18.

459 27 18
                                    

(mood author fly to the moon hahaha buka lah lagu tu boleh feeling ii sedih hahahaha)

"Sejak bila awak keluar dengan si mia tu? abis orang ni apa untuk awak sampai awak keluar dengan orang lain?!!" Tengking syaz. Perasaan amarah nya mengusai dirinya oleh kerana liya tidak ingin pulang kerja bersamanya. Dan yang lebih menyakitkan hatinya apabila dia tahu liya keluar bersama mia.

"apa benda nya. Saya nak tidur lah b penat ni baru balik kerja" ujar liya malas hendak melayan.

"oh kau penat? lepastu aku ni? tak penat ke tunggu kau balik? Dah berfoya dengan betina gedik tu lepastu kau nak penat penat apahal!" tengking syaz lagi. Tangannya dicekakkan dipinggang miliknya

"apa aku aku? boleh tak b kawal perasaan b? boleh tak jangan nak berkasar? cakap elok elok boleh kan?" ujar liya bersabar mencuba menahan perasaannya kini.

"buat apa aku nak cakap baik baik dengan orang macam kau? perlu ke aku hormat kau? dasar tamak!" ujar syaz lagi.

"b! saya nak tanya. Siapa yang tamak sekarang ni? saya atau awak? siapa yang buat perangai dulu. Awak kan? awak ingat saya tak tahu ke awak bawak dhia balik haritu kan? awak sanggup tipu saya disebabkan perempuan tu. Awak yang patut pikir saya ni siapa dekat dalam hidup awak! awak ingat saya tunggul ke nak terima je semua benda awak ingat saya tak ada perasaan ke?!!" tengking liya pada syaz riak wajahnya merah menahan marah.

"wei apa ni?!! kenapa?!!" terjah qila dan rin dimuka pintu yang sedang cuak.

"kau diam lah qila! berambus sana!" marah syaz menghalau qila keluar dari biliknya. dan tak semena mena.

pang!

Qila menampar pipi kiri milik syaz.

"eh pompuan sukati nenek kau je nak halau aku. Aku ni kawan baik kau bodoh! kau ni apahal betina? boleh tak kau kawal perasaan kau? boleh tak jangan emo sangat?" marah qila. Geram pula dengan perangai syaz yang kebudakkan sekarang ini. Ego. Selfish. Baran!
Manakala rin yang berada disebelah qila menenangkan liya yang sudah mengalirkan airmatanya. Sedih dan marah bercampur baur. Namun tak ada sedikitpun perasaan benci.

"dia keluar dengan mia!" marah syaz dengan tangan sebelahnya mengusap bekas tamparan tadi. Matanya berair seakan ingin menangis.

"Jadi? kau nak larang dia? kau nak larang dia keluar dengan orang lain. Sedangkan kau boleh. Macam tu?" balas qila suaranya dilembutkan sedikit seolah kecewa dengan syaz sekarang.

"kau keluar dengan dhia weh. Tak pernah pun liya larang. Dia relakan aja asalkan kau bahagia. Dia tolak tepi perasaan luka dia untuk kau. Sampai dia sendiri makan hati. " ujar qila lagi. Syaz terdiam. Dirinya semakim terkawal sekarang.

"dan lebih yang aku tak sangka. Kau tipu dia syaz. Pasal dhia. Dia tahu kau bawa balik dhia. Aku yang bagitahu waktu dia telefon tu. Dia tanya kau semula untuk kepastian. Tapi? ya kau tipu dia. Terluka tau hati dia. Tapi dia tetap layan kau baik. Dia tetap tersenyum. Hebat betul liya kan? ya tapi kau tetap nakkan dhia yang dah lama jadi masa lalu kau. Bodoh kau syaz haha" ujar qila lagi dipukul bahu syaz perlahan dengan tawa yang tawar.

"aku tak boleh nak sebelahkan kau syaz walaupun kau kawan baik aku. Sebab memang punca daripada diri kau sendiri tanpa kau sedar. Aku tak salahkan kau sepenuhnya sebab liya pun ada salahnya juga sebab dia dah bagi harapan pada mia. Jadi aku harap kau bincang lah elok elok. Aku tak nak pun jaga tepi kain korang dua. Tapi dah terdesak sangat tadi. Aku cuma nak sedarkan kau je supaya perasaan baran dan ego kau tu tak menguasai diri kau. Lagipun kau kawan baik aku syaz. Aku nak kau bahagia. Bincang elok elok okay? jadi matang. " Ujar qila lembut. Dia memberikan senyuman manis pada syaz dan terus menarik tangan rin meninggalkan mereka berdua didalam bilik tersebut semula.

Cinta Hati Ain Syazila [GxG] [COMPLETED✅]Onde histórias criam vida. Descubra agora