7

642 34 3
                                    

Liya pov.

Entah kemana hendak aku tuju, balik kampung? aku kan dah diusir makcik. Mujurlah duit simpanan dari aku bekerja dikedai aksesori tersebut ada di akaun bank. Dapatlah aku duduk dibilik sewa buat sementara waktu ini. sudah cinta ditolak. Tempat tinggal pun hilang. Lupa. Bak kata syaz. 'Aku cuma menumpang.'

Buat masa sekarang, aku cuma hendak mencari bilik sewa sahaja. tapi dimana? usah kan kuala lumpur, jalan ke rumah syaz pun sudah aku lupa dimana. Yela selalunya syaz yang tumpangkan aku dibelakang, aku pun selalu asyik terpikirkan dia sampai lupa hendak hafal jalan. Argh! menyusahkan! mengingati dia adalah perkara yang menyusahkan kau liya! gila.

Sekarang cuma aku disini. menyandang beg nenek gajah berjalan tanpa arah tuju. Hendak tangis cinta ditolak tak guna juga liya oi. Kau meraung pun bukan dia datang cari kau. Kau tu bukan sesiapa. Menumpang je. Argh kenapa aku keluar? kau bodoh liya bodoh! sekarang? kau nak pergi mana? huh bodoh.

*******************************

syaz pov.

"kau kan!! jangan ikutkan keras kepala kau syaz! jadi apa apa dekat budak liya tu nanti memang siap kau syaz!!" Kata kata qila tadi masih terngiang dikepala ku, argh kusut!

'dia budak lagi syaz, dia bukan tahu pun jalan dekat sini. Kalau dia kene culik lepastu dijadikan pelacur macam mana? habislah kau syaz, qila mengamuk tu, habislah kau.' kata hati aku mengapi apikan diriku.

"Diam!!" bentakku. Seorang diri. Aku gila mungkin. Macam mana kalau sesuatu terjadi? eh kenapa pula nak risau, dia tu bukan sesiapa pun. Tapi aku suka dia. Eh yeke aku suka dia? NOOOOO???!!!

aku kena cari dia. Betul tak? Ye aku kene cari dia!

kunci motosikalku diambil, sweater bewarna kelabu aku sarungkan. Ya aku kena cari dia. Kalau bukan sebab keras kepala aku. Kalau bukan aku maki dia. Tak ada nya dia keluar. Jadi apa apa dengan anak orang kau berdosa weh.

"Kau nak pergi mana? baru nak cari? tadi bukan kemain belagak dengan aku?" ujar qila yang masih ditenangkan oleh rin disofa hadapan tv.

"Dahla sayang" ujar rin.

"Bila masa pulak aku nak cari dia? aku nak pergi lepak mamak. Duduk dalam rumah ni semak kepala je" bohong aku dan terus segera keluar dari rumah tersebut.

aku tunggang motosikal ku perlahan, mata tak lekang memandang kekiri dan kanan takut takut kelibat liya kelihatan dimana mana bahu jalan. Risau muka membelengu diri aku. Mungkin benar. Aku cintakan dia. Atau cuma aku sayangkan dia sebagai kawan? aku sendiri tak pasti dengan hati perasaan aku sendiri. Perasaan ni, tak sama macam perasaan aku bila dengan mia. Maksud aku. Aku tahu mia tu sukakan aku. Tapi aku tak mampu nak sayangkan mia macam mana liya buat aku sayangkan dia. Aku keliru!

********************************

Nobody pov.

"Haih, lantak lah apa pun yang jadi, aku dah letih." ujar liya kepenatan dengan beg yang berat, berjalan entah berapa kilometer dari rumah syaz itu. Dilabuhkan punggungnya di perhentian bas tersebut. Hela nafas panjang dilepas. Bintang dilangit ditatap tanpa perasaan. Cantik.

Beberapa minit selepas itu, muncul sebuah kereta honda civic bewarna putih berhenti dihadapan tempat liya berada.

"Eh syaz ke? sejak bila pula syaz ni ada kereta honda?" soalnya liya hairan didalam hati. Sepanjang keberadaan dia dirumah syaz, tak sekalipun dia melihat syaz memandu kereta atau mempunyai apa apa jenis kereta.

"liya. Tak payah pikir syaz sangat lah. Tak mungkin dia cari kau. Dalam mimpi la liya oi!" ujar kata hatinya.

"Hai." ujar seseorang yang berhenti dihadapannya itu. Cermin kereta diturunkannya.

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Where stories live. Discover now