4

687 35 0
                                    

syaz pov.

Harini bermula lah pekerjaan baru aku di kedai aksesori tersebut. Oh ya sebelum terlupa. Liya pun bekerja ditempat yang sama denganku. Dari tadi tak habis habis dok kenyitkan mata. Meremang bulu roma.

"Hai syaz" sapa salah seorang pekerja tetap disitu yang menjaga bahagian cashier. yang tertera dinametag nya 'mia'.

"er hai" balas aku awkward.

"Kejap lagi launch jum teman saya nak tak? boleh kenal kenal dengan awak" soalnya sambil melihat lihat kearah kaunter, takut takut pelanggan nak membayar barangan.

"Er tapi.." baru sahaja aku ingin membalas ajakan mia, kata kata aku dipintas oleh makhluk sewel. Seperti biasa. Liya la siapa lagi.

"Sorry, my baby ni tak biasa makan dengan stranger, dia biasa makan dengan saya je, kalau tak ada saya nasi yang dia makan pun terasa pasir tau" ujar liya sambil membuat mimik muka yang bangga.

"Ouh yeke hahaha, so awak ikutlah sekali launch nak tak? boleh borak sekali" soalnya kepada liya. Aku pula dah tercengang dekat situ.

"Eh boleh je takdehalla, tu ade customer tu pi cepat" halau liya. Dan mia terus berlalu pergi ke kaunter tersebut semula.

"Suka latu ada minah dok tergedik dekat awak!" marahnya padaku tapi diperlahankan suaranya, takut takut orang lain mendengar perbualan aku dan dia.

"kau dah kenapa nak emo? dia ajak launch je kan lagi satu aku bukan ade hubungan ke apa apa pun dengan kau yang kau nak marah sangat dah kenapa? berambus sana semak kepala aku je" ujar aku dan menghalaunya pergi. Terlihat dia menghentak hentakkan perlahan kakinya dan berlalu ketempat dia menyusun barang tadi. Er mengada!

****

liya pov.

sejak launch tadi lagi, kesayangan aku ni mesra betul dengan si mia beruk ni, haha biarlah nak panggil dia beruk sebab aku benci dia la! ish! Bergelak ketawa, sampai je dekat turn aku mulalah dingin hulk dia tu datang, dengan beruk ni okay pulak, menyampah. Nak je aku siram beruk ni pakai air teh o ais ni ha lepastu si syaz ni aku hempuk pakai nasi ayam. Ha ngam. Gerammnyaaa!!!!

"liya? oi liya pekak ke?" soal syaz sambil tangannya dilambai lambaikan dihadapan wajah aku.

"Ha ape dia?" soal ku dingin. Malas hendak melayan, buat sakit hati je!

"aku tanya kau ni, nasi kau tu nak kuis kuis sampai esok ke? ke kau nak sedekah dekat lalat suruh makan nasi kau ni?" soalnya sengaja menyakitkan hati, see? aku dah cakappp yang dia ni lebihkan si beruk tu!! sampai aku je dia dingin. Hm.

"ha lantak la lalat ke biawak ke 'buaya' sekali pun nak makan" ujarku sengaja ditekankan perkataan 'buaya' itu.

"Ha lantak kau lah" ujarnya. Si beruk tu hanya menahan ketawa. Suka la tu aku sakit hati dengan si syaz ni! ergh.

"liya, awak umur berapa ya?" soal beruk eh bukan bukan, mia ha mia, soal mia kepada aku.

"Saya umur lapan..." baru sahaja ingin aku membalas pertanyaan tersebut dipintas pula oleh syaz!! eee sakit hati betul lah!

"dia ni 18, adik adik lagi ni, tak payah layan dia, dia ni sewel" ujar syaz, argh melampau!

aku terus bangun dari tempat dudukku dan mengambil beg silangku untuk pergi dari situ. Makin lama makin sakit otak aku, rasa nak cekik cekik je dua orang ni lah!

"eh liya nak pergi mana?" soal mia yang membuat mimik wajah kehairanan.

"ouh ha nak pergi..ha pergi 7eleven kejap lupa pula nak beli topup" jawabku

"aku ikut kau" ujar syaz menawarkan diri untuk mengikuti ku, sebok je, tadi menyakitkan hati sangat lepastu sebok nak ikut pulak!

"eh tak payah lah, dekat je pun, siapa nak teman mia nanti takkan nak tinggal dia sorang" ujarku menolak pelawaan syaz tadi, padahal nak dia ikut haha. Ngok lah aku ni.

"sukati aku lah, aku pun nak beli topup jugak, mia nanti kita jumpa dekat kedai eh? " ujar syaz dan menarik pergelangan tanganku beredar dari situ. Auch crush pegang tangan weh omaigod omaigodd!! hahaha

"ape pegang pegang, haram tahu tak?" soal ku dingin haha

"haram pale otak kau lah, ingat aku nak sangat pegang tangan kau yang macam tangan beruang ni ke?" balasnya. See? menyakitkan hati betul!

"Ha dahtu yang sebok ikut saya kenapa? alamak ai" ujar ku dan menarik tanganku dari pegangannya.

"aku malas nak duduk dengan dia, muka dia macam muka nak makan aku je, takut aku" ujarnya sambil berjalan disebelahku.

"eh dengan saya awak tak takut pulak eh?" soal ku kepadanya.

"kau? perghh dengan kau lagi aku takut. Muka dahla macan perogol bersiri, lepastu pervert lepastu blablabla" bebelnya, aku yang terasa lebih sakit hati terus menolaknya ketepi hingga tersandar kedinding dan terus aku berjalan laju ke 7eleven tersebut meninggalkan dia sendirian.

******

"Weh perempual sewel" panggilnya pada aku ketika aku sedang memilih keropok di 7eleven untuk dibawa pulang petang nanti namun aku cuma mengendahkan menganggap dia tidak wujud disitu.

"woi ngek aku panggil kau ni" dipanggilnya aku lagi, namun aku seperti biasa, mengendahkannya.

"ee! sakit hati kalau cakap dengan perempuan ngokngek macam ni tahu tak, panggil panggil tak dengar, telinga tu lain kali letak dekat bawah tapak kaki la, suruh kaki yang mendengar yang susah sangat nak nyahut, ingat aku nak panggil sangat ke, nak tanya je pun. menyampah la aku" bebelnya seorang diri sambil berlalu pergi ke kaunter untuk membayar barangan yang diambilnya. Manakala aku cuma menahan ketawa, padan muka! siapa suruh sakitkan hati aku tadi kan?! hahaha

selesai syaz membuat bayaran, ditunggunya aku diluar sambil men-scrol telefon bimbitnya. Cantik. Cara dia berdiri, cara dia memegang telefon dan yang paling penting cara dia tersenyum manis ketika mata ralit memandang kearah telefon bimbitnya. Aku suka segala cara dia. And aku tak bergurau.

"Cik? cik" sapa penjaga kaunter tersebut, memandangkan aku terlalu fokus meneliti wajah syaz dari kejauhan.

"yeye, berapa?" soalku.

"11.80 sen cik" ujarnya.

skip.

"haaa buat apa hah sampai tersenyum sorang sorang?" soal aku yang baru sahaja keluar dari pintu 7eleven tersebut.

"Ha? Adela. sibuk la kau ni" ujarnya padaku, terus hilang senyum manisnya tadi. Dingin gila weh dia dengan aku. Arghhhh

"Awek la tu" jawabku dengan jelingan dan terus berjalan laju meninggalkan dia yang terkebil kebil sendirian memanggil namaku. Lantak kau lah syaz.

******************************

Syaz pov.

Aku tatap gambar liya yang aku tangkap secara senyap sebentar tadi haha comel, walaupun dari belakang, tanpa sedar aku tersenyum sendiri, eh? buat apa aku nak senyum tengok minah sewel? nono aku tak suka dia right? terlampau awal lah syaz nak sukakan orang macam dia! entah dia macam mana, takkan lah kau nak terus suka dia kut? kau tak takut ke syaz kalau kau ditinggal atau dia tak dapat bertahan dengan kepala angin kau ni? sabar syaz, terlalu awal.

"haaa buat apa hah sampai tersenyum sorang sorang?" Soalnya tiba tiba, aduh jangan la dia nampak aku dok tengok gambar dia tadi, harap harap tak weh, malu aku, nak nyorok dalam plastik bag ni boleh tak? eh mana muat hahaha

"Ha? Adela. sibuk la kau ni" ujar aku sambil membuat mimik wajah yang sedingin mungkin, padahal dalam hati dah mengucap harap dia tak nampak apa aku tengok tadi.

"Awek la tu" ujarnya dan terus meninggalkan aku sendirian. Aku tengok gambar kau lah! mana datangnya awek. Ish pape jelah

Bersambung.

p/s; hey gais. And hey love. macam mana? Cerita ni merepek tk? kalau tk merepek bukan aku la tu hahaha. Thnks fr yr vote! btw luv ya. Hahaha

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Where stories live. Discover now