Bahagian I | Bab 21

15.8K 742 104
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You're my every reason ❞

••••

Jejak saja kaki di pintu pagar depan rumah abang Rees. Mata aku disapa dengan pemandangan yang sangat tak indah dan menyakitkan hati. Hati yang sedia sayu makin pilu jadinya saat terpandangkan figura Ferlina dan abang Rees sedang berbual mesra di depan pintu. Tangisan yang sudah reda sepertinya nak membanjiri sekali lagi tapi aku tahan. Bibir bawah aku gigit kuat menahan rasa yang mula mencengkam hati aku. Patutlah lupa janji dengan aku sebab dah ada perempuan cantik lain bersama.

Tak berkata apa, aku terus menonong masuk ke halaman rumah dan menuju ke pintu rumah tempat Ferlina dan abang Rees berdiri.

Mungkin dengar derapan kaki aku, abang Rees berpaling.

"Una, kenapa kau basah lencun ni? Kau dari mana?"

Hah! Aku tergelak sinis dalam hati. Jadi betul lah abang Rees betul-betul lupa tentang janji dia dengan aku hari. Sekali lagi hati aku bagai dihiris.

Kerana hati dah terlalu sakit, aku buat tak endah dengan soalan abang Rees. Pandang dia pun tak. Aku terus buka kasut dan masuk dalam rumah. Aku dengar langkah kaki abang Rees ikut aku dari belakang. Tapi aku buat tak tahu. Kaki diayun ke dapur. Seharian menunggu abang Rees macam orang bodoh lepas tu berhujanan pula, menangis lagi buat aku dahaga.

"Hey, answer me!" abang Rees minta balasan dari aku kerana aku cuma senyap.

Aku pusing belakang dengan mata sembap. "Why do you even care?" tanyaku dingin sebelum pusing tubuh. Pintu peti aku buka dan botol air sejuk aku capai.

"Kau menangis?" soalnya lagi sambil cuba pegang bahu aku namun aku tepis laju.

"If yes, abang nak buat apa? Hurt me more or what?" ujarku agak sinikal.

"Hurt you apa maksud kau?"

"Abang Rees lupa atau buat-buat lupa?"

Aku perhati muka abang Rees yang macam baru tersedar sesautu.

"Una. Aku lupa" abang Rees mara ke arah. Cepat aku berundur ke belakang. Tak ingin nak ada dekat dengan abang Rees.

"Of course abang lupa sebab dah ada peneman lain" aku hala mata ke luar rumah. Abang Rees tahu yang aku maksudkan Ferlina.

"Tapi aku tak pernah janji dengan kau aku nak datang"

Aku tergelak sinis. Jadi sekarang aku yang salah sebab syok sorang-sorang? Ya memang tak pernah beri kata setuju tapi dari gayanya yang aku tafsir, abang Rees setuju walaupun dia sekadar memberi respon 'hmm' tanpa anggukan. Jadinya aku lah yang salah faham.

"Then you should tell me that you were not coming bukan nya buat Una tunggu macam tunggul kayu bodoh"

"Kau tunggu aku?"

Aku tengok abang Rees dengan mata yang mula berkaca

"Did you ever care for me? Even sikit pun? Pernah tak abang nak fikir perasaan Una?"

Abang Rees cuma diam. Diamnya abang Rees buat hati aku makin terluka.

"Abang tak pernah kisah pun kan. Ini bukan kali pertama abang buat Una tertunggu macam orang bodoh. Una suka abang sebab tu Una tak pernah kisah nak tunggu. Tapi tak bermakna abang boleh buat Una sesuka hati. Una bukan robot tak ada perasaan. Everytime you hurt me. I act like I was fine. I pretend like I was okay but I never said that it didn't hurt"

Air mata jatuh setitis menuruni pipi.

Wajah abang Rees yang agak serba salah itu aku pandang dengan tubir mata yang berair. Menanti jawapannya yang mungkin dapat kurangkan luka di hati. Just said anything to me. Just said that you're sorry. Aku berharap sendiri dalam hati.

Aku nampak mulut abang Rees terbuka dan rahangnya bergerak ingin berkata sesuatu.

"Aku..."

Aku menanti dengan sabar apa yang abang Rees ingin katakan.

"Aiden, are you coming?"

Suara gemersik itu mula kedengaran di muka pintu dapur. Aku tengok Ferlina dengan muka jengkel. Apa lagi perempuan ni nak?

Aku nampak abang Rees pandang aku dengan Ferlina silih berganti sebelum matanya jatuh pada aku lama. Bibirnya terketap dengan tangan terkepal. Jelas stress tergambar di muka abang Rees.

Seperti dapat teka pilihan abang Rees. Aku tanpa sedar menggeleng perlahan. Tak ingin abang Rees pergi.

"We will talk later" putus abang Rees akhirnya sebelum dia bawa langkah keluar dari dapur. Aku pun tak berlengah terus berlari naik ke bilik bawa hati yang lara. Sampai hati abang Rees buat aku macam ni.

 Sampai hati abang Rees buat aku macam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Oh Rees😭😭😭😭😭. Kejamnya kamu🤧

Happy eh nope, angry reading ya lovelies. hehe😅

Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now