BAB 14 HERO PUJAAN HATI

190 5 0
                                    

      Pagi lagi Kasyah dah sampai rumah Hanis.Encik Hisyam menjemput Kasyah untuk bersarapan dengan keluarganya."Duduk Kasyah kita sarapan kalau nak tunggu Hanis memang lapar sebab dia jarang makan pagi"kata Encik Hisyam."Wah banyak Makcik masak untuk sarapan pagi"kata Kasyah yang melihat meja penuh dengan nasi lemak,kuih koci lempeng cicah sardin.
      "Biasa saja"kata Puan Husna."Ibu ni memang macam tu lagi-lagi kalau dia tahu orang nak datang"kata Encik Hisyam.Qalaf yang turun melihat bakal abang ipar yang digempar gempurkan oleh keluarganya sedang duduk di meja makan.
       "Selamat pagi ni ke tunang express kak Hanis"kata Qalaf pada Kasyah."Ishh...kamu ni, Kasyah ni adik Hanis Aisyraf Qalaf tapi panggil Qalaf"kata Puan Husna.Kasyah bersalaman dengan Qalaf."Kakak mana? "tanya Encik Hisyam."Biasalah Ayah macam tak kenal"kata Qalaf."Hanis cepat sikit!!" jerit Puan Husna.Kasyah tak sangka keluarga bakal mentuanya riuh walaupun empat orang je.
       Hanis mencucuk pin pada tudungnya."Okey kemas cun senyum sikit"kata Hanis.Ini merupakan kali pertama dia akan keluar sebagai tunang orang dengan tunangnya. Kasyah mengunyah kuih koci nasib tak tercekik sebab terpesona tengok Hanis turun tangga.
       Air mukanya disorok supaya Hanis tak nampak."Kamu ni siap berapa lama, Kasyah tunggu dah sarapan"kata Puan Husna."Abang Kasyah nak bawa Kak Hanis pergi mana?"tanya Qalaf."Tak payah nak menyibuk"kata Hanis sambil menuang air teh ke dalam cawannya. Kasyah hanya tersenyum.

******
       Dalam kereta Hanis hanya diam je rasa segan muncul sejak tunang ni kalau tak dulu dia akan tibai saja bercakap.Kasyah memandu dengan tenang sambil itu ada juga dia melirik memandang Hanis."Kenapa awak diam selalu bukan main becok mulut ada je benda nak cakap"kata Kasyah pada Hanis.Hanis memandang sekilas pada Kasyah.
       "Entahlah rasa segan pulak nak borak dengan awak"kata Hanis."Nak segan apa selalu belum saya cakap macam-macam awak dah tembak"kata Kasyah."Erm..kita nak pergi mana? "tanya Hanis.Kasyah memandang Hanis dalam-dalam.
       "Awak sendiri kata nak berkenalan dengan tunang awak jadi saya nak bawa pergi macam-macam tempat harini,jadi awak boleh ceritakan apa saja pada saya tentang diri awak"kata Kasyah."Okey kira ni first date kitalah kan"kata Hanis."Depends on you dear"kata Kasyah.
       Merah muka Hanis bila Kasyah memanggilnya sayang.Hanis memandang ke arah luar dan tersenyum.

          Aryan bangun lambat pagi kerana kepenatan matanya melilau mencari kelibat Abangnya."Kamu cari apa?"tanya Puan Safiyya pada anaknya."Cari Abang dari tadi tak nampak tidur lagi ke?"tanya Aryan."Mana ada Abang kamu pagi lagi dah keluar katanya nak bawa Hanis keluar"kata Puan Safiyya.
        "Oh yeke patutlah"katanya."Dah pergi mandi Umi ingat nak bincang sikit pasal pertunangan dan majlis nikah kamu dengan Aimi"kata Puan Safiyya."Oklah Aryan mandi dulu"kata Aryan sambil mencium pipi Puan Safiyya."Erm bertuah punya budak"kata Puan Safiyya.

*******
Kasyah duduk menghadap Hanis sambil menyuap aiskrim dalam mulutnya.Hanis membelek wajah Kasyah."Kenapa comot ke? "tanya Kasyah pada Hanis.
              "Taklah nampak comel je.Oh ye tadi awak cakap nak kenal dengan saya jadi saya nak mula dari mana?"tanya Hanis."Tak kisah dari sekolah pun boleh macamana awak boleh kenal saya"kata Kasyah.
        "Okey macam ni saya kenal awal setiap kali saya nampak awak main bola pastu awak berlatih kawad kaki masa badan beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS).Sejak tu apa saja berkaitan dengan awak saya akan turut ada walaupun peranan saya kecil saja"cerita Hanis pada Kasyah.
        "Contoh peranan awak apa?"tanya Kasyah."Macam bancuh air masa hari sukan lepastu susun kon masa latihan bola sepak tapi kenapa saya sanggup sebab saya akan buat apa saja untuk dekat dengan awak walaupun awak tak perasan"cerita Hanis sambil tersenyum.
        "Nampak awak obses sangat dengan saya.Tapi saya pernah tengok awak masa sekolah"kata Kasyah.Hanis menggelengkan kepala."Awak ramai peminat jadi susahlah awak nak tegur especially budak perempuan right? "kata Hanis.Kasyah menangguk tanda betul.
        Hanis menghabiskan aiskrimnya."Okey aiskrim saya dah habis jom sambung jalan saya ingat nak pergi kedai buku"kata Hanis pada Kasyah.Kasyah bangun dan mengambil cawan aiskrim ditangan Hanis dan dibuangkan bekasnya.Kasyah mengikut langkah Kasyah.

******
      Sepasang mata memerhati dari jauh kegembiraan dua insan yang berdarah manis.Sakit matanya dan hati melihat senyuman dari muka mereka.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now