BAB 23 HERO PUJAAN HATI

261 7 0
                                    

            Mejar Jeneral Mohd Talhah memberi Kasyah berehat dulu sementara memulakan kerja di pejabat.Kasyah membersihkan ruangan dalam keretanya.Mana barang yang tak perlu dibuang saja macam resit-resit.Puan Safiyya menghidangkan air minuman dan sedikit cekodok pisang."Kasyah Umi letak air dengan kuih tu"kata Puan Safiyya."Okay Umi nanti Kasyah makan nak habiskan cuci ni"beritahu Kasyah membersihkan tayar."Umi nak tanya sikit boleh?"tanya Puan Safiyya."Apa dia Umi"kata Kasyah berdiri menghadap Puan Safiyya."Kasyah masih cintakan Hanis?"tanya Puan Safiyya.
            "Sebenarnya Kasyah malu dengan Hanis, dengan apa yang Kasyah pernah buat dulu"kata Kasyah."Buat apa nak malu,Kasyah lelaki kena rendahkan ego tak salah"kata Puan Safiyya."Umi doakan Kasyah"kata Kasyah."Umi selalu doakan Kasyah dan Aryan lagipun 2 minggu lagi majlis kamu berdua."kata Puan Safiyya.
            Telefon bimbit Kasyah berbunyi tertera nama Ayah iaitu bakal bapa mertuanya.Kasyah menjawab panggilan."Hello Ayah"kata Kasyah.

*****
        Kasyah mencari kelibat Encik Hisyam katanya ingin berjumpa di kedai makan berdekatan rumahnya.Encik Hisyam melambai ke arah mejanya."Assalamualaikum Ayah"salam Kasyah."Walaikumusalam duduk"kata Encik Hisyam."Ada apa Ayah nak jumpa saya"kata Kasyah."Ayah bukan nak campur hubungan kamu dengan Hanis tapi Hanis anak Ayah jadi semestinya Ayah nak yang terbaik untuk dia"kata Encik Hisyam.
    Kasyah tahu tujuan Encik Hisyam berjumpanya."Saya faham Ayah risau hubungan saya dengan Hanis sebab saya tak jumpa dan call dia sejak dia keluar hospital haritu"kata Kasyah.Encik Hisyam mengangguk."Mula saya nak minta maaf dengan Ayah dan saya nak jumpa Hanis sebab saya nak jelaskan semuanya dan saya akan perbetulkan semuanya"kata Kasyah."Eloklah tu jangan ditangguh lama-lama"kata Encik Hisyam."Kasyah banyak buat Hanis sakit jadi Kasyah tak nak benda macam tu jadi lagi"kata Kasyah pada Encik Hisyam."Ayah dengar kamu berhenti kerja betul ke? "tanya Encik Hisyam."Betul saya tak nak masa depan saya sunyi macam tu je.Saya nak sentiasa ada untuk anak Ayah Hanis dan saya nak jadi suami Hanis yang mampu jaga dia hingga akhir hayat saya"kata Kasyah pada Encik Hisyam.Encik Hisyam bangun dari kerusi dan memeluk Kasyah."Terima kasih sebab bahagiakan anak Ayah"kata Encik Hisyam.

*******
Pagi lagi rumah Hanis riuh rendah dengan kehadiran Kasyah.Puan Husna menghidangkan macam-macam makanan.Hanis turun dari tangga terkejut nampak Kasyah."Hanis duduk sini sarapan nanti Kasyah hantar pergi sekolah"kata Puan Husna.Kasyah menarik kerusi untuk Hanis duduk.Hanis duduk dan mengambil nasi goreng."Awak tak kerja ke harini?"tanya Hanis pelik."Saya menganggur sekarang"kata Kasyah sambil pandang Hanis."What?Why?"tanya Hanis."Dia dah berhenti kerja dan sekarang kerja dengan Abah dia"kata Encik Hisyam.Hanis terkejut memandang Kasyah."Yes dah cepat makan nanti lambat cikgu nak pergi sekolah"kata Kasyah sambil menuangkan air kopi pada cawan Hanis.Puan Husna dengan Encik Hisyam hanya tersenyum tengok Hanis terpinga-pinga.
       "Kami pergi dulu"kata Kasyah bersalaman dengan keluarga Hanis sambil diikuti Hanis.Kasyah membuka pintu untuk Hanis."Silakan cikgu Hanis"kata Kasyah.Hanis memandang Kasyah pelik sebelum masuk dalam kereta.

******
   "Awak ada benda nak jelaskan pada saya?"tanya Hanis sambil memandang Kasyah."Betul apa yang Ayah cakap saya berhenti kerja sebab saya tak nak masa depan saya hilang macam tu je dan saya tak nak tinggalkan awak kalau kita kahwin"kata Kasyah sambil memandang Hanis."Awak tak kisah lepaskan kerjaya sebagai juruterbang bukan itu minat awak ke? "tanya Hanis.Kereta Kasyah berhenti apabila trafik merah."Memang tapi tu dulu dan sekarang saya nak ubah untuk awak dan bakal anak-anak saya.Saya tak anak-anak saya membesar jarang ada masa dengan daddy dia nanti"kata Kasyah.Hanis menitiskan airmatanya."Kenapa nangis?"tanya Kasyah."Saya terharu dan gembira sebab awak cakap macam tu"kata Hanis."Dahlah jadi minggu ni saya akan temankan awak sebelum saya mula kerja minggu depan"kata Kasyah meneruskan perjalanan ke sekolah."Okay jadi awak love saya tak"kata Hanis."I always love love you for forever"kata Kasyah.Hanis tersenyum sepanjang perjalanan ke sekolah.

HERO PUJAAN HATI Donde viven las historias. Descúbrelo ahora