Bahagian I | Bab 4

13.2K 635 19
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You're my every reason ❞

•••••

Krek!

Pintu dah terbuka tapi abang Rees masih keras di muka pintu bilik.

Aku yang sedang baring mengiring atas katil itu cuma melirik meggoda pada abang Rees. Dengan tangan yang menongkat kepala, aku tepuk lembut tilam di sebelah aku memanggil abang Rees untuk menjadi peneman tidur aku malam ni. Tapi jangan risau kerana pakaian aku masih sopan. Hehe. Aku tak pakai lingerie atau sleep wear yang menjolok mata. Aku cuma sarung sepasang pajama kain satin warna biru gelap saja.

Aku nampak halkum abang Rees bergerak-gerak sebelum dia berdehem dah buat macam tak ada apa yang berlaku. Dia hampiri katil dan pandang aku. Aku pula buat muka comel sambil kedipkan mata banyak kali. Harap-harap abang Rees tergoda.

"Ark" aku menjerit.

Lain aku harapkan. Lain yang jadi. Kurang asam lah abang Rees ni, boleh pula dia pergi tarik bantal yang aku buat tongkat siku. Terlentang atas katil aku dibuatnya. Bernafas laju dengan muka masam. Aku bangun duduk bersila tengok abang Rees yang dah selamat baring atas lantai marmar.

"Kenapa abang Rees tidur bawah? Kan katil ni luar untuk kita berdua"

"Aku tak sudi nak tidur sekatil dengan kau" jawab abang Rees mudah dengan mata terpejam.

Tak boleh jadi. Aku tak boleh mengalah. Bantal aku tarik dengan selimut lalu aku turun dari katil dan baring sebelah abang Rees. Laju mata abang Rees terbuka. Dia duduk terbangun.

"Kau dah kenapa tidur dekat bawah juga?" soal abang Rees dengan muka konfius. Aku turut bangun.

"Dah abang Rees tidur bawah. Una tidurlah bawah sekali tepi abang Rees. Kan tempat seorang isteri tu disisi suami. Baru lah jadi isteri mithali" aku cuba pegang tangan abang Rees. Tapi macam biasa laju je dia tepis.

"Kau tak payah mithali-mithali sangat dengan aku lah"

"Pastu abang nak tanggung dosa Una kalau Una jadi isteri derhaka. Macam tu?" aku bersoal jawab dengan abang Rees.

"Mulut kau ni kan memang ada je nak menjawab. Kau tahu tak menjawab cakap suami tu berdosa juga. Nak jadi isteri mithali konon. Tapi menjawab tak sudah-sudah"

Pap! Kena setepek atas dahi. Terus aku kemam mulut. Zip. Tak nak jadi isteri derhaka di hari pertama aku bergelar isteri.

"Dah kau nak tidur sangat kat bawah kan. Hah tidur. Aku naik tidur atas" abang Rees tarik bantal dia naik atas katil. Aku pu n ikut sama.

Tengok aku naik atas katil, abang Rees turun balik ke lantai. Aku pun ikut sama.

"Kau ni kan Una. Boleh tak bagi aku tidur dengan tenang. Aku mengantuk penat" marah abang Rees sambil tangan cekak sebelah pinggang.

Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now