6

645 36 3
                                    

liya pov.

seperti biasa, hari hari masih sama, aku dan dia masih begini, aku mencinta sedangkan dia tidak. Berginilah dunia, tak semestinya kita dicinta dalam mencinta. Sakit bila cuma kita yang sentiasa tunjuk effort untuk dapatkan dia, tapi dia sentiasa menjauhkan diri.

"hai liya, syaz mana eh?" Soal seseorang yang memecahkan lamunanku. Mia. haih kacau.

"Syaz? tandas kut pergilah tengok" ujarku dingin. Dan dia terus berlalu mencari kelibat syaz. Sejak beberapa minggu, syaz lebih mesra bersama mia, aku dipulaukannya, sakit? sudah tentu! sakit yang tak mampu aku ungkap bila aku harus tengok drama mesra mereka berdua dihadapan mata.

Beberapa minit selepas itu, kelibat syaz mulai kelihatan sambil mia memeluk lengan syaz dan ketawa mesra. Apa yang kelakar sangat? Aku cuma membiarkan mereka melepasiku dengan ekor mata, takut nanti kalau aku tengok mahu perang dunia. Sakit hati teruk ni, makan hati, limpa, hempedu, jantung semualah.

********************************

Seusai pulang, aku cuma mendiamkan diri, yelah penat melayan drama yang tak sepatutnya dekat tempat kerja, balik kerja rehat lah sekejap. Ha.

"oit liya, nak makan tak? qila dah siap masak" soalnya padaku. Manakala aku cuma menggelengkan kepalaku sambil mata yang tertutup. Arghj nak menangis boleh tak? nak meraung. Nak menjerit. Nak tumbuk muka mia tu sekali!!

"suara mana suara? hah suara tu dah pergi campak dekat afrika ke?" soalnya menjengkelkan. Aku tak ada mood ni syaz. Sekarang bukan masa yang betul nak jadi orang annoying.

aku cuma mendiamkan diri membatu, nafas cuba aku tarik sedalam yang mungkin dan hembus perlahan, cuba untuk kawal perasaan aku sendiri.

"susah cakap dengan orang bodoh" ujarnya seraya memegang tombol pintu untuk berlalu keluar.

"haah, memang aku bodoh, sebab aku suka dekat kau and kau suka dekat si mia tu! Kau tahu aku suka dekat kau! tapi kau buat apa?! kau dengan mia tu. lepastu aku? kau pulaukan. Kau ingat aku ni apa?!! kau pikir aku tak sakit nak kene tengok drama kau dengan dia setiap hari? kau ingat aku tak penat ke syaz! Lepastu tak habis habis dengan baran kau tu! Semua oranf ada baran! tapi kawal lah baran kau tu!" Pekikku padanya sambil bangun dari pembaringan aku tadi. Hilang gelaran awak saya baby segala baby aku. Geram tahu tak?

"Eh aku ada suruh kau suka dekat aku? tak kan? yang kau nak menggelabah sangat tengok aku dengan si mia tu dah apehal? kau tu kene ingat sikit kau tu menumpang je dekat sini, kalau bukan qila kutip kau, kau merempat kene rogol dah kat tempat tu haritu. Lagi satu. kita bukan ade hubungan pun. Dah kalau kau sakit hati tengok aku dengan mia tu kau berenti jelah! settle masalah. Semak betullah" balas syaz sambil menumbuk pintu bilik dan menghempasnya. Diambil kunci motosikal, lalu entah kemana pergi hilangnya.

*******

Nobody.

Qila yang berada dimeja makan pula tercengang melihat peperangan antara beauty and the beast haha. sungguh terkejut dia, syaz tak pernah seperti itu, maksudnya selalunya syaz terus akan naik tangan dan kaki, tapi dengan liya? dia terus menumbuk pintu dan pergi. Nampak disitu yang liya tu istimewa sebenarnya dihati syaz sehingga syaz tak sanggup sakiti dia. Cuma syaz yang ego dan cuba lawan perasaan sendiri.

"liya? dah jum lah makan, sorry pasal syaz tu, dia memang baran liya, sejak dulu lagi, kasar je percakapan dia, ganas je cara dia, tapi sebenarnya dia bukan yang macam tu. Dia baik sangat, dia manja tau? Harap liya tak ambik hati tau?" ujar qila cuba memujuk liya yang sudah mengalirkan airmatanya.

"Tak apa lah qila, saya kan menumpang? tiba tiba saya rasa tak selesa pula, saya nak keluar dari sini" ujar liya mengesat airmatanya dan terus mengambil beg sandang nenek gajah tersebut dan dimasukkan baju baju dan barangannya kedalam beg. Manakala qila segera mencari telefon bimbitnya untuk menelefon syaz.

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Where stories live. Discover now