10.

606 25 4
                                    

(Author dah mula merepek. Hahaha bacalah. And dengarkannn lagu yituu cewahh hahahaha happy nampak? tak lah. Author la manusia paling pandai pura ii hshshsha ok abaikan)

2 Jam setengah selepas itu~

"baby? baby? kita dah sampai" kejut liya. Bahu syaz digoncang perlahan.

"hah? emm dah sampai? sampai mana?" soal syaz yang masih dalam keadaan mamai.

"kita sampai...." kata kata liya segera dipintas oleh syaz. "Kita dekat mana? kenapa orang dalam kereta! kenapa? kita dah mati ke? kita accident lagi ke? orang taknak mati lagi, sesiapa tolongg!!!" pekik syaz cemas. Rin dan juga qila yang berada diluar sedang merenggangkan badan juga terkejut dan segera mendapatkan syaz.

pintu belah penumpang disebelah syaz dibuka oleh qila cemas. "Qi...qila..ak..aku..ta..taknak mati..ak..aku tak sengaja bb..buat dia hilang ingatan" ujar syaz tergagap, airmata sudah membasahi pipinya.

"Hey, its okay beb, kau tak mati lagi pun. And bukan kau sengaja pun nak kemalangan masa tu. Kau dah lepaskan dia. And kau dah ada liya. Remember kita datang sini nak ambil rumah liya semula?" soal qila lembut. Airmata syaz dikesatnya. serta merta syaz tersedar, wajahnya dipalingkan kearah liya yang berada dibelakang nya.

"Orang minta maaf! orang tak sengaja orang takuttt" ujar syaz. Tangisnya jatuh semula sambil ditekap wajahnya didada milik liya.

"tak apa, saya paham awak fobia, jadi kita dah sampaiii!! jum keluar nak tak?" ujar liya teruja. Sementara syaz mengangguk dan mengesat airmatanya. Mulut sedikit dicebikkan. Manja.

liya keluar dari perut kereta, tangan kirinya dihulurkan kepada syaz dan disambut mesra dengan senyuman yang melebar dari syaz.

Indah. Didepan mereka terbentanglah sebuah laut yang luas, tidak jauh dari tempat mereka berdiri terlihat sampan sampan dan juga bot yang sedang menarik pukat, beberapa orang kanak kanak sedang riang bermandi manda bersama keluarga. Semuanya tersenyum bahagia disitu. Begitu juga syaz dan liya yang masih berpegangan tangan.

"Awak kena lawan perasaan fobia awak b, kalau awak tak lawan sampai bila bila awak akan jatuh dalam ketakutan sendiri. Lawan perasaan tu b, saya tahu awak boleh, jadi saya nak awak lawan, jangan takut, saya ada dengan awak, pegang tangan awak, peluk awak kalau awak perlu, awak tak perlu rasa saya jauh pun. Sebab saya akan selalu ada disisi awak walaupun dalam mimpi suatu hari nanti" ujar liya tersenyum nipis sambil memandang laut. Angin yang menerpa kewajah kedua wanita tersebut tenang.

"macam mana kalau orang tak mampu nak lawan fobia orang ni? macam mana kalau orang sampai bila bila pun tak akan hilang perasaan takut ni?" soal syaz.

"b, tanpa usaha tak ada apa apa awak dapat b, usaha lah, percaya pada diri awak, macam mana awak boleh lepaskan ex girlfriend awak, macam tu juga awak boleh lawan perasaan fobia awak." terang liya tersenyum nipis mengingatkan kejadian tadi, dia tahu benar bahawa syaz belum sepenuhnya melepaskan ex-nya. kecewa? ada. Cuma lebih baik dia memendam dari melepaskan semua. Perasaan dan hidup syaz kini keutamaan baginya. Terlukanya syaz terluka juga dia.

Diam.

"gais kita nak bermalam dekat pantai ni ke? Taknak pergi rumah si liya ke syaz oi" pekik qila yang tidak jauh dari mereka yang berada dalam pelukan rin. Rin ni pendiam orangnya, tak banyak bercakap, tapi macam mana lah dia boleh jadi seorang peguam. Pelik. Itulah orang cakap, jangan menilai seseorang dari perwatakan dia sahaja.

"Yelah okay jum" balas syaz. Diberanikan dirinya menaiki semula kereta tersebut. "Kau okay?" Soal qila, takut takut syaz meracau seperti tadi. "Aku okay, rin jalan je okay? syaz okay je ni" balas syaz meyakinkan mereka bahawa dia keadaan baik baik sahaja. Padahal tangannya sedang mengenggam erat lengan liya. Dipejamkan matanya sekali lagi. Takut.

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Where stories live. Discover now