22.

482 22 11
                                    

Cinta..cinta...cinta..

aku..jatuh..cinta..

Esok nya ku pikir rasa itu akan menghilang dengan seiring waktu

Namun ternyata tak berubah

aku makin tergiur pada dirimu

cinta..cinta..cinta..

aku..jatuh..cinta..

(dengar lah lagu kat atas. Bestt)

"Boleh saya tahu kenapa awak tak nak saya beritahu syaz awak dekat hospital? dan apa yang terjadi sebenarnya antara korang?" dhia bertanya ramah.

"Saya tak nak menyusahkan dia. Lagi pula kami dah tak ada apa apa. Tak ada apa nak dibincang dan tak ada apa lagi nak diubah. Cukup sampai sini." Sungguh sakit dia ingin mengatakan kenyataan ini.

"jadi kenapa awak dan dia putus?" dhia masih bertanda tanya. Anak mata liya dicarinya ingin melihat kejujurannya.

"semua disebabkan kau. Aku putus dengan dia sebab kau. Kenapa kau kena datang semula dalam hidup dia? kenapa kau tak pergi dan terus pergi. Kenapa kau muncul bila aku nak merasa bahagia dengan dia. Dia tak pernah bagitahu kan? kau tu ex dia. Dan kau kemalangan sampai hilang ingatan dengan dia. Dia tak pernah bagitahu kan? sekarang aku bagitahu. Dia cintakan kau. Dalam masa yang sama dia cintakan aku. Dia tamak. Biar aku yang pergi. Kalau bahagia berpihak pada aku. Aku mesti akan bahagia walaupun tanpa dia. Aku percaya. Aku percaya pada cinta. Tapi mungkin aku tersalah berikan hati. Aku berikan cinta pada orang yang salah sebab tu aku kecewa. Sekarang aku tersiksa. Bukan tersiksa untuk melepaskan dia. Tapi aku tersiksa dengan hidup aku yang penuh dengan kesedihan. Aku taknak salahkan kau. Jadi biar aku je yang salah. Salah sebab aku tak dapat pertahankan orang yang aku cinta daripada berpaling." Tangis liya. Airmatanya kini berjujuran tumpah dan dibiarkan saja ia mengalir tanpa mengesatnya.

Dhia yang mendengar luahan liya tadi terkejut dan juga mengalirkan airmata, segera dia menjauhi wad tersebut. Airmatanya tumpah. Adakah salah dirinya kerana menghancurkan hubungan orang lain?  dia tidak mengetahui tentang hal itu. Sekarang dia tahu mengapa syaz mendekati dirinya dan hatinya terasa berbeza saat bersama syaz. Syaz pernah menjadi orang dicintainya.

Sulit kisah cinta mereka. Cinta tiga segi dan mungkin bersegi segi. Tak ada yang berbahagia. Kerana semua berasa sakit atas pendustaan dan penipuan. Cinta itu menyakitkan. Terkadang membunuh diri.

Dhia mengesat airmatanya kasar. Dia memasuki ruang wad yang didiami liya tadi semula. Kedua tangan liya digenggamnya lembut.

"saya minta maaf kalau kehadiran saya buat awak terluka mencintai dia. Saya tak ada niat nak ambil dia daripada awak. Saya tak tahu and tak pernah diberitahu sesiapa yang saya pernah ada hubungan dengan syaz. Saya minta maaf. Saya tak akan kembali pada dia, biarkan masa berlalu teruskan berlalu. Saya tak ingin berpaling dan dia bukan lagi milik saya, dia milik awak, jadi kembali lah pada dia" dhia mengesat airmatanya. Setelah dia tahu kebenaran barulah dia mendapat jawapan tentang persoalannya selama ini dan mengapa jantungnya berdegup laju saat bersama syaz. Lebih menyakitkan tidak sekalipun syaz jujur tentang hubungan mereka yang lalu. Seoalah dia dan syaz tidak pernah saling mengenali dahulu.

"tak ada apa untuk ubah lagi, saya dah buat keputusan, dan ini muktamad, kalau harus melepaskan itu lebih baik jadi saya relakan, saya tak akan bahagia atas penderitaan dan tangisan orang lain, saya takkan kembali pada dia walau saya cintakan dia. Kalau waktu mengizinkan dia pasti akan kembali. Dan kami akan bersama semula." ujar liya. Genggaman tangannya semakin erat. Dia sakit untuk menerima perpisahan ini, namun ia untuk kebaikan mereka bertiga. Ya. Syaz. Liya dan dhia.

(perpisahan yang menyakitkan bila saling mencinta tapi lebih sakit apabila salah seorang darinya berpaling dan mahukan kedua dua hati dalam masa yang sama.)

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Where stories live. Discover now