Bahagian I | Bab 23

16.7K 722 133
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You're my every reason ❞

•••••

Letak mangkuk atas meja. Aku bersandar di kepala katil. Tak larat. Padahal bukan buat apa. Makan je. Tapi itu pun dah buat aku tak larat. Teruk betul demam aku kali ini. Mungkin sebab demam patah hati.

"Una dah makan. So can you just go now" pintaku perlahan dengan mata yang hampir terpejam.

"Tapi kau tak makan ubat lagi. Aku janji lepas kau makan ubat. Aku akan keluar tak ganggu kau dah"

"Una tak suka makan ubat" Ya. Dari kecil sampai dah besar berbulu macam ni pun aku masih tak sukakan benda putih kecil itu. Suci dan kecil tapi menakutkan bagi aku.

"Suka tak suka. Kau kena makan juga. Kalau tak makan. Demam kau tak baik" tegas abang Rees lagi.

"Selalunya Una tak makan ubat pun. Elok sihat je" aku cuba beralasan. Sungguh aku tak rela nak masukkan benda kecil putih itu dalam mulut aku. Sudah lah bukan satu tapi dua. Euww pahit!

"Sihat tu memang sihat. Tapi lambat. Kau nak pergi kuliah macam mana kalau nak jalan pun kau tak larat" dah kalah mummy aku pula abang Rees membebel. Boleh tahan juga ya abang Rees kalau membebel.

"Mummy pun tak paksa Una makan ubat macam abang buat" masih lagi mencari alasan. Aku betul-betul penakut nak telan ubat. Biasanya kena saja lidah, aku akan rasa nak muntah. Pelik pula aku bila kawan-kawan aku boleh telan ubat macam telan gula-gula. Aku selalu kagum.

"Tu mummy kau tapi sekarang kau duduk dengan aku. Jadi kau dengar cakap aku" Abang Rees hulur dua biji panadol paracetamol ke arah aku.

Aku pandang panadol di atas tapak tangan abang Rees silih berganti dengan muka abang Rees. Entah kenapa, hal semalam kembali menjengah fikiran tanpa terduga dan tanpa dipinta. Hati yang dah pun lembut sikit dengan layanan baik abang Rees kembali membara lagi-lagi bila teringatkan yang abang Rees pergi meninggalkan aku semalam walaupun selepas apa yang aku luahkan. Walaupun setelah dia tahu bertapa terlukanya aku. Still, he choose to go. With her! Even after knowing that I'm hurting. Marah dalam diri kembali meluap-luap. Lagi teruk dari semalam.

"Abang ni kenapa hah?" suara aku naik beberapa oktaf. Mungkin sebab dah lepas makan, aku berdaya nak bercakap kuat.

"Tak faham ke yang Una tak makan ubat. Una cakap tak nak. Then tak nak lah. Just stop acting like you care cause i don't need it. At all. Stop pretending" aku melenting tiba-tiba.

Suara aku melengking kuat ke segenap ruang bilik. Dada turun naik menahan bara di hati. Nafas pula terhela berat. Sakit betul hati aku bila teringatkan peristiwa semalam.

"Aku bukan berlakon. Tapi aku betul-betul care pasal kau" nafi abang Rees sambil renung aku

Bibir aku terjongket sebelah. Menyinis mendengar penafian abang Rees. Like Rees Aiden care for me? Say a guy that let me wait for five freaking hours and never show up. Alih-alih duduk dengan perempuan lain. Macam tu ke abang Rees care pasal aku?

Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now