Bahagian I | Bab 9

12.4K 604 18
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You're my every reason ❞

•••••

Hari ni aku dah boleh discaj dari hospital. Hal-hal discaj semua abang Rees yang uruskan. Bil hospital pun abang Rees yang bayarkan. Terharu jap bila abang Rees kisah pasal aku. Tapi aku tahu dia layan aku elok sebab aku sakit je. Kalau aku ni sihat, hmm jangan harap abang Rees nak buat baik. Menyinis aje tahu.

"Jom dah siap" tegur abang Rees lepas dia dah selesaikan semua urusan di kaunter.

"Barang kau dekat desa banyak tak?"

"Banyak juga"

"Hmmm" abang Rees macam berfikir sejenak.

"Kau bawa mana yang patut je laa dulu. Yang selebihnya tu. Lain kali je ambil"

Lepas kena tarbiah dengan daddy hari tu. Abang Rees terpaksa benarkan aku duduk sekali dia. Aku memang bersorak lah dalam hati. Semua gara-gara penangan aura komando pencen daddy aku. Hebat kan. Haha!

"Una memang tak nak bawa semua pun. Nak tinggal juga barang sikit desa"

"Baguslah macam tu. Balik nanti kita singgah desa ambil barang kau"

Aku cuma mengangguk bersetuju.

Sampai di rumah teres dua tingkat abang Rees. Aku keluar dari kereta dan terus bergerak ke arah bonet kereta nak keluarkan barang-barang yang aku dah packing dari desa. Baru nak tarik luggage aku, tangan abang Rees terlebih dahulu sambar dan tarik keluar. Satu lagi luggage pun abang Rees tarik keluar juga. Aku kulum senyuman. Kalau tahu yang abang Rees boleh jadi baik sebab aku sakit, dah lama aku buat-buat sakit.

Aku tarik barang-barang lain yang tidak berat mana dan segera menuruti langkah abang Rees masuk ke dalam rumah.

Waktu naik tangga, aku tak nampak kaki aku sendiri sebab tertutup dengan barang yang tengah aku angkat dan entah macam mana malang nasib aku bila kaki aku boleh terpeleot.

"Arkk" jeritku tak terlalu kuat waktu aku jatuh atas tangga. Barang yang dipegang turut terlepas. Buat seketika, muka aku berkerut perit. Dari arah belakang, jelas aku dengar derapan kaki abang Rees bergegas ke arah aku. Sekejap saja abang Rees sudah berdiri di tepi aku dengan muka risau. Buat pertama kalinya, aku nampak muka abang Rees risaukan aku. Aku senyum dalam hati.

"Kau okay ke?" soalnya gusar.

"Okay kut" jawabku kurang pasti. Waktu jatuh tadi memang perit tapi sakitnya cuma seketika. Jadi aku pun tak pasti sama ada aku okay atau tak.

"Kau boleh bangun tak?" soal abang Rees sambil matanya turun menilik kaki aku.

Aku berpaut di penghadang tangga untuk menampung berat sendiri. Waktu aku melonjak tubuh naik untuk berdiri. Dahi aku berkerut. Ehh tak sakit pun kaki aku. Perlahan-lahan aku pusingkan pergelangan kaki aku untuk betul-betul pastikan yang kaki aku tak sakit. Memang tak sakit lah.

"O..." asalanya nak sebut okay tapi aku tak jadi habiskan ayat aku bila aku terpandangkan wajah risau abang Rees. Dalam hati mula rencanakan sesuatu. Jarang abang Rees nak kisahkan pasal aku, jadi rugi kalau aku tak ambil kesempatan.

"Ouchh. Ouchh sakit lah abang. Macam tak boleh jalan je. Ouch"

okay. Aku dah keluarkan bakat lakonan aku.Tahap dah boleh menang oscar ni. Muka aku kerutkan untuk tambah efek dramatik. Buat-buat lemah,aku sandarkan tubuh di badan abang Rees. Cuba raih simpati abang Rees. Dalam otak dah terbayang imej abang Rees cempung aku dalam gaya bridal style sepertimana yang aku selalu tengok dalam drama. Aku dah mula berangan aksi itu sambil tersengih-sengih seorang diri. Namun anganan aku berkecai saat abang Rees bergerak ke depan aku lalu duduk bercangkung. Ehh kenapa pula? Bukan ke sekarang abang Rees patutnya cempung aku pastu aku pula letak tangan dekat leher dia sambil sandarkan kepala aku di dada bidang abang Rees. Kemudian aku dan abang Rees saling bertatapan sambil abang Rees daki tangga seperti seroang satria yang gagah tengah selamatkan seorang puteri. Awww, indahnya berangan.

Aku tengok saja belakang abang Rees dengan pandangan konfius.

"Abang Rees kenapa duduk mengcakung?" soalku pelik

"Tadi kau cakap tak boleh jalan kan? Naik lah, aku gendong kau sampai bilik"

Mulut aku ternganga. Lah piggyback? Aku ingatkan nak buat bridal style. Tak romantik abang Rees. Aku bukan budak-budak piggyback. Aku nak abang Rees cempung aku gaya bridal style. Aku merungut dalam hati.

"Kau tercegat lagi tu kenapa? Nak jalan sendiri?" abang Rees dah mula menyinis. Ehh dia ni, memang kejap je baik. aku sakit-sakit pun sempat nak menyinis.

Aku mengeluh kecil. Piggyback pun piggyback lah dari abang Rees tak kisah langsung pasal aku. Tak begitu rela, aku naik atas belakang abang Rees. Aku berpaut di lehernya untuk imbangkan tubuh saat abang Rees berdiri.

Waktu abang Rees tengah daki tangga, tiba-tiba aku dapat idea nakal. Tangan yang melingkar di leher abang Rees aku leraikan satu persatu lalu aku suakan bawah lengan abang Rees. Straight ke dada pejal abang Rees. Mulanya aku tak buat apa pun. Hanya letak. Selang beberapa saat, dengan berhati-hati, aku picit dada abang Rees. Wow wow, pejalnya. Mesti abang Rees selalu pergi gym kan. Makin lama makin ralit pula aku picit dada pejal abang Rees. Syok woo! Bukan selalu dapat peluang macam ni. Bila dah dapat ni kena maanfaatkan semaksima mungkin. Sampai di tangga yang terakhir, abang Rees berhenti sekejap. Kemudia pusing belakang. Dari sisi wajahnya, aku nampak dia sedang menjeling gara-gara perbuatan aku. Tapi dia tak boleh menepis tangan yang berkerja kerana dia tengah gendong. Aku ketawa jahat dalam hati.

Masuk dalam bilik, tanpa amaran abang Rees terus humban aku atas katil. Sakit juga punggung aku terhenyak walaupun atas tilam lembut. Tengok lah tukang yang humban.

Abang Rees pandang aku tajam. Tahu aku bersalah, aku cuma sengih umpama kerang busuk.

"Sekarang kaki kau je kan sakit? Kau nak ke, aku sakitkan tangan kau sekali?"

"Alah Una cuit sikit je" aku cuba untuk sentuh dada abang Rees sekali lagi dengan telunjuk aku. Namun kali ni abang Rees cepat berundur ke belakang. Aku tahan senyum. Abang Rees ni takut sangat aku nak apa-apakan dia.

"Bukan luak pun abang Rees kalau Una cuit sikit" aku buat gaya cengkam harimau dengan jari aku betul-betul selaras dengan dada dia kemudian aku tengok abang Rees dengan mata mengecil penuh makna.

Rawr!

Tengok gaya aku, cepat-cepat abang Rees silangkan dua-dua tangan di dada dia. Aku gelak halus. Takut sangat abang Rees kalau aku terkam dia.

"Seram aku dengan kau ni" dengan itu, abang Rees menonong keluar dari bilik aku

"Kau nak makan apa? Aku nak keluar beli makan" tanya abang Rees ketika dia dah sampai di depan muka pintu bilik aku.

"Nak keuy teow kung fu"

"Nak keuy teow kung fu"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now