Bahagian I | Bab 29

19.6K 752 79
                                    

❝ You're my every reason ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You're my every reason ❞

•••••

[ Rees Aiden]

Bayang Una sudah hilang. Tak guna kau Rees! Tak boleh ke kau cakap baik- baik dengan dia. Tak penat ke kau sakitkan hati dia. Kau yang salah. Tapi kenapa aku lampiaskan marah kau dekat dia. Kau memang tak sudah-sudah kan sakitkan hati dia

You mad at yourself but lash out on her! What a coward you are Rees Aiden!

Marah dengan kata hati sendiri. Aku angkat penumbuk tinggi. Dilayang kuat ke dinding.

Dum! Dum! Dua kali buku lima aku berdentum dengan dinding bilik tutor.

Aku sedar yang kata-kata aku tadi benar-benar kasar dan dah lukakan hati Una. I know that my words are too harsh for her fragile heart. Tapi Una yang tak habis-habis provok aku. Dan Una tahu aku bukan jenis penyabar jadi kenapa Una tetap nak uji limit kesabaran aku.

Serabut, aku longgarkan necktie di leher kasar. Nafas menderu laju menahan marah. Entah. Aku tak pasti sama ada aku marahkan Una atau aku marahkan diri sendiri.

"Arghhh. Una!" aku serabaikan rambut sendiri. Aku pula bodoh sebab tak kejar dia terus tadi. Ahh Rees, kau memang bodoh. Mendengus kuat, aku tolak pintu bilik tutor dengan kasar dan aku hayun kaki pergi ke kereta aku yang terparkir di lot parking staff. Membolos masuk ke dalam kereta. Aku henyakkan punggung kasar. Kusut betul bila bergaduh dengan budak-budak macam Una. Sudahlah aku jenis tak reti memujuk. Tengok sajalah apa yang terjadi. Mulanya aku cari Una nak pujuk dia balik ke rumah. Tapi lain pula yang jadi. Sudahnya, masalah jadi makin besar. Ahhh kusut!

Ego, aku buang apa yang dah jadi tadi dalam kepala. Masuk gear, aku pegang stereng. Bersedia nak pulas stereng kereta untuk keluar dari halaman school. Tapi entah kenapa tangan aku cuma statik di stereng kereta. Air mata Una yang berjuraian jatuh di pipi mulusnya sebentar tadi mula diulang tayang di minda tanpa aku pinta. Esak tangis Una bergentayangan di fikiran aku persis pita rakaman yang dimainkan tanpa henti.

How could you break my heart like it was nothing to you

How could you when your name was all over my heart.

I hate you.

Jerk!

Suara tersedu Una mula terngiang-ngiang di telinga. Aku pejam cuba mengusir semua tentang Una. Makin dicuba, makin kuat adegan Una menangis menjengah ruang minda aku.

"Damn! Damn!"

Seranahku kuat sambil memukul stereng kereta kuat. Tarik nafas. Aku hembus kuat. Hampir mendengus. Pintu kereta aku buka, dan aku keluar dari kereta. Tanpa fikir panjang, terus aku masuk ke bangunan TI. Ketika aku keluar dari bilik tutor tadi, aku sempat tangkap kelibat Una membelok masuk ke dalam bangunan TI.

Why do you always make me care about you Husna Nashwa!

Tekan lif. Aku berhenti di tingkat yang aku rasa Una akan ada. Berjalan keliling koridor sambil mata melingas ke kiri kanan. Mata juga tak lupa menjenguk ke dalam bilik bacaan dan juga lab yang ada. Mencari batang tubuh Una. Tapi sudah keliling koridor pun. Bayang tubuh Una masih lagi tidak kelihatan. Aku naik lagi satu tingkat dan teruskan pencarian. Tapi pencarian aku berjumpa jalan buntu bila kelibat Una pun aku tak nampak. Aku mengeluh hampa. Mungkin Una sudah balik. Jadi, aku turun balik ke bawah. Memandangkan hari dah lewat petanf dan aku pun tak solat asar lagi. Jadi aku tak boleh berlama di sini. Bukan tak risau pasal Una, tapi aku assume Una dah balik desa kerana puas aku cari di sini tapi tak ada.

Turun ke bawah, mata aku terbuntang tengok grill belakang sudah dikunci. Laju aku menghampiri. Berharap yang guard cuma tutup saja tanpa mengunci. Tapi harapan aku punah bila terpandangkan mangga yang tergantung itu.

Geram, aku hentak kuat tangan di grill besi yang sudah berkarat itu.

"Great. Darn it!"

Pintu belakang tutup, aku beralih pula pintu depan. Sampai di pintu depan, aku lupa yang pintu itu hanya aku terbuka bila aku scan kad yang sudah diaktifkan oleh school. Biasanya untuk pensyarah postgraduates student dan juga final year student kerana mereka banyak guna lab untuk final year projek mereka. Shit! Tadi semasa aku keluar kereta, aku tak fikir panjang. Aku cuma fikir Una. Langsung aku tak bawa apa-apa waktu keluar. Dompet telefon semua dalam kereta. Just great. Fantastic!

Bertenang, aku tengok jam di tangan. Dah pukul 7 dah pun. Sikit lagi nak maghrib. Jadi aku putuskan untuk ke surau dulu tunaikan solat asar sebelum terlepas.

Usai, berdoa. Aku bangun dan lipat sejadah ke dalam almari yang disediakan surau. Kemudian aku duduk bersila sambil termenung. Nampaknya aku kena bermalam di surau ni jelah. Nak ke bilik aku, kunci tak ada. Berbaring, aku buka phone. Aplikasi instagram aku buka. Aku perasan Una ada letak ig story, jadi aku buka ig story dia. Una tak pernah tahu yang aku follow dia sebab dia tak pernah tahu yang aku ada akaun instagram. Aku bukan suka sangat instagram. Aku buat akaun pun sebab nak tengok perkembangan Una. Buktinya. Following aku cuma Una sorang saja. Ig storynya diupload sejam yang lalu.

Stuck and I hate you

Aku terbangun saat terbaca apa yang Una tulis. Stuck? Apa mungkin Una pun macam aku. Terperangkap dalam bangunan TI ni. Aku perhatikan betul-betul gambar yang diguna sebagai latar belakang oleh Una. Aku macam kenal tempat ni. Tak berlengah, terus aku angkat punggung dan keluar. Kasut disarung ke kaki dan aku mula mendaki tangga untuk ke tingkat enam. Sesampai di tingkat enam. Aku nampak bilik PGV 1 itu bercahaya. Una! Hatiku bergema. Aku percepatkan langkah dan tolak pintu. Terus mata menebar ke segenap ruang mencari Una. Mata terus tertancap pada Una yang sedang terbaring lemah di atas karpet di hujung bilik berbantalkan dengan tote bagnya. Una aku hampiri. Muka Una tampak pucat sekali di mata aku. Muka Una aku pegang. Ya Allah, panasnya.

"Una kau okay tak ni?" aku goncang bahunya perlahan. Tapi tiada respons. Una hanya mengerutkan muka. Aku selak tudung Una. Sentuh lehernya. Ya Allah panas gila ni. Una demam balik kalau macam ni. Ya, tepat sangkaan aku bila aku tengok tangan Una mengigil kesejukan. Aku terus bangun mencapai alat kawalan jauh aircond. Punat off aku tekan. Dan aku kembali duduk bercangkung di tepi Una. Meneliti keaaadan Una yang agak merisaukan itu.

 Meneliti keaaadan Una yang agak merisaukan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

So how? Rasa apa? bila dh baca POV Rees😅. Next chap still POV Rees. Korang selalu nak baca sisi gentle Rees kan? Next chap you will, hehe🙈🙈

Happy reading lovelies😘😘

Pikat Hati Dr Jerk ✓Where stories live. Discover now