Bahagian I | Bab 26

18.5K 697 50
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You're my every reason ❞

•••••

Heret tote beg ke dada, aku selit muka mengintai di balik dinding. Cuba mencari bayang abang Rees. Pasti yang abang Rees sudah tiada dalam radius terdekat. Aku keluar dari tempat persembunyian dengan nafas lega. Beg tote yang aku bawa ke kelas hari-hari tu, aku tolak ke tepi tersangkut elok di bahu. Seharian aku lari dari abang Rees hari ni. Kelas abang Rees pun aku ponteng.

Memang abang Rees tak bagi aku keluar semalam. Tapi aku cekalkan diri buat great escape dari rumah abang Rees walaupun dengan keadaan tak berapa sihat. Lepas apa yang abang Rees buat semalam, aku tahu aku tak patut lari dari rumah tapi aku tetap juga ambil keputusan untuk balik ke desa walaupun dengan kesan hickey yang memenuhi leher dan dada aku. Aku tahu aku gila tapi aku lagi gila kalau aku masih duduk sebumbung dengan abang Rees. Hanya satu malam. Bibir, leher, dada aku jadi mangsa bibir abang Rees. Kalau aku duduk lama lagi di situ. Aku tak tahu apa lagi yang akan jadi mangsa. Jadi sebelum anything worst jadi. Baik aku ambil preventive care.

Aku berjalan sambil pandang kiri dan kanan takut jika dikesan oleh abang Rees. Kalau terserempak dengan abang Rees memang mati lah aku. Aku cukup pasti yang abang Rees betul-betul serius bila dia tak nak bagi aku keluar dari rumah sebab aku tak pernah tengok abang Rees naik hantu macam semalam. Tapi aku pun tak tahu lah aku ni bodoh ke apa sebab dah ingkar arahan abang Rees. Lepas tengok macam mana marahnya abang Rees semalam aku jadi takut pula nak duduk berdua saja.

Sekarang dah pukul 5.30 macam tu, area school aku pun dah lengang sebab majoriti pelajar dah balik. Yang tinggal cuma sorang dua saja. Lalu di kawasan kiosk nescafe, tiba-tiba ada tangan yang rentap lengan aku dari tepi. Dari bau cologne saja aku dah kenal siapa. Abang Rees!

"Argghh" aku menjerit nyaring. Walaupun aku tahu itu adalah abang Rees tapi tetap manusia yang cuba elak sekarang ialah abang Rees. Jadi abang Rees adalah manusia yang berbahaya untuk aku. Jadinya aku memang patut menjerit. Sungguhnya aku tak nak jumpa abang Rees sekarang. Aku menjerit dengan harapan ada pensyarah atau staff atau pelajar yang nampak aku. Dan abang Rees akan lepaskan aku kemudian aku akan lari sekuat hati. Tapi hampa bila abang Rees tutup mulut dan seret aku masuk ke dalam bilik tutor yang kosong. Pilihan tempat abang Rees memang strategik. Waktu sekarang memang dah tak ada orang pakai bilik tutor kerana hari ini bukan Isnin mahupun Khamis. Biasanya waktu-waktu macam ni, student akan pakai bilik tutor untuk kegunaan Ko-k. Tapi hari ni tak ada ko-k jadi memang tak ada siapa akan perasan kami di dalam ni.

"Kenapa kau lari dari rumah? Aku dah cakapkan aku tak bagi kau keluar" belum sempat apa-apa lagi, abang Rees dah sembur aku. Muka garang dia aku tengok. Bibir bawah aku kemam kerana kegelisahan yang mula melanda diri. Seram juga tengok muka abang Rees sekarang.

"Mana ada Una lari" jawab aku dengan nada malas. Sesungguhnya aku malas nak melayan abang Rees. Hati aku ni sakit sangat bila teringatkan apa yang dia dah buat. Sepatutnya aku yang marah dia bukan dia marah aku. Aku ada banyak sangat benda nak marah abang Rees. Tapi sekarang, situasi dah jadi tunggang terbalik.

Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now