BAB 6 HERO PUJAAN HATI

198 8 0
                                    

   Hanis meninggalkan Aimi yang masih melantak dalam ballroom.Dia berjalan dihadapan ballroom terdapat pintu untuk ke bahagian luar sambil memerhati sekeliling.Matanya terpandang ke arah kerusi didepan pintu kelibat Kasyah sedang minum sambil memandang ke arah suasana luar.Hanis berjalan ke arah Kasyah."Hai jumpa lagi kita "kata Hanis.Kasyah membetulkan kedudukannya."Mungkin awak pelik kenapa saya dari tadi tegur awak sebenarnya saya kawan baik dengan adik awak Aryan Kasyaf"kata Hanis."Oh yeke Aryan tak dapat datang sebab kerja"kata Kasyah sambil memandang arah lain.
   "Saya sebenarnya...suka awak"kata-kata itu akhirnya keluar dari mulut Hanis setelah lama diperam.Kasyah yang sedang minum tersembur."Apa awak mengarut apa ni"kata Kasyah sambil terbatuk-batuk.Hanis menghulurkan sapu tangannya pada Kasyah."Sorry sangat saya dah lama peram perkataan tu"katanya.Kasyah mengelap tangannya sebelum melekit dek air manis.Kasyah terus bangun dari kerusi.
   Hanis serba salah dibuatnya."Kasyah tunggu saya belum habis lagi"kata Hanis.Langkah Kasyah terhenti seketika."Saya tahu awak terkejut dengan pengakuan saya tapi saya ikhlas betul-betul suka dekat awak"kata Hanis.Kasyah berpaling menghadap Hanis.

******
     "Better you cari orang lain jangan bazir masa untuk orang macam saya"kata Kasyah sebelum berlalu pergi.Hanis rasa pedih sangat dengan kata-kata Kasyah tapi dia nekad akan tetap usaha dapatkan Kasyah.Angin di atas bangunan memedihkan mata Hanis.
     Kasyah bergegas berjalan ke bilik air membasuh tangannya dan sapu tangan."Ni kan"katanya sambil mengeluh kerana dia terbawa sapu tangan Hanis."Aimi jom kita balik bosanlah dekat sini"kata Hanis."Cop tapi awal lagi kau pun belum call Qalaf kan"kata Aimi."Takpelah kita naik Grab je aku bayar"kata Hanis."Okay jom"kata Aimi sambil ditarik oleh Hanis.
     Kasyah yang masuk semula untuk memulangkan sapu tangan Hanis tapi kelibat gadis itu sudah tiada."Kasar sangat ke aku"kata Kasyah dalam hati.
     "Hanis kau rasa Kasyah tu ada rupa siapa"kata Aimi."Erm aku rasa muka Kasyah macam watak villain Jerome dalam drama korea Vagabond tu cuma dia takde parut kat muka"kata Hanis."Oh ye betul"kata Aimi.Walaupun malam reunion ni tak seindah yang diharapkan tapi dapat mendengar suara yang 15 tahun tak dengar itu pun dah mengembirakan Hanis.Malam ni tidur lena diulit mimpi nampaknya.

*****
    Kasyah mencari keliling lobby kelibat Hanis."Aduh mana pulak dia ni tadi bukan main nak try aku sekarang hilang dah"kata Kasyah sambil mengaru belakang kepalanya.Kasyah memandang sapu tangan ditangannya."Nantilah tanya Aryan pasal kawan dia yang pelik ni"kata Kasyah dalam hatinya.
    Lemah longlai kaki Hanis masuk dalam rumah.Qalaf yang sedang menonton rancangan hiburan Running Man terkejut kakaknya balik awal."Kak awalnya tak call suruh ambil,balik naik apa? "tanya Qalaf."Grab malaslah duduk lama-lama"kata Hanis.Qalaf membetulkan badannya."Kak apa jadi tadi, best tak?"tanya Qalaf.Hanis mencebik mukanya memandang Qalaf."Arghhhh... Kenapa kau tanya?"katanya sambil menangis tiba-tiba."Okay tak ni dah pergi masuk bilik nak melalak kat sini pulak bising tau"kata Qalaf.Hanis terus beredar dari situ.
    Rambutnya dikeringkan terlebih dahulu takut basah bantalnya nanti.Baju yang dipakai tadi dimasukkan dalam bakul.Poket seluar diperiksa terdapat sapu tangan gadis bernama Hanis Qalesya."Kenapa dia berani sangat confess macam tu.Betullah perempuan zaman sekarang sanggup buat apa saja nak dapatkan seseorang"mengomel Kasyah sendiri.Kasyah pelik dia tak pernah kenal pun Hanis Qalesya tu atau dia yang memang tak hairan dengan budak umur bawah dari dia.

*****
   Matanya tak dapat lelap sekejap dia ke kiri sekejap ke kanan."Aduh kau dah kenapa Kasyah besok ada meeting pagi-pagi jangan buat hal lah"katanya sambil menepuk dahinya.
   Hanis tak dapat lelapkan matanya jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.Matanya masih segar lagi."Apa plan aku patut laksanakan untuk tarik perhatian dia.Takkan aku nak terjah macam tadi"kata Hanis sambil otaknya ligat memikirkan rancangan baru.Hanis tersenyum sorang-sorang"Kenapa aku tak guna Aryan bila dia balik sini so aku ada peluang untuk jumpa Arfan Kasyah again"katanya sambil tersenyum.
      "Arfan Kasyah awak tunggu je biar saya pikat hati awak"

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now