BAB 21 HERO PUJAAN HATI

243 6 0
                                    

      Pagi lagi Kasyah mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali."Hello siapa ni? "tanya Kasyah pada pemanggil."Hello bro takkan tak kenal aku,ni aku nak bagitahu Hanis setuju nak kahwin dengan aku jadi dia akan ikut Aku ke seberang malam ni"kata Shahidan."Eh barua kau buat apa dengan Hanis"kata Kasyah sambil marah dalam panggilan."hahaha... Kau boleh panggil aku barua sebab aku tak kisah langsung dengan kau yang penting Hanis milik aku seorang"kata Shahidan."Eh kalau apa-apa jadi pada Hanis aku bunuh kau"kata Kasyah tanpa disedari airmatanya mengalir.
        Panggilan dari Shahidan terputus.Kasyah cepat-cepat mencapai jaket terus keluar dari biliknya.Aryan ternampak abangnya tergesa-gesa keluar."Kenapa dengan dia?"kata Aryan terus dia mencapai kunci keretanya mengikut langkah abangnya.

********
     Sampai dirumah kenalannya Eidlan untuk menjejak lokasi panggilan dari Shahidan tadi."Kau tunggu kejap sini aku try track panggilan"kata Eidlan."Aku harap sangat jumpa malam ni dia nak bawa Hanis lari jadi aku kena selamatkan Hanis"kata Kasyah resah."Abang tak boleh buat cam tu"kata Aryan yang muncul di depan pintu."Habis takkan aku nak diam dekat sini langsung tak buat apa-apa"kata Kasyah pada Aryan."Tapi ni jadi kes polis apa-apa kena bagitahu polis"kata Aryan."Lokasi ditemui"kata Eidlan.
     Kasyah terus bergegas keluar dari rumah Eidlan."Aku kena selamatkan dia sebab aku sayangkan dia"kata Kasyah pada Aryan.Aryan hanya terdiam saja.
    Hanis tersedar dari pengsan terasa perit tekaknya gara-gara di jerut dengan tali."Kau nak makan minum sebelum kita gerak"kata Shahidan menarik kerusi duduk dihadapan Hanis."Kalau kau tak lari aku takkan jerut kau tapi kau degil sama macam isteri aku"kata Shahidan sambil mengusap muka Hanis.Hanis mengelak dirinya rasa menyampah dan jijik dengan perangai Shahidan.
       "Kau jangan risau aku dah bagitahu Kasyah yang kau akan kahwin dengan aku"kata Shahidan."Kau memang binatang kan"kata Hanis hilang sabar.Shahidan hanya gelak besar dengan kata-kata Hanis.
       Kasyah memandu laju ke lokasi yang diberitahu Eidlan tadi.Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam dari jauh Kasyah nampak sebuah bot sahaja yang ada di jeti.
       Puan Husna dah risau dengan keadaan anakanya.Panggilan dari Kasyah tadi merisaukan hatinya.Encik Hisyam memberitahu yang mereka kena bersabar dengan keadaan sekarang.
       "Abah Kak Hanis boleh selamat tak?"tanya Qalaf pada Encik Hisyam."Insyallah kita doa semoga Kak Hanis dengan Kasyah selamat"kata Encik Hisyam.

******
        Hanis dibawa ke jeti oleh Shahidan sendiri."Bot ni akan bawa kau dengan aku lari dari semua orang"kata Shahidan.Kasyah menuruti langkah mereka secara diam-diam."Shahidan lepaskan Hanis"kata Kasyah.Hanis menoleh ke arah Kasyah."Awak tolong saya"jerit Hanis dengan perlahan.Shahidan merangkul leher Hanis dan menghunus pisau di badan Hanis."Kalau kau berani dekat aku tikam dia"kata Shahidan pada Kasyah."Ok aku tak dekat dia"kata Kasyah sambil memandang mata Hanis.Keadaan Hanis yang luka dimuka melukakan hatinya.Satu das tembakan di lepaskan pada arah Shahidan.Kasyah memandang ke arah belakang melihat anggota polis,Eidlan dan Aryan.
        "Nampaknya kau nak tengok dia mati"kata Shahidan sebelum menikam Hanis dan ditolak ke dalam laut .Polis melepaskan tembakan terkena pada dada Shahidan."Hanis..."jerit Kasyah sebelum terjun ke dalam laut selamatkan Hanis.Aimi dan Aryan berlari ke arah tempat Hanis jatuh tadi akibat keadaan gelap mereka tak nampak Kasyah dengan Hanis.
        "Suspek dah meninggal dunia kami akan hantar pasukan maritim untuk cari Hanis dan Kasyah"kata anggota polis kepada Aryan."Awak macamana keadaan diaorang dengan air laut laju ni"kata Aimi."Sabar biar polis jalankan kerja"kata Aryan.
        Aimi menghubungi keluarga Hanis memberitahu keadaan Hanis dengan Kasyah.Puan Husna pitam selepas mendengar berita dari Aimi.
        Aryan memberitahu Abahnya supaya menengok keadaan Puan Safiyya.

*******
Suasana gelap menyukarkan pencarian tapi usaha tetap diteruskan.Aryan menghantar Aimi ke resort berdekatan sementara dia dan Eidlan menunggu di jeti.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now