Bahagian I | Bab 20

16.5K 762 83
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You're my every reason ❞

•••••

Berpeluh aku menanti kertas quiz yang tengah di pass dari tangan ke tangan. Aku tunggu saja kertas quiz yang aku dah jawab minggu lepas itu sampai di tangan aku. Aku tak boleh nak kawal perasan sekarang ni sebab aku rasa masa jawab quiz minggu lepas banyak soalan yang aku tak pasti betul ke tak. Soalan last pun aku tak sempat jawab sebab tak cukup masa. Harap dapat lah 35 dari 50 sebab aku dah buat perjanjian dengan abang Rees kalau markah kuiz aku 35/50, aku boleh buat satu permintaan.

Bila akhirnya kertas kuiz sudah dipass ke tangan aku. Cepat tangan aku membelek helain kertas mencari kertas yang tertera nama aku.

Nur Husna Nashwa. Nampak nama sendiri, terus aku tarik kertas kuiz aku dan yang selebihnya aku pass ke orang sebelah. Kertas kuiz aku flip ke belakang. Terlalu berdebar untuk tengok markah sendiri. Tarik nafas lepas. Aku cuba mencari muka abang Rees. Kebetulan abang Rees juga sedang merenung aku. Aku cuba mencari hint dari riak muka abang Rees. Tapi sukar sekali nak baca. Sudahnya aku putus asa nak cari jawapan dari muka abang Rees. Baik aku tengok saja di kertas berapa markah aku. Tarik nafas. Lepas.

1.2.3. Buka.

Nampak saja angka yang tertulis di hujung kertas, aku tutup mulut dengan mata terbuntang.

36/50. Yes. Lepas dari target. Hampir saja aku nak menjerit sebab tak sangka markah aku tinggi juga. Aku ingatkan dapat dalam 20 lebih je kalau berdasarkan gaya aku jawab tempoh hari. Berbaloi rupanya latihan past year yang abang Rees suruh aku jawab tu.

Turunkan tangan dari mulut, aku cari muka abang Rees sekali lagi. Dia turut pandang aku. Aku nampak dia senyum tipis sebelum dia larikan mata.

Yes! Aku boleh tuntut janji dengan abang Rees.

Sepanjang kelas. Aku langsung tak boleh nak fokus kerana terlalu teruja. Tak sabar nak tunggu kelas habis untuk jumpa abang Rees dan tuntut janji.

Lima minit sebelum kelas berakhir. Aku dah siap simpan barang. Yang tinggal atas meja cuma kertas kuiz aku saja.

"Okay that's all for today. You're dismiss. See you next week" Dan akhirnya kelas berakhir setelah abang Rees bubarkan kelas.

Aku tunggu semua coursemate aku keluar dari bilik tutor. Bila semua orang dah keluar, barulah aku angkat punggung dan hampiri abang Rees yang sedang menyimpan laptop dia dalam beg.

Aku letak kertas kuiz aku dengan bangganya atas meja depan abang Rees. Sumpah bangga gila walaupun aku tak dapat markah tertinggi dalam kelas. Dapat lepas target pun dah kira bangga apa. Bukan senang nak score subjek unit operation. Dapat half pun kira dah bersyukur tau.

"I did it" ujarku bangga mendabik dada.

"I know. Aku yang tanda kertas kau" Abang Rees angkat muka tengok aku

Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now