24 - ending

1K 34 43
                                    

( sebab ku mengerti Cinta itu tak mesti memiliki..dirimu)

*Dengar ok lagu atas tu. Best tahap tahap teruk hahaha

4 Tahun selepas itu~

liya pov.

4 tahun berlalu. Tipu lah tiada perubahan. banyak. Terlalu banyak. Syaz kini membuka sebuah restaurant yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Restaurant tersebut dinamakan sebagai 'de rais'. Syaz kelihatan semakin bahagia terkadang ketawa menampakkan barisan giginya.

bagaimana aku tahu? haha. Aku tahu aku macam psycho. Tapi aku sentiasa memerhati gerak geri syaz dari kejauhan sejak perpisahan kami. Aku cuma nak memastikan dia bahagia. Dia baik baik sahaja. Ada sekali pada 3 tahun lepas syaz mencuba membunuh dirinya dengan melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Mujur ada orang awam yang sempat menyelamatkannya. Tuhan saja tahu betapa takut aku ketika itu namun aku tak berani menunjuk wajahku mahupun bayang kerana aku ingin dia melepaskan aku daripada hatinya dan meneruskan hidup.

buktinya. Dia berjaya sekarang dan dia lebih bahagia tanpa aku disisi.

aku berjalan masuk kedalam restaurant tersebut dengan mask yang tersarung diwajahku. Aku berani kerana syaz tidak mengecamku. Aku merupakan pelanggan tetap disana sejak 2tahun lalu namun tidak sekalipun dia mengecam wajahku mahupun suara milikku.

"Spagetti bolognese and orange juice kan?" cashier dihadapanku menduga. Aku hanya mengangguk tanda benar. Ya aku membeli menu yang sama sehingga cashier tersebut pun dah tahu apa yang aku akan beli.

"Mira, saya nak ke mall sekejap dengan cik qila, nanti apa apa telefon ye" syaz entah daripada mana memaklumkan pada cashier yang bernama mira dihadapanku kini.

Wajahku dipandang sekilas. Dan dia terus berjalan pergi. 'Syaz masih sama tak pernah nak ramah dengan orang yang tidak dikenalinya' gumam aku melihat figuranya menjauhi restaurant ini.

"Yang tadi tu owner ke?" soal aku ramah.

"haah cik, owner nya ada 3 orang, cik qila,  cik rin dengan cik yang sombong sikit tadi tu cik syaz dorang share bertiga" kurang asam dia kutuk boss dia sombong ye hahahaha

"ouhh boss awak yang cik syaz tu memang sombong ke? belagak betul" saja aku menduga apakah reaksi pekerja nya.

"eh tak ada lah, cik syaz tu okay aja, suka ketawa orangnya, lagi lagi bila dengan cik qila and rin, lagi satu kadang tegas orangnya dah kalau A..A lah katanya" syaz masih sama. Dengan sifat keras kepala. Haha aku ketawa perlahan mengingati kisah tuala yang terjadi 5 tahun lepas saat aku menggunakan tuala miliknya.

"Kenapa cik tanya?" soalnya pula.

"ha? tak ada apa apa misteri aja boss awak tu sebab muka cemberut aja macam cuka hahaha" kataku dengan ketawa yang masih tersisa.

aku terus membayar spagetti milikku dan terus beredar daripada restaurant tersebut.

"Syaz..syaz.. tak berubah lagi ye dengan perangai 'tak menegur stranger' dia tu. Hahahahahah" ketawaku seorang diri sambil memandu pulang kerumah milikku.

Oh ya. Aku sekarang memiliki sebuah kereta jenis axia bewarna hijau (ha tahu comel). Setelah menyimpan duit dalam beberapa tahun ini aku berjaya membeli sebuah rumah teres 1 tingkat juga. Cukuplah untuk aku yang tinggal bersendirian. Dhia pula telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dijodohkan oleh keluarganya. Dan telah mendapat seorang cahaya mata perempuan yang bernama 'airis syakila'. Sehingga kini aku masih berkawan dengan dhia. Terkadang pergi shopping dan mencuci mata bersama.

kehidupanku pula? seperti biasa pekerjaanku adalah pergi mengekori kemana sahaja syaz pergi dan mengambil tahu segala perkara yang dilakukannya dalam diam. oh ya aku juga telah membuka beberapa cawangan kedai runcit disini. Jadi tidaklah susah untuk bekerja lagi. boss boss gituu..

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Where stories live. Discover now