BAB 16 HERO PUJAAN HATI

190 6 0
                                    

Kasyah sampai di Pangkalan Udara Subang terlebih awal."Tuan ni ada makluman dari jabatan besok akan ada penerbangan ihsan untuk seorang pesakit Rectal Carcinoma dari Sabah ke Kuala Lumpur"kata Leftenan Azwan."Okay tapi ni akan naik Charlie 130 "kata Kasyah."Betul tuan akan jadi pembantu juruterbang untuk Tuan Zaharie"kata Leftenan Azwan."Ok proceed saya nak pantau dekat lapangan kejap"kata Kasyah."Kasyah kat sini rupanya puas Aku cari kau"kata Nadien.
       "Kenapa ada benda penting ke? "tanya Kasyah."Memang penting ni surat hari khamis kita akan fly ke Pakistan selama dua minggu atas lawatan kerja TUDM"kata Nadien menyerahkan surat.Kasyah melihat surat tentera namanya dan beberapa anggota TUDM."Sibuklah nampaknya kita kalau ada isteri kena tinggal anak pun sama"kata Kasyah risau."Betul bro nak buat macamana tugas"kata Nadien.
       Hanis menanda buku kerja anak muridnya sementara menunggu waktu kelas seterusnya.Kekecohan dalam bilik guru membuatkan dia tertanya-tanya.Aimi yang lalu di mejanya dipanggil."Aimi kenapa macam kecoh semacam je"kata Hanis."Lah kau tak tahu cerita pasal Cikgu Shahidan lagi?"tanya Aimi."Asal dengan dia ahh bercerita pasal dia lama tak nampak"kata Hanis.
       "Dia kena buang kerja sebab ada masalah mental plus dia pukul isteri dia"kata Aimi."Diberhentikan kerja sebab masalah mental"kata Hanis yang terkejut dengan cerita Aimi."Yep pastu dia pukul isteri dia dengar cerita teruk juga dan dia dah bercerai"kata Aimi lagi."Sejak bila sebenarnya ni"kata Hanis."Aku rasa lepas dia kantoi dengan kau tu tapi tak tahulah"kata Aimi.
       "Tak sangka boleh jadi camtu.Ehh bila Keluarga Aryan nak pergi rumah kau"kata Hanis."Insyallah minggu ni sebab Umi Aryan nak cepatkan urusan"kata Aimi."Seronoklah dia"kata Hanis."Ohh Kau dengan Kasyah macamana?"tanya Aimi."Okay je Kasyah layan aku baik tapi tulah dia tak cakap apa-apa pasal kahwin ke.Aku dengan Kasyah macam pergi blind date"kata Hanis pada Aimi."Takpe Aku doakan semoga Kasyah boleh terima kau sebagai bakal isteri dia nanti okay"kata Aimi.

*****
Hanis berjalan menuju ke keretanya tapi Hanis perasan ada satu kereta kancil berwarna hitam yang sama cuba nak langgarnya haritu.Cepat dia masuk dalam kereta dan mengunci."Perasaan aku je ke atau ada benda nak jadi"kata Hanis.Dia memandu sambil memandang cermin sisi takut kalau kereta tu mengekorinya.Sampai di rumah Hanis segera masuk terus dalam rumah.
      Puan Husna yang melihat gelagat Hanis mula bertanya."kenapa kamu ni macam kena kejar hantu je"kata Puan Husna."Takdelah Ibu cuma nak cepat pergi tandas"bohong Hanis pada Puan Husna."Macam dekat sekolah takde tandas"kata Puan Husna.Hanis mengunci pintu biliknya dia mula melihat dari tingkap bilik ternampak kereta itu ada dekat simpang rumahnya."Ya Allah siapa yang ikut aku"kata Hanis dalam hatinya.Dia kena beritahu Kasyah tentang perkara ni.Telefon dicapai terlebih dahulu mendail nombor Kasyah.
      "Assalamualaikum Hanis kenapa ni? "tanya Kasyah."Walaikumusalam saya nak cakap sesuatu dengan awak"kata Hanis."Boleh cepat saya ada benda uruskan"kata Kasyah."Takpelah saya tunggu awak free dulu sorry ganggu"kata Hanis tak nak menganggu Kasyah."Lain kali kalau tak ada apa nak cakap jangan call saya"kata Kasyah terus dia mematikan talian.Hanis terdiam seketika ingat Kasyah boleh membantunya dalam keadaan sekarang.

*****
Kasyah mematikan panggilan dia tengah serabut dengan banyak tugasan.Hanis menyeka airmatanya cincin di jarinya dipandang lama-lama.
     

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now