13.

467 22 3
                                    

(Author susah nak minat sesuatu lagu tau. Tapi kalau author share dekat sini. Namanya author suka sngt lagu tu. Tapi semua lagu broken lah sebab author ni ending hidup mmng tk pernah bhgia. Oky abaikan)
********************************

"Liya dah siap masak?" soal qila yang baru sahaja keluar dari bilik syaz selepas selesai menenangkan wanita tersebut.

"lagi sikit je ni, kenapa syaz dah tidur ke?" soal liya prihatin.

"belum lagi, dia tengah tak berapa okay tu, awak bersabar sikit dengan dia ya?" ujar qila. Bukan sedikit. Tapi banyak sebenarnya. Hati syaz sedang berbahagi.

"okay tak apa saya paham, okay lah saya nak hidangkan spagetti ni untuk dia, kalau awak nak juga ambil lah ya?" balas liya dan terus meletakkan spagetti tersebut didalam dulang. Air teh o diletakkan beberapa ketul ais. Sudu dan garfu diletakkan disisi dulang. Dan terus menuju kearah bilik tidur mereka. Mesti syaz sedang kelaparan sekarang.

"awak? saya dah siap masak. Nah awak makan lah, jangan lupa baca doa tau? saya nak mandi sekejap, lepas makan awak pun mandi tau? jangan tidur tak mandi ye? awak kan tak suka? saya mandi dulu" ujar liya tersenyum hambar. Terluka hatinya bila dia dapat merasakan bahawa syaz masih mencintai wanita bernama 'dhia emelda' tersebut. Namun dia cuba bertahan dan kuat untuk cinta hatinya.

"thanks" ujar syaz ringkas dan mengesat sedikit airmatanya yang masih mengalir tersebut. Liya baik. Sangat baik, tak sekalipun dia berkasar atau meninggikan suara. Jika ada itu pun salah syaz sendiri kerana terlalu keras kepala. Makan minum liya selalu didahuluinya. Dah macam bini, semuanya disediakan oleh liya sendiri. Dia membuat syaz ketawa dengan gurauan hambarnya. Senyumnya membuat syaz bahagia hari ini dan juga esok. Dan lusa jika masih ada hari hari mereka bersama, setiap hari itulah yang akan menjadi hari bahagia mereka.

Tak seharusnya syaz masih mencinta masa lalunya saat dia ada yang terbaik dihadapan mata. Walaupun menjengkelkan. Wanita tersebut sangat mencintai syaz. Mengapa harus ada dua nama didalam satu hati? tidak boleh kah kita menerima kekurangan masing masing? Mengapa masa lalu dibiarkan menghantui? saat ada yang didepan mata. Yang lebih baik dicarinya. Mungkin yang didepan mata bukan lagi istimewa.

****

Seusai mandi, liya terus menyelimuti badannya dan mengereng ke dinding untuk melelapkan mata. Terlalu letih dan perih. Perut dibiarkan kosong. dia lapar tapi entah mengapa spagetti itu tak menyelerakan untuk ditelannya, jadi dia membuat keputusan untuk berehat saja.

"awak? tak makan ke? nanti sakit macam mana?" soal syaz prihatin, bahu milik liya digoncang perlahan pipi milik liya dicium sekilas.

"emm..tak ada selera lah" ujar liya seraya menarik selimut menutupi kepala miliknya.

"tapi kan awak tak makan lagi dari balik kerja tadi? kalau awak sakit nanti siapa nak jaga awak, jum lah makan" pujuk syaz lagi mengajak liya makan.

"kenapa? awak dah tak boleh nak jaga saya ke? dah tak boleh perdulikan saya ye sejak dhia datang semula dalam hidup awak?" Suara liya Semakin kendur. Hatinya terasa sakit teramat sangat. Airmatanya menitis tanpa diseka. dibiarkan saja airmata itu. Terlalu sakit untuk menahan ia dari mengalir.

"apa pula cakap macam tu, tak ada lah, saya dah lupakan dia. Sekarang saya cuma ada awak je" tipu syaz untuk memyedapkan hati. Sedangkan dia tahu dia masih mencintai dhia.

"saya janji, awak yang terakhir. Takkan ada istilah meninggal dan ditinggal. Remember? Awak ajar saya" pujuk syaz lagi. Dia sayang akan wanita dihadapannya ini tapi malangnya hatinya berbahagi.

"Em okay, awak dukung boleh? saya penatlah nak jalan" jawab liya. Meskipun masih sakit dia menolak segalanya ditepi. Yang penting wanita dihadapannya ini bahagia.

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Where stories live. Discover now