Bahagian I | Bab 3

13.1K 655 28
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You're my every reason ❞

•••••

SELESAI majlis kesyukuran kecil yang cuma dihadiri keluarga terdekat saja. Kawan pun, aku tak panggil. Sedih juga lah tak dapat jemput kawan. Tapi aku dah setuju dengan permintaan abang Rees untuk rahsiakan perkahwinan kami. Jadi aku tak ada pilihan.

Semua saudara-mara yang lain sudah balik. Tinggal keluarga aku dengan keluarga abang Rees saja. Abang Rees pula terus lesap lepas selesai bersalaman dengan tetamu. Aku pun dah penat. Tubuh dah melekit dek kerana seharian berbusana pengantin. Letih layan tetamu pun ya. Aku mula atur langkah naik ke bilik.

Buka saja pintu bilik, mata aku dijamu dengan tubuh separuh bogel abang Rees yang cuma bertuala pink paras pinggang ke lutut. Kaki tergam di lantai buat beberapa saat. Lama mata aku menghayati badan abang Rees yang masih lembap itu. Dengan rambut yang masih basah menitik. Uh oh, sexy mengancam.

Dah rupa chocolate cadbury aku tengok abs abang Rees. Wah, aku tak sangka body abang Rees rupanya well built juga.

Macam berada di bawah mantera, aku tanpa sedar bergerak menghampiri abang Rees yang masih tak sedar lagi dengan kewujudan aku dalam bilik. Dengan mata yang statik di perut abang Rees, tangan aku hulur ke depan ingin menyentuh sekeping 'cadbury' itu.

"Wow" aku tak dapat tahan mulut aku dari menuturkan perkatan itu. Seinci sebelum tangan aku menyentuh abs abang Rees. Sikit saja lagi, alih-alih tangan aku sudah tertepis ke tepi. Kerja siapa lagi kalau bukan abang Rees. Kedekut! Nak sentuh sikit je pun.

Aku mengeluh sesaat sebelum kepala naik mendongak memandangnya.

"Keluar. Aku nak pakai baju" arah abang Rees tegas. Diktator!. Nampak je muka aku. Keluar. Asal aku dekat je. Suruh keluar. Benci sangat agaknya abang Rees dengan aku.

"Alah ni bilik Una. Suka hati Una lah. Nak masuk ke. Nak keluar. Abang tu buat macam bilik sendiri. Kalau pun Una tengok abang pakai baju. Bukan salah pun"

Aku sengih miang lalu aku halakan telunjuk mengarah ke abs abang Rees. Telunjuk ku putar-putar di udara dengan senyum gatal. Sesekali mata melirik perut berketak abang Rees.

"Kan dah halal" tak sempat telunjuk aku nak sampai ke destinasi. Dah ditepis. Uhuk sedih!

"Keluar aku kata!"

"Yelah!" aku mencebik sebelum pusing tubuh. Selangkah aku berjalan, aku berhenti. Aku angkat tangan searas dengan muka aku. Tangan aku pusing-pusing sambil senyum senget.

Satuduatiga.. aku bilang dalam hati sebelum kilas kaki pusing belakang. Tangan sudah menuju ke cadburry milik abang Rees.

Ingatkan aku dah cerdik buat plan, rupanya abang Rees lagi cerdik baca plan aku. Buktinya dengan tangkas dia tangkap tangan aku sebelum cecah perut dia. Dan..

Bamm!

Aku ditolak dinding kuat. Bergegar tulang belakang sekejap.

Misi sentuh cadburry abang Rees gagal!

Aku mengeluh dalam hati.

"Kau jangan nak macam-macam eh" abang Rees bagi amaran dengan muka tak ada emosi.

"Kalau pegang tak boleh. Tengok boleh kan?" aku soal dengan sengihan gedik. Tak tunggu jawapan, mata aku terus terus turun ke bawah pandang perut abang Rees.

"Uuu wow. Wow!" sekejap mata aku mengecil. Sekejap membesar kerana terlalu kagum dengan apa yang tersaji depan mata.

Tak semena-mena abang Rees tarik aku lalu pusingkan tubuh aku membelakanginya sekali gus menghalang aku untuk terus menikmati 'cadburry' abang Rees.

Sebelah tangan abang Rees kilas tanganku di belakang aku sendiri dan satu lagi tangannya di bahu aku. Abang Rees tolak tubuh aku ke pintu bilik. Aku pula asyik terteleng ke belakang cuba untuk curi pandang 'cadburry' abang Rees lagi.

Sampai depan pintu, dia tolak aku keluar.

"Jangan masuk selagi aku tak keluar" arahnya macam bilik tu bilik dia.

Dum!

Pintu ditutup. Sikit lagi nak kena batang hidung sendiri. Aku mencebik sebelum bersandar di pintu sambil berpeluk tubuh.

"Alah tengok je pun. Macam luak dia punya cadburry kalau aku sekadar tengok. Bukannya aku nak makan pun" aku membebel seorang diri.

 Bukannya aku nak makan pun" aku membebel seorang diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now