Ngah.Kalau dah keluar mesti dah sampai ni"kata Aimi."Cuba kamu periksa dekat kawasan kamu mana tahu kereta rosak ke? "tanya Puan Husna."Oklah Mak Ngah saya pergi tengok kejap"kata Aimi.Kunci kereta dicapai cepat Aimi gerak risau dengan keadaan Hanis."kenapa aku rasa macam ni? "tanya Puan Husna.
             Aimi memandu sekitar kawasan perumahannya ternampak orang berkerumun memenuhi bahu jalan raya dengan bomba memadamkan api.Matanya sekilas memandang nombor plat kereta tersebut."Hanis...."satu perkataan saja keluar dari mulutnya terus kereta diberhentikan.
             Dia berlari ke arah orang ramai melihat kereta hangus terbakar."Encik tolong ni kereta sepupu saya,sepupu saya mana?"tanya Aimi pada anggota bomba."Sabar cik kami tengah padamkan api kami tak jumpa apa-apa lagi"kata anggota bomba tersebut."Ya Allah Hanis kenapa"Aimi hampir pitam dia cuma fikirkan Hanis sekarang.
             Mengigil tangannya mendail nombor Aryan.Aryan yang sedang memberi ikan makan tersenyum dengan panggilan Aimi."Hello awak rindu saya ke? "tanya Aryan."Awak....tolong saya...."suaranya tersekat kerana cuba menahan tangis.Aryan terkejut dengar Aimi menangis terus dia tinggalkan bekas makanan ikan atas meja."Aimi kenapa ni cuba cerita perlahan-lahan"kata Aryan.Aimi menceritakan segalanya pada Aryan.Aryan menutup mulutnya."Sabar Aimi call Ibu Ayah Hanis saya ke sana sekarang"kata Aryan terus berlari masuk rumah.
             Kasyah yang terserempak dengan Aryan cuba mengelak."Abang kejap terpulang abang nak dengar atau tak.Aimi bagitahu Aryan kereta Hanis terbakar dan sekarang tak tahu Hanis ada atau tidak dalam kereta.Kasyah mencekak kolar baju Aryan."Kau cakap dengan Aku dekat mana dia sekarang "kata Kasyah.

******
         "Encik kenal owner kereta ni? "tanya anggota bomba."Ye sepupu saya"beritahu Aimi."Kami tak jumpa mayat dalam kereta yang terbakar nampaknya ni akan jadi kes polis"kata Anggota bomba.Kasyah berlari ke arah Aimi."Aimi mama Hanis?"tanya Kasyah yang mula risau."Hanis tak ada dalam kereta,punca kebakaran sebab minyak tanah"kata Aimi."Awak dengan Hanis nak pergi mana? "tanya Aryan."Hanis ajak saya pergi mall tapi saya dah tunggu sejam tapi dia tak sampai itu saya cari bila sampai nampak kereta dia hangus"kata Aimi pada Aryan.
        Semua berkumpul di rumah Hanis. Puan Husna dah meraung memikirkan nasib anak perempuannya yang hilang sambil dipujuk Puan Safiyya yang turut bersedih.Mengikut siasatan polis kes khianat dan culik kalau mengikut dari segi kebakaran.Rasa bersalah menebal dalam hati Kasyah."Kita kena cari dia"kata Kasyah."Sabar biar polis buat kerja diaorang"kata Aryan pada abangnya."Ni semua salah aku kalau aku tak ego semua takkan jadi"kata Kasyah meraup wajahnya."Istighfar banyak-banyak kita semua risaukan keselamatan dia"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah.
        "Takpe kalau abang nak cari Hanis,Aryan boleh tolong"kata Aryan.Kasyah memandang Aryan.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now