BAB 20 HERO PUJAN HATI

252 5 0
                                    

          Hanis tersedar bila terbau asap.Sakit di kepalanya tak tahu kenapa.Dalam samar dia nampak susuk seorang lelaki berbaju hitam berjalan ke arahnya.Dia cuba melepaskan tangan tapi terikat pada kerusi."Sakit ke?"tanya lelaki tersebut sambil menghunuskan pisau ke arah perutnya."Siapa kau kenapa kau buat aku macam ni? tanya Hanis."Takkan kau tak tahu aku buat macam ni sebab hidup aku dah hancur"kata lelaki bertopeng itu."Lepaskan aku keluarga aku risaukan aku.Apa yang kau dapat dengan culik aku"kata Hanis merayu.
          Dari semalam Kasyah tak tidur fikirannya hanya memikirkan keadaan Hanis."Ya Allah mana Hanis?"tanya Kasyah sambil cuba mencari jejak terakhir tunangnya.Aryan melihat keadaan abangnya."Aryan rasa benda ni macam dah dirancang lama"kata Aryan."Maksud kau apa dia?.Hanis ada musuh macamtu"kata Kasyah."Mungkin takkan Hanis tak cerita apa dengan Abang"kata Aryan."Salah aku juga sebab selamanya tak ambil peduli tentang dia,sakit ke sihat ke"kata Kasyah.
          "Tahu sebab kau ada segalanya aku hilang semuanya disebabkan kau"kata lelaki tersebut membuka topeng mukanya.Hanis terkejut dengan apa yang dia nampak."Cikgu Shahidan? "tanya Hanis."Yes aku orang yang kau tolak mentah-mentah sebab nak kejar mamat yang tak tahu nak jaga kau tu"kata Shahidan."Kau memang mental kan"kata Hanis. Shahidan menampar muka Hanis."Aku mental tapi Aku lebih baik dari dia"kata Shahidan.Hanis merasa ada darah mengalir di hujung bibirnya.
          Kasyah mengumpulkan beberapa kenalan lamanya termasuk Eidlan untuk membantunya.Aryan menerangkan segalanya dan memberi gambar Hanis bagi rujukan."Sekarang semua dah jelas kita akan bantu pihak polis untuk cari tunang abang saya"kata Aryan."Terima kasih semua sebab sudi tolong Aku"kata Kasyah."Don't worry bro kita semua kawan kau.Macam tu kitaorang gerak dulu"kata Eidlan.
          "Kau dah pergi kedai hardware area pekan dan bandar?"tanya Kasyah."Dah mengikut maklumat ada seorang lelaki beli minyak tanah pada waktu pagi sebelum kejadian kereta Hanis terbakar.Bila tanya dia nak bakar rumput"cerita Aryan."Rupa dia macamana?"tanya Kasyah."Lelaki tu kusut macam tak terurus"kata Aryan.Telefon bimbit Kasyah berbunyi tertera nama Aimi."Aimi call Abang"cakap Kasyah.

******
      Berlari Kasyah dan Aryan masuk ke balai polis."Aimi ada jumpa apa-apa tak?"tanya Kasyah."CCTV jalan yang Hanis tu jumpa sebuah kereta kancil warna hitam dan polis percaya Hanis dah diekori dari rumah lagi"kata Aimi sambil menunjukkan rakaman CCTV ."Kancil hitam!! kejap tak silap Abang Hanis pernah nak kena langgar dengan kereta sama masa keluar dengan abang "kata Kasyah pada Aryan dan Aimi.
      Aimi membesarkan rakaman pada kereta tersebut."Cikgu Shahidan? "kata Aimi sambil menunjukkan tangannya pada skrin.Kasyah memandang ke skrin."Cikgu Shahidan siapa?"tanya Aryan."Dia ada menaruh hati Hanis tapi dia dah kahwin"kata Kasyah."Ya Allah takkan dia culik Hanis sebab dia kena buang kerja plus isteri dia minta cerai sebab dia pukul isteri dia teruk"kata Aimi.Kasyah dah mengepal penumbuk."Kita bagitahu polis suruh serbu rumah dia "kata Aryan.Aimi dan Kasyah bersetuju.
      "Aku nak bawa kau lari dengan aku,kita pergi jauh dari semua orang yang kacau hidup aku"kata Shahidan."Saya takkan ikut awak pergi mana pun"kata Hanis sambil menangis mengenang ibu ,ayah,Qalaf dan Kasyah.Adakah Kasyah ambil peduli dengan kehilangannya atau mengendahkan.
      "Jangan nangis sayang aku akan bahagiakan kau macamana aku bahagiakan isteri aku dulu"kata Shahidan.

******
Polis menyerbu rumah Shahidan tetapi tidak menemui Hanis.Tapi benda yang mengejutkan adalah penemuan banyak gambar Hanis."Dia dah lama ikut Hanis?"tanya Kasyah sambil mencabut gambar pada dinding rumah tersebut."Nampaknya suspek dah larikan diri"kata pegawai polis.Hanis membuka matanya memandang  Shahidan yang tidur diatas kerusi.Telinganya mendengar deruman ombak."Aku dekat mana ni?"tanya Hanis dengan cuba membuka tali di tangannya.Tali berjaya dibuka,Hanis berjalan perlahan-lahan untuk mencari jalan keluar tapi baru dia melangkah keluar dia dijerut dengan tali dari arah belakang."Kalau kau nak mati tunggu aku kahwin dengan kau"bisik Shahidan pada telinga Hanis.Hanis cuba untuk berlawan tapi dia tak kuat sebelum rebah buat kali keduanya.Shahidan tersenyum dia harus cepat bawa Hanis naik bot ke sempadan malam esok.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now