Bahagian I | Bab 34

22.1K 789 148
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You're my every reason ❞

•••••

"Aku..."

"Aku...aku suka kau"

Zap!

Laungan abang Rees dari belakang dengan sendiri buat kaki terpaku kemas ke tanah. Tapi aku tak berani untuk menoleh. Takut andai kata aku hanya berhalusinasi.

"Aku sayang kau. Husna Nashwa. Will be that enough to make you stay?"

Kali ini aku menoleh kerana aku yakin suara abang Rees meluah kata suka itu benar dan bukan satu halusinasi tapi satu realiti. Aku mara selangkah ke depan.

"Una... salah..." aku tergagap. Tiba-tiba jadi blur tak tahu kosa kata. Betul ke abang Rees suka aku. Atau sekadar auditory hallucination kerana aku terlalu berharap untuk dengar abang Rees kata dia suka aku.

"Tak. Kau tak salah dengar. You heard me right. Aku suka kau Husna Nashwa. Do you still want to go?"

Abang Rees depa tangan seolah-olah memanggil aku untuk masuk ke dalam pelukannya. Tak fikir panjang aku terus tolak bagasi dan berlari ke arah abang Rees. Tapi selangkah aku bakal masuk dalam dakapannya. Kaki terhenti dengan sendiri.

Betul ke semua ni? Aku tak mimpi kan? Masih sukar untuk aku percaya kerana ia berlaku tiba-tiba. Aku hampir-hampir tinggalkan abang Rees dan tiba-tiba abang Rees kata sukakan aku? Sayangkan aku. Itu kan yang berlaku?

"Everything happen so suddenly. Una rasa macam tak boleh percaya. Abang Rees tak main-mainkan?" aku tak tahu apa lagi yang aku ragukan sedangkan luahan abang Rees begitu jelas masuk ke dalam halwa telinga persis melodi indah.

"Waktu kau cakap kau suka aku dulu, kau main-main ke?"

Aku geleng kepala. Aku tak pernah main-main bila aku cakap aku suka abang Rees. Aku ikhlas dengan perasaan aku.

"So do I. I'm deadly serious Husna"

"Come" dia hulur tangan ke depan sekali gus menggamit aku masuk ke dalam pelukannya.

"You almost there" tuturnya lagi.

Tapi aku masih teragak-agak. Kaki sudah terangkat tapi kenapa sukar aku nak melangkah. Rasa macam tiba-tiba saja aku seolah-olah paralyze.

"Just one more step. Then I'm yours"

Tak sangsi lagi. Aku terus masuk ke dalam pelukan abang Rees. Sesaat kemudian, tangan abang Rees mula berlingkar ke belakang aku. Membalas pelukan aku. Lama kami saling berdakapan di depan rumah. Kemas dan erat. Kalau angin nak lalu pun kena minta tumpang.

Tangan abang Rees turun sehingga ke bawah pinggul aku. Dengan kudrat lelakinya, tubuh aku dilonjak naik tinggi ke udara. Kini tinggi ku sudah melepasi abang Rees. Muka abang Rees searas dengan dada aku. Tangan abang Rees pula berada di bawah punggung aku. Berlingkar kemas disitu menampung berat aku agar tidak terlorot jatuh ke bawah. Kurang stabil, aku pegang bahu dia.

"Una macam tak percayalah. Boleh tak kalau Una nak dengar abang Rees cakap abang sukakan Una sekali lagi" pintaku dengan sengihan lebar.

"Aku tak buat ulang suara free. Kalau kau nak dengar lagi. Kau kena bayar. Luahan aku mahal"

Aku terus buat muka. Sekejap je sweet abang Rees ni. Tak sampai lima minit pun dah datang balik perangai annoying tak semenggah dia tu.

"Then will you consider this as payment for encore?"soalku dengan kening terangkat sebelah

"Payment apa kau nak bagi dekat aku?"

"Ni" tangan yang tadinya berada di bahu abang Rees aku angkat dan pegang kedua-dua belah pipi abang Rees. Lalu tanpa amaran, aku tunduk mencium bibir abang Rees sekilas.

Aku nampak abang Rees tahan senyum. Dia menggeleng dalam senyuman.

"Murahnya, satu kiss je harga luahan aku"

Aku mencebik. Mulut aku juihkan. Demand! Padahal dia yang tak nak aku pergi. Aku cuba melorot turun tapi cepat abang Rees angkat balik tubuh aku dan keraskan badan dia.

"Una nak turun"

"Eh why?" tanya abang Rees kalut. Haa tahu takut kalau aku nak lari lagi.

"No encore. No staying. Abang Rees jangan lupa yang Una still ada tiket. I can go anytime. Bila-bila je Una boleh ubah fikiran" aku ugut abang Rees.

"Okay fine. Mengugut ya kau" abang Rees macam tak puas hati bila aku dah pandai ugut dia.

"Well Una belajar dari abang." Tukasku laju.

"Really?. I guess aku pun kena stop ugut kau so that kau tak pandai ugut aku macam sekarang"

Aku tertawa senang. Gembira!

"Aku suka kau" mati ketawa aku bila abang Rees tak bagi signal nak buat encore meluah perasaan.

"Puas hati"

Aku angguk sambil kulum senyuman.

Abang Rees turunkan aku ke tanah.

"Now hand me your ticket" dia hulur tangan dengan muka serius.

Aku keluarkan tiket bas dari poket seluar.

"With pleasure your highness" tiket bertukar tangan.

Krk! Krk! (macam ni ke bunyi kertas kena koyak?? Idk😂)

Tiket bas dah terkoyak empat dikerjakan abang Rees lalu dia dilemparkan ke tanah.

"Sekarang kau dah tak benda nak ugut aku which means you really stuck with me for the rest of your life. Kau okay dengan tu?"

"Forever okay" jawab aku dengan yakin. Tak ragu dan sangsi lagi.

"Sure?"

"Deadly sure!" aku balas dengan mengajuk cakap abang Rees sebentar tadi di mana ketika dia cakap deadly serious. Dengan muka beku tak senyum sekali aku tiru. Gaya suara pun aku tiru.

Abang Rees gelak dengan gaya aku tiru dia.

No bebel bebel because I'm pretty sure ramai tak puas hati😂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

No bebel bebel because I'm pretty sure ramai tak puas hati😂

👀👀👀

Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now